Monday, March 9, 2009

JURUGAMBAR CILIK

AFIF SYAKIR

Baru 4 tahun, bakatnya telah terserlah.
Lihat ajerlah gambar2 di bawah ini yang telah di 'snap' sendiri oleh Afif masa melawat Aqua Show di KLCC tempoh hari.

Tak ada peluang lansung buat tokma/tokpa pegang kamera, kalau nak ambil gambar dia ajer baru boleh. Lihat aksinya pun sudah menghiburkan...pandai bergaya depan kamera tak kekok langsung. Seronok lihat Afif berlari kesana kemari riang melihat ikan2 yang cantik2 tuh. Penat tokpa mengawasnya sebab merata dia berlari.....tak sabar nak 'snap' semua pic.

Alahai cucu....cucu....!!!! apa nak buat sabar jer lah tokpa tuh!!!


















Banyak lagi pic. yang diambilnya.....pokok2, rumput, kereta, toys, apa saja lah yang dia berkenan nak 'snap'. Bila download gambar dari kamera....serbanika...sampaikan corak kain, dinding rumah, batu2 kat rumah pun ada nih....puas kami fikirkan kat manalah Afif amik gambar tuh.

Dah besar nanti Afif nak jadi aper pun kami tak dapat menekanya lagi...kami cuma berdoa setiap hari agar Afif boleh menjadi seorang yang bijak bistari dan berjaya dalam hidupnya kelak.


Ikan2 koi yang satu nih jer bukan dari Aqua Show.....!!!

Sunday, March 8, 2009

THE POWER OF WORDS

Commitment
* You can't control the length of your life, but you can control its width and depth.

Destiny

* It is true that the present is coloured by the past.
It is also true we can choose the colours of the future.

Ingenuity
* Success doesn't come to you. You go to it.


Modesty

* The superior man is modest in speech, but surpassing in his actions.


Practicality

* Learn from your past, not live in it.


Reminiscence

* He who criticises is seldom forgiven.
He who encourages is seldom forgotten.

Strength

* Today's mighty oak is merely yesterday's little nut that managed to hold its ground.

Wealth

* People who are generous often attract wealth.

Wisdom

* You have built castle in the air. Now put foundations under them.

Wednesday, February 25, 2009

PROJEK SANTAI-SANTAI...!!!

Sebenarnya sudah lama projek nih dalam rancangan, cuma tiada kesempatan untuk melaksanakannya. Tapi, sejak dah bersara nih.....memang sudah punya terlebih-lebih masa pun agar impian menjadi nyata.

Jadi, hari Isnin lepas saya dan suami memulakan projek kami. Kerusi nih memang sudah berkarat2 merata2. Warna asalnya hijau kehitaman. Afif memang suka duduk bersantai sambil sarapan setiap pagi di meja besi nih. Budak2 ler katakan ..... sambil makan sambil bermain2 juga. Tak reti ler duduk diam setempat lebih dari 2 minit. Kita jadi penat nak bagi dia makan.....macamana pun ..... cucu ler katakan....ehem...ehem!!!

Hah...yang ini sudah pun dicat dengan cat tahan karat ........ kemerahan warnanya. Semua sekali 4 biji kerusi dengan satu meja bulat dapat kami siapkan mengecatnya dalam masa setengah hari. Nasib kami baik, sebab lepas mengecat tuh....hujan turun selebat2nya.

Hari Selasa, pagi2 lagi kami dah mula memeriksa kalau2 cat tahan karat sudah kering. Nampaknya projek kami boleh diteruskan....semua cat telah kering...sepatutnya kami perlu tunggu sampai 2 hari sekurang2nya untuk kerusi tuh betul2 kering catnya. Huhh!!...tengok tu tangan orang yang mengecat warna biru kelabu lak....tak sabar2 dah gamaknya. Sikit punya bulat2 dan dempak jer jari jemari dia mengecat.

Taraaaaaa!!!! dah siap sebuah kerusi.....bangga...amat2 ler bangganyer. Menitik peluh kita youuuu..!!!. Saya siap cat 2 buah kerusi, suami pun 2 buah kerusi juga......mejanya kami syer sama2 siapkan mengecat.

Berkongsi idea warna baru yang mau kami tukar, ke kedai cat sama2 ngan cucu sekali, kongsi kerja2 mengecat bersama2, suami check hasil kerja saya, saya check hasil kerja suami pulak, manalah tau kan, kalau2 terdapat mana2 yang tak kena cat...almaklum mata memasing sememangnya dah kelabu.

'Moral of the story'.......inilah detik2 yang amat menggembirakan hati seorang isteri....sentiasa di samping suami....susah senang tetap dipikul dan digalas bersama2.
Masa dua2 mood baik...senanglah, kekadang tuh bergaduh gak..merajuk dan masam2 muka. "Sedangkan lidah lagi tergigit"....tak gitu kan!!!!. Masa muda2 dulu...masing2 sibuk dengan mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Bukan senang untuk meraih kehidupan yang sebegini sekarang...banyak masa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

"Tuah ayam nampak di kaki......tuah manusia siapa yang tau"!!!!! Sekarang ini...memang saya rasa amat bertuah sekali dan teramatnya rasa bersyukur terhadap Ilahi kerana ...dot...dot...dot...!!!!! (sentiasa bersujud syukur).


Thursday, February 19, 2009

YANG PERGI vs YANG DATANG

Baru tadi lebih kurang jam 7.31 petang, abang ipar yang telah kematian isteri (arwah kakak saya) talipon memberitahu menantu sulongnya telah meninggal dunia. Suaranya saya dengar amat memilukan, merintih abang ipar saya sambil mengatakan bahawa 'dia dah tak der sesiapa untuk dia bergantung'. Hancur luluh hati saya mendengarnya dan hanya setakat mampu untuk mengucapkan berbanyak2 sabar kepadanya.

Atas permintaan abang ipar, saya berhubung dengan semua adikberadik sebelah keluarga saya memberitahu berita sedih nih. Suami anak saudara saya nih, setahu saya, tak pernah mengidap penyakit yang serious. Selepas solat Isyak kami terus ke rumah nya di Wangsa Maju. Dimaklumkan iaitu jenazah telah pun dibawa ke HKL untuk bedah-siasat. Abang ipar telah pun mengaturkan satu majlis membaca Yassin di rumah anaknya.

Saya dan dua orang lagi anak saudara lelaki (anak abang saya yang sulong), bertolak ke Jabatan Forensik, HKL buat menemankan Ajai (balu) atas urusan rasmi kematian arwah suaminya. Selain kami, ramai lagi jiran dan kenalan rapat arwah yang datang. Setengah jam selepas kami menunggu, Dr yang bertugas telah pun selesai dengan tugas 'post-mortem'. Menurut siasatan Dr, dinding pembuluh darah di luar jantung sebelah atas telah koyak pada tiga bahagian menyebabkan darah terlalu banyak masuk ke jantung. Jantung menjadi penuh dan tidak dapat berfungsi untuk mengepam darah keluar. Jantung penuh dan membesar dan terus terhenti. Kes pembuluh darah koyak jarang sangat berlaku. Hanya atas kadar 1% saja dari penyebab semua jenis kematian.

Belasnya hati saya melihat wajah anak saudara yang pucat lesi dan sabar mendengar semua penerangan dari doktor bertugas tadi.

Ajai memang isteri yang tabah. Airmatanya hanya mengalir lesu tanpa suara dan tanpa sedu sedan. Arwah suami meninggal pada usia 42 tahun. Dalam hatinya siapa yang tahu sengsara yang ditanggung dengan merenung masa depan yang masih kelam. Hanya saya amat terharu bila melihat dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan arwah. Yang sulong masih bersekolah (darjah 4) dan yang kecil cuma baru berumur 3 tahun, masih tidak mengerti apa2. Lebih sedih lagi anak saudara saya sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan dijangka melahirkan babynya pada awal bulan September 09. Hancur luluh hati saya lagi. Hati saya rasa semakin pedih memikirkan anak saudara dah tak der ibu tempat mengadu, sekarang pulak sudah tak der suami tempat bergantung hidup.

Jenazah masih lagi di Hospital....pihak hospital akan menguruskan semua proses dari memandikan jenazah langsung mengkapankannya. Van hospital akan menghantar jenazah terus ke rumah abang ipar saya pada jam 9.00 pagi esok untuk dikebumikan.

Semua dokumen yang berkaitan telah pun ditandatangani oleh anak saudara saya (balu) bagi memudahkan segala urusan pihak hospital esoknya. Selepas itu kami semua beredar pulang.

Jam 1.30 pagi tadi (19 Februari 2009) saya sampai di rumah semula. Mata nih sememangnya mengantuk tapi kalau minda masih berfungsi dan terus berfikir mengenangkan nasib anak saudara saya nih....bagaimana nak tidur.

Yang pasti saya pun mesti kuat dan bersemangat seperti anak saudara saya juga. HIDUP HARUS DITERUSKAN JUGA...!!!! Yang pergi tentunya tak akan kembali....yang pasti perlu hidup untuk menyambut kedatangan orang baru pada bulan September nanti.

Al-Fatihah buat arwah....!!!! Amin..!


Sunday, February 15, 2009

MAKHLUK ALLAH JUA

Dah lama tinggalkan blog, tak ada mood langsung nak buat n3. Lepas tarikh hari lahir aritu, terus demam bersulam batuk dan selsema. Aduhhhh.. mengong sekejap2. Dah lah tido tak cukup...badan lesu...hidung melecet asyik kena tenyeh ngan tisu. Solat pun bersulam penuh dengan munga2 batuk manja & hingus yang meleleh.............macamana pun, semoga amalan ku tetap diterima walaupun tak sempurna.

Hah...dah sihat sikit nih...rindu pulak nak menulis.


******************************************************************

Hari tu kerja seperti biasa. Tiada apa2 pun yang berbeza dari hari2 bekerja sebelumnya. Bila jam dah pukul 5.20 petang, memasing berlumba-lumba ke tandas, membuang apa yang patut dan mencuci semua yang kotor. Persediaan awal untuk pulang kerumah...kalau2 dalam perjalanan pulang nanti jalanraya sesak, kereta berderet2 tetiba nak ke toilet...tak haru dibuatnya. Mana nak cari tandas, mana nak parking kereta, mana nak keluar dari barisan jalan yang sesak tuh. Woiiii...nahas ler jawabnya.

Jam dah 5.30 petang...masih leka pulak mengadap pc. Sampai kawan tegur yang aku nih seorang pekerja yang paling baik. Issshhh mana aderrrrr! dah nak balik pulak idea berlumba2 keluar, jangan ler perli pulak. Mula berkemas ler jawabnyer kalau tak kena dussshhh2 lagi nanti. Alamak, ooiiii kawan...kita nak ke toilet dulu ler, leh tak!...heyyyy!!!! tengok kawan sengeh tak nampak gigi dah tuh...dengan segeranya memanjangkan langkah naik ke tingkat satu pergi toilet.

Tu dia berlumba2 ngan sorang minah cantik masuk toilet. Seelok saya nak konar ke kiri untuk laluan ke toilet wanita...seelok pulak minah cantik tuh konar masuk ke toilet. Mata saya terpandang pada betis kakinya yang putih gebu kulit Jepun, bunting padi tapi kurus kemas. Cantiknya minah nih, perfect, berdetik dalam hati. Minah tu pakai baju gaun kembang berwarna putih bersih tangan baju panjang, kain dari jenis lembut beralun. Ber'lining' membuatkan skirt dia melayang bila dia membelok kepintu toilet. Kasut tumit tinggi bertali warna sedondong. Rambut ikal mayang lembut melepasi bahu. Alamak tak nampak wajahnya pulak, mesti cantik jugak macam betis dia...hehehehehe mengalahkan lelaki. Betul tak tipu...kalau lelaki nengok sure 10 kali kata lawa.

Selang l/kurang 7/8 langkah saya juga dah membelok ke pintu toilet. Bilik kecik ada tiga...saya pilih yang tengah, sebab minah cantik tadi dah masuk bilik kecik tepi pintu masuk. Saya berkira2 kalau saya lengah2 sikit pasti saya dapat bertembung ngan minah cantik tuh, saja nak nengok wajah dia. Saya dah selesai business...minah nih tak kuar2 lagi...bunyi hos paip disangkut semula pada pemegangnya ajer yang saya dengar. Naper lak tak dengar bunyi pancuran air paip dan flush. Eh menyibuk pulak aku nih, gerutu dalam hati. Lengah2 lagi pulak saya cuci tangan lama2 sikit. Minah cantik nih lama lagi agaknya business dia.

Ehhhh senyap jer bilik kecik minah cantik nih. Tetiba jer perasaan rasa lain macam. Tak payah tunggu lah....mesti kawan tunggu lama kat bawah, nanti marah pulak nyonya tuh. Rasa ingin tau masih melekat di hati. Sambil tangan kanan menarik pintu keluar, tangan kiri gatal2 menolak pelan2 pintu bilik kecik minah cantik tadi. Hati manusia mesti nak busybody. Ehhhh.....daun pintu bilik minah cantik tak berkunci pulak. Wahhh.....dusssssssssssshhhhhhhhhh....jantung mengepam pantas darah naik ke muka. Sebab bila terkuak daun pintu......tak ada sesiapa pun di dalamnya. Apa lagi kaki saya memang dah melangkah keluar bilik toilet....tak cukup 7 langkah kini jadi 5 langkah dah sampai ke tangga turun tingkat bawah. Tak cukup kaki pontang panting berlari turun tangga. Sampai bawah saya paksa diri jadi tenang belagak macam tak ada apa2 yang berlaku. Tersengeh2 mengadap kawan yang dah gelisah menunggu. Saya minta maaf dan capai bagtangan, kami mula menapak melepasi 4 bangunan untuk ke tempat meletak kenderaan.

Sepanjang berjalan kaki ke kereta, masing2 tak bercakap.....sepatah kawan bertanya sepatah saya menjawab. Dalam kepala saya berlegar2 soalan2 cepumas yang tak mungkin terjawab. Tak kan lah mata saya kelabu sampai sekujur tubuh mongil depan saya dengan hanya jarak 7 langkah jer saya tak boleh bezakan yang sebenar2nya adalah sesuatu yang nyata. Fizikal belakangnya sememangnya jelas kelihatan.

Kalaulah sekiranya, minah cantik tu keluar toilet dulu, mesti pintu bilik berkeriot, dan tak kan lah telinga saya tak boleh mendengar bila dia keluar. Pintu bilik tandas wanita bangunan pejabat nih, bila dibuka akan tertutup rapat sendiri sampai berdentum bunyi dia. Al-maklum pejabat dah lama...segalanya dah berkarat, berbunyi2 sana sini. Masa saya nak keluar tuh, pintu bilik kecik minah cantik tuh masih bertutup rapat. Dengan best friend pun saya tak bercerita apa yang saya dah nampak.

Selepas dua minggu agaknya.....masa kami duduk2 lunch dalam pejabat, sorang kawan beritahu , pengawal2 yang bertugas malam selalu nampak berbagai2 *******......! kadang2 sampai demam2 dibuatnya pengawal tuh.

Alhamdulillah.....bagaimanapun saya amat rasa bersyukur, maha kaya Allah yang telah memberikan kesempatan pada saya untuk melihat perkara yang baik2 belaka. Sesungguhnya saya percaya memang ada makhluk lain selain dari manusia yang telah Allah jadikan untuk hidup bersama-sama di dunia maya ini. Wallahualam...amin!!!!!

Saturday, February 14, 2009

Saturday, January 24, 2009

Thursday, January 8, 2009

RUMAH CONTOH (SHOW UNIT)

Kisah ni berlaku pada tahun 2002, syarikat pemaju perumahan kami sedang rancak membangunkan salah satu projek di Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan respon yang terbaik dari bakal2 pembeli rumah yang akan dibina, rekabentuk, jenis rumah, harga jualan dan aspek2 lain adalah menjadi perkara wajib dan tugasan penting dalam penyelidikan kami. Kami mula mengumpulkan maklumat2 dan butir2 terpeinci dengan membuat lawatan kerumah2 contoh pemaju2 perumahan yang lain. Konsep pembangunan juga adalah menjadi keutamaan. Hari pertama kami dapat melawat 4 kawasan perumahan berlainan pemaju di sekitar Cheras, Puchong dan Subang Jaya. Hari kedua kami berpakat untuk ke daerah Shah Alam, Kelang dan Putrajaya.

Saya baru saja kebah dari demam 4 hari yang lalu, tentunya badan rasa penat dan cepat letih. Hidung masih lagi berdengung. Cuaca panas dan turun naik pajero (kenderaan pejabat) yang berhawa dingin amatlah tidak selesa bagi saya. Sampai di suatu kaw perumahan baru kami terus ke show village mereka. Kami menjadi pelakun-pelakun sementara. Show village yang ini amat tersusun, design rumah banglo dan rumah berkembar memang cantik2 dan berseni. Kami dibenarkan masuk ke rumah contoh berkenaan satu persatu dengan ditemani oleh pegawai jualan syarikat tersebut dan pakguard untuk keselamatan.

Saya tak berapa ingat rumah banglo yang mana satu, tiba2 jer...jantung berdenyut pantas, anak2 rambut dikepala tiba2 tegang, tak tau kenapa...saya cuma abaikan aja. Di fikiran mungkin saya akan demam semula kerana memang demam belum baik betul. Sebab terpegun dengan design rumah banglo tu kami bertujuh berlumba2 masuk untuk melihat sendiri susunan bilik2 tidur dan ruang2 rehatnya.

Sambil pegawai jualan menerangkan sesuatu, saya dan kawan2 berputar2 di ruang tamu. Sebuah papan yang berlubang2 sebagai pemisah ruang makan dan ruang tamu, dihias pulak dengan patung2 kayu kecil ala-Bali dicelah2nya. Sewaktu lalu ditepi papan tuh....saya nampak En. A**** memusingkan hala kedudukan salah satu patung kayu di situ.


Saya : "Hisssh...En. A**** nih, tangan tu cuba jangan gatal2 alih barang2 orang. Tengok2 jer ler."
Kwn 1 : "Ehh...mana lak En. A**** kak M****, En. A**** kan ada kat belakang kak M**** tuh ." (sambil muncungkan mulutnya ke arah belakang saya).
Saya : Terpinga2 lak. "Hahhh..."
Saya: "En. A**** tadi bukan ker kat situ, kat tepi papan tuh?!."
En A**** : "Saya dari tadi kat belakang akak, bila pulak saya kedepan sana...lorong ni kecik hah, akak sorang jer dah tak muat nak lalu." (sambil gelak2 kecil berseloroh kerana lihat saya dah tak mau senyum keletihan).
Saya : "Isshhh biar betul." dalam hati. "Ingatkan En. A**** tadi, agaknya budak2 lain kot macam En. A**** pulak tadi saya pandang. Hmmm...takperlah...not important..hehehehe!!!." Sompek tergolak laie.

Habis semua bilik tidur tingkat bawah dan tingkat atas kami jelajah. Yang perempuan suka tengok perabot2 yang dipamirkan dalam rumah2 contoh mereka. Ada yang sampai ribuan ringgit harganya. Saya amat tertarik dengan sebuah almari yang dihias dalam bilik tidur utama berbentuk empat segi bujur menegak. Terdapat banyak laci2 kecil sederet empat dari atas hingga ke bawah. Tiba2 dengan pantas jari2 saya menarik laci2 tuh dan menutupnya semula.

Saya : "Wah!!!...cantik nih..kalau simpan stokin, suar dalam, spender, jewelaries, kunci2, butang2 baju, pin2 ehhh...bagus nih. Boleh tanya mana dia orang beli. Berkenan pulak kak M****."
SWong : "Yes, you are....that's the first time I tengok u touched that furniture. Remember, we're not supposed to touch anything in show units, right!!."
Saya : "Alamak....can't help it....sorry nyonya." (SWong tu kawan baik saya berbangsa Cina yang saya panggil 'nyonya').

Sepanjang perjalanan balik, badan dah rasa seram2 sejuk....'ish demam aku ni datang balik ker ' (berkata2 dalam hati). Dalam perjalanan pulang kerumah petangnya.....rasa miang disebelah belakang badan. Terkial2 gak ler mana nak garu belakang, mana nak memandu. Sampai rumah terus mandi, sembahyang Maghrib dan Isyak.

Malamnya saya betul2 tak boleh tidor. Tengah belakang saya rasa perit dan pedih seperti kena cili gamaknya. Pijar tak tentu arah. Suruh hubby tolong sapukan minyak angin di kedua2 belah belikat. Agaknya terlalu penat mama nih...kata hubby. Agaknyalah kerana dua hari berturut2 kami keluar site visit. Cuba gak lelapkan mata.....dapatlah terlelap 2 jam...saya terjaga sebab belikat saya bertambah pedih bagai dicakar2 rasanya. Seksanya rasa nak tunggu pagi untuk ke klinik. Kesian hubby....dilapnya belakang saya dengan detol, katanya mungkin kuman...tu sebab miang semacam. Bukan makin lega...malah makin pedih. Rasa2 kulit belakang saya dah tersiat melecet tapi hubby kata tak nampak pun berdarah atau kulit belakang bercalar. Sabar jer lah....!!! Kalau saya menelentang bertambah pedih seperti baring atas beribu2 jarum. Mengelasar saya setiap saat....duduk salah, berdiri salah, tidor pulak lagi salah...bertambah pedih dan pijar. Ya Allah...apa pulak petaka yang aku terima kali ini.

Sepanjang jalan ke klinik...dah tak boleh duduk diam dalam kereta...saya jadi cepat marah. Menyandar pun tak boleh...belakang makin pedih. Hubby lambat bawa kereta saya jerit tiba2 suruh laju lagi. Mulut saya tak boleh diam, "aduhhhh adoiiiii....!!!." Berbagai ayat suci Al-Quran saya baca....leka membaca walaupun pedih, rasa ringan seketika.

Di klinik, Dr. checked gitu2 jer....sebab dia tak nampak pun calar2 atau lebam2 kat belakang saya. Warna kulit belakang langsung tak ada kesan merah melecur pun, kata Dr. Tapi Dr bagi jugak pil tahan sakit dan pil demam lagi. Saya balik dengan hati sebal jer. MC hari tu. Malam kedua gitu gak...bagai nak tercabut kulit saya tenyeh ke dinding.

YANG TERSANGATLAH PELIKNYA...KENAPA SAYA BARU TERASA SEPERTI ADA BEBAN BERAT TERGALAS DI BELAKANG SAYA.


(Selepas dari ini, sekiranya ada pembaca yang merasa ragu2 dan menganggap saya mereka-reka atau mengadakan cerita saja....sila maafkanlah saya dan harap anda tidak terus membacanya, berhenti sajalah setakat ini adalah lebih baik dari menjadi fitnah ke atas diri saya - seorang insan dan hamba Allah yang lemah)


Sehingga saya menangis teresak2....baru saja saya terfikir untuk bercakap dengan mak....mengadu pada mak masalah saya. Kenapa saya boleh terlupakan mak. Perlahan-lahan mak suruh saya cerita bagaimana masalah ini boleh berlaku atas diri saya. Saya bagitau sama seperti yang di atas dari A to Z. Mak pesan esok pagi2 datang jumpa mak dan bawa sekali telekong yang sudah saya gunakan hari2 buat sembahyang ketika itu.

Sudah 2 malam saya tidak boleh tidor, saya berjaga hingga subuh menahan sakit...selepas sembahyang subuh....saya terus ke rumah adik bongsu (mak tinggal bersama adik masa tu). Saya langsung menangis dalam pelukan mak. Mak bersuara dengan lembut menyuruh saya bersabar dan mengambil wuduk. Kami baca surah Yassin bersama-sama. Sehabis ayat terakhir...mak suruh saya duduk berlunjur. Sakit pedih belikat saya tetap tidak berkurangan malah menjadi2 seperti kena sebat dengan pedati yang tajam2 dan berduri2. Mak memegang Al-Quran dan mula membaca beberapa kali ayat2 yang saya rasa sudah mak tanda2kan untuk kemudahan rujukan. Sehabis membaca ayat2 dari Al-Quran....telekong saya mak pegang satu penjuru dan mula mengebas belakang saya. Mula2 perlahan dan lembut....tapi kemudian lebih kuat hingga saya mengeliat kesakitan. Bayangkan disesah dengan kain kapas. Mak berhenti seketika dan mula sesah belakang saya semula. Seingat saya mau 4 atau 5 kali mak buat begitu berulang2. Lepas tu, mak usap2 belakang dan belikat saya yang sakit. Selesai tugas mak, mak suruh tidor sebentar dan berehat. Hari itu hubby tolong taliponkan saya EL satu hari. Lama jugak saya tidor hingga ke Zohor baru mak kejutkan untuk solat. Mak diam saja tak cakap apa2 mahupun untuk memberitahu saya apa masalah saya, seperti yang mak mengerti. Tetapi ternyata pedih belakang saya makin berkurangan. Alhamdulillah....!!!!! bersujud syukur atas masalah saya yang semakin kurang.

Masa saya nak tidor......antara terlena dengan jaga (bukan bermimpi) itu saya amat pasti...saya terbawa berada dalam sebuah rumah, tak tau di mana : saya melihat (hanya bayang2 hitam) seorang perempuan muda tinggi lampai lagi langsing....berpakaian seperti potongan kebaya labuh dari jenis kain paling lembut beralun. Rambut kemas bersiput satu dan bercucuk sanggul tegak di atas kepalanya yang cantik bulat bentuknya. Perempuan itu bergerak dengan melayang lembut. Gerak lakunya amat lemah gemalai sekali. Subhanallah!!!!!! betapa cantiknya perempuan tuh. Walaupun cuma bayang2nya tapi dapat saya lihat raut dan bentuk wajah nya yang licin menyerlahkan lagi kelembutan dan keayuan perempuan tuh. Tiba2 saya rasa seram...saya lihat disekeliling perempuan lembut tuh...beberapa ekor binatang hitam yang seperti berkawal melindungi perempuan tuh. Ganjil betul rupa dan bentuknya. Kaki dan tangannya sama panjang, berkuku tajam bengkok, badannya pendek, telinganya panjang menjulur ke atas, matanya merah saga, seluruh badannya berbulu2 tetapi tajam seperti jarum. Tiba2 saya teringatkan sesuatu......dalam hati saya berkata "Maafkanlah saya...saya manusia biasa yang juga hamba kepada ALLAH yang Esa." Seketika kemudian terasa seperti diri saya melayang ringan dan terus tersedar.

Esoknya saya hubungi mak dan bercerita semua yang saya lihat pada mak. Mak hanya menjawab, "kalau dah tau tak payah lah mak terangkan." Tambah mak lagi, "Lain kali kalau ketempat orang yang kita tak kenal, berilah salam terlebih dulu."

Oh yer....betullah pesan mak...baru saya teringat kejadian 4 hari lepas. Kejadian2 yang saya alami sememangnya berkait-kait. Wallahualam....!!!!

INI BUKAN CERITA REKAAN, YANG SEBENAR2NYA TERJADI ATAS DIRI SAYA....SEBAB SAYA YANG MENANGGUNG PEDIHNYA......!!!!!


Monday, December 22, 2008

KEJADIAN DI PAGOH

Hari tu hari Khamis....entah kenapa sejak pagi hati berdebar-debar je, sekaligus terbayang wajah tua mak yang sedang sakit di Hospital Pakar Johor Bahru. Nasib kami sekeluarga amat baik kerana abang sendiri adalah salah seorang doktor pakar di sana. Jadi segala urusan untuk mak mendapatkan rawatan di hospital pakar tu berjalan lancar. Hati kami adikberadik sentiasa berdoa semoga mak sentiasa dalam keadaan sihat. Dua hari sebelum itu mak sudah pun menjalani pembedahan lutut dan sudah pun di bawa pulang kerumah abang chik.

Pukul 5.00 petang, saya dapat panggilan dari abang chik, abang chik suruh kami semua adik beradik, kalau boleh datang malam tu jugak ke Johor Bahru. Kami semua rasa cemas...menurut abang, mak terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mak diserang sakit jantung secara tiba2. Kasihan mak bertimpa2 malang datang.

Sudahhhh, hati saya dah tak keruan...cepat2 minta kebenaran dari bos untuk pulang segera kerana nak ke JB malam tu jugak. Balik rumah, suami masih ditempat kerja, hari tu suami kena syif malam hingga jam 7.00 pagi esoknya. Bincang punya bincang...suami tak boleh pergi malam tu, macam mana pun saya minta izin untuk pergi malam tu jugak bawa anak 2 sekali. Kakak suruh saya talipon suaminya kalau2 boleh temankan saya. Almaklum perjalanan yang jauh makan masa 4-5 jam memandu lebih2 lagi waktu malam pulak tu. Kakak sememangnya dari awal sudah ada di JB kerana menemankan mak masa operasi lutut tempoh hari. Akhirnya abang ipar dan anak perempuan sulungnya ikut sama. Lima orang dalam kereta, kami bertolak jam 8.30 malam lebih kurang, selepas Isyak ke JB. Saya lebih suka memandu daripada tercongok jadi 'co-pilot' sebab abang ipar kalau bawak kereta.....batu kerikir tepi jalan tu pun boleh dikira satu2. Saya tak marah kalau pembaca kata saya brutal, saya memandu tidaklah brutal sampai kemana pun....cuma brutal orang pompuan lah bila bawak kereta. Tu jer!!!! hehehehehe.

Dari KL ikut highway utara selatan, masa tu h/way belum siap hanya setakat Tangkak jer baru siap dibina. Jadi dari situ saya exit Tangkak/Pagoh. Di simpang jalan saya membelok ke kanan untuk menghala ke Pagoh. Biasanya setiap kali kalau ke JB kami akan pergi pada siang hari, kawasan Pagoh masa tu sepanjang jalan tiada penempatan penduduk...yang ada hanya pokok-pokok kelapa sawit dan semak samun yang boleh dikatakan tebal jugak lah. Masa tu dah banyak cerita yang saya dengar dari pemandu2 teksi yang berulang alik dari JB ke KL dan sebaliknya. Cerita2 kurang enak semuanya....cuma mereka berpesan sentiasa berjaga2 disatu kawasan jalan yang sunyi berhampiran dengan tanah perkuburan. Saya tak pasti samada tanah perkuburan cina atau melayu. Ada juga yang kata itu asalnya tanah perkuburan zaman Jepun dulu. Arwah Abah saya dulu bekerja sebagai pemandu bas di Bandar Melaka, jadi ramailah rakan2 sebaya Cina dan Melayu yang bawa teksi ke JB...dari situ yang abah dapat tahu kejadian2 malang berlaku pada kawan2nya. Yang mati sebab terlanggar lembu padahal memang tak ada langsung penduduk di situ, seluas2 ladang kelapa sawit, berlanggar dengan lori parking tepi jalanlah, yang ada terlanggar orang sekitar jalan sunyi tu, tapi bila berhenti tak ada pulak orang yang dah dilanggar tu. Mereka kata mereka dengar suara orang menjerit bila kena langgar...tak tahulah benar ker tidak.

Sepanjang jalan masuk daerah Pagoh memang sunyi sepi...gelap gulita sebab tiada lampu jalan. Kawasan ladang yang amat luas. Kereta berselisih pun satu2 jer. Tiga km perjalanan baru jumpa sebuah kereta. Sepanjang perjalanan..abang ipar diam jer, tidur tidak, bercakap pun tidak, anak2 dah tidur di seat belakang. Dari KL tadi rancak mulut dia bercerita ini itu, katanya biar kita berbual nanti mata tak mengantuk. Masuk jer kawasan Pagoh...abang ipar tiba2 senyap, tak berkutik langsung, saya pun tak kata apa2 sebab terlalu gelap...jadi kenalah lebih berhati2 memandu...laju tetap laju...120 laju gak tuh. Hati nak cepat sampai YongPeng tak tau kenapa.

Tetiba jer, kami tak pasti dari mana arah datangnya angin kencang dan bila. Pokok2 kelapa sawit meliuk2 ditiup angin. Saya katakan pada abang ipar...'nak hujan agaknya bang! kuat ribut nih!'. Abang ipar langsung tak berkutik, menyahut cakap saya pun tak. Dalam hati berkata2, mungkin dia tertidur kot...tak dengar aku cakap aper. Kesian dia...biarlah asalkan aku tak mengantuk. Susah juga memandu dalam keadaan kelam dengan daun2 dan debu ditiup angin melayang2 depan windscreen. Saya nyalakan lampu tinggi....agar lebih terang jalan dihadapan.

Gelap gulita jalan raya di depan saya, tiba2 saya terpandangkan seperti sehelai kain batik buruk melayang depan windscreen sepantas kilat. Serasa terhenti jantung saya masa tu....objek tu terlansung ke belakang kereta, walau apa pun terjadi saya tak akan jeling cermin tepi mahupun untuk melihat ke belakang. Lagi laju saya tekan minyak kereta. Dalam hati saya ingatkan Allah...segala ayat kursi dan entah ayat2 3 Kul sumer saya baca dalam hati, tapi mulut komat kamit gak. Mata saya dah terbeliak memandang jalan depan. Bersedia menerima dan bertahan apa saja yang berlaku. Tak berani dah nak noleh2 kiri kanan atau belakang. Jantung dah lebih pantas berdenyut. Darah dah naik kemuka...rasa panas...tiba2 kaki saya tak rasa nak menekan pedal minyak, tak terdaya nak paut stering....rasa2 seperti kereta meluncur sendiri. Ya Allah apa dah jadi.

ALLAHUAKBAR.!!!!....ALLAHUAKBAR!!!!.... bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah!!!!. di saat itu juga....saya terdengar seperti sesuatu disimbah jatuh atas bumbung kereta. Tidak lama kemudian...pasir bertaburan jatuh di cermin depan, tepi dan belakang. Apa dah jadi Ya Allah...selamatkanlah kami semua. Apa yang saya dah lakukan....kemana saya paut stering kereta nih. Jalan masih lurus rasanya. Lemah semua sendi ...... tegak segala bulu roma, kembang rasanya badan saya seperti terapung2. Saya hanya nampak pasir berlumba2 turun dari atas bumbung kereta. Apa pulaklah mala petaka nih. Subhanallah....selamatkanlah kami Ya RabbilAlamin. Sempat saya menoleh kekiri...saya lihat abang ipar dah pegang pintu kereta dan sebelah tangan bertahan atas dashboard. Saya tak tau di mana saya memandu masa tu. Mulut saya tak berhenti menyebut Ya Allah Ya Allah...ayat kursi entah berapa kali saya baca, tapi rasanya ayat kursi yang saya baca lintang pukang, berulang2 saya baca sampai betul lidah menyebut. Badan saya dah mula menggigil...seperti kesejukan tapi kenapa badan saya berpeluh.

Ya Allah....kenapa kereta saya makin lama makin perlahan...kaki saya jadi kaku tak terdaya nak menekan pedal minyak. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR... itu ajer yang saya laungkan sungguh2...tiba2 terbit satu semangat dari dalam diri...terus saya menekan minyak bila dah terasa kaki jejak dilantai kereta. Entah berapa laju saya memandu saya tak ingat dah. Lepas YongPeng kami terus ke Ayer Hitam. Masih tak bercakap2 ngan abang ipar...sampai Ayer Hitam kami berhenti untuk minum...saya pun rasa nak berehat lah juga sebentar.

Masa minum tu....saya kuatkan semangat bertanya pada abang ipar...samada abang ipar perasan ker tidak kejadian kat Pagoh tadi. Rupa2nya...abang ipar kata...mulut dia seperti terkunci..tak boleh bercakap...macam ada orang tutup mulut dia. Tapi tak berhenti dalam hati abang ipar mengaji sebaik membelok ke jalan menghala ke Pagoh. Pasir2 yang jatuh atas bumbung kereta pun dia perasan...memang abang ipar dengar jelas...dan nampak pasir bersepah jatuh dari atas kereta meleleh turun depan windscreen. Rupa2nya abang ipar pun dalam ketakutan yang amat sangat. Dia pun berpeluh2 rupanya. Mujur anak2 tidur...kalau tidak riuh rendah agaknya dalam kereta. Kami bertolak dari Ayer Hitam ke Simpang Renggam jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Hisssshhhh biar betul...jadinya kami betul2 berada di kawasan Pagoh tepat tengah malam lah agaknya. Malam Jumaat pulak tuh. Kolot gak tu...orang kampunglah katakan. Nak kata saya tak mahu percaya pada perkara2 karut nih, susah nak jawab...sebab perkara tu berlaku betul2 diluar jangkaan saya. Kalau itu hanya perasaan saya jer, kenapa pulak abang ipar saya pun dalam ketakutan sama. Dia tak dapat bercakap...malah sentiasa membaca ayat2 AlQuran dalam hati.

Lebih kurang jam 4.00 pagi baru kami sampai JB dan terus ke Hospital jumpa abang chik. Anak2 kami abang chik suruh sambung tidur di bilik dr. tempat abang chik selalu berehat bila 'on-call'. Esoknya barulah kami bercerita dengan adikberadik yang lain tentang kejadian malam tadi masa makan tengahari.

Serik saya...memang serik....selepas kejadian tu...saya tak pernah memandu waktu malam lagi. Adik beradik yang lain pun begitu. Apa2 hal pun kami akan bertolak ramai2 pagi2 dari KL ke JB atau bertolak seawal pagi balik dari JB ke KL. Satu pengalaman yang amat mengerikan dan tak dapat nak saya luahkan rasa perasaan saya ketika saat2 kejadian tu.

ENTAHLAH....hanya Allah yang mengetahui.......!!!!

Friday, December 19, 2008

BELALANG KETIK ...... ANDANG API

Camni citernyer..................!!!!!!

Dolu2 tuh kalau dah selesai kerja2 menuai & membanting padi di bendang, malamnya kami org kampung berkumpulan turun ke sawah untuk tangkap belalang padi (belalang ketik). Belalang ketik nih berwarna hijau/coklat saiz dia kecil daripada belalang kunyit. Macam dah jadi tradisi orang kampung saya sebab belalang ketik nih hanya membiak waktu padi dalam proses 'membunting'. Membunting nih maknanyer biji2 padi menguning. Belalang ni boleh dibuat lauk (goreng bercili) memang lazat.

So, kami pun berjalan sambil menangkap belalang mara kedepan dalam sebaris melintang. Kat tangan masing2 memegang sedepa andang api. Andang nih dibuat dari pelepah daun kelapa yang sudah kering. Seronoknya tak terkatakan sambil riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik sesama sendiri. Macam2 perkara lucu berlaku. Kadang2 belalang ketik terbang melantun ke muka org sebelah, bila nak cekut...belalang terbang, tercekut batang hidunglah, telingalah, pipi, punggung...ada makcik2 yang kuat melatah..terjerit2 orang tua tuh kena raba bila tercekut badan dia orang. Kami teramatlah lekanya dan dah berkira2 nak masak apa ngan belalang tu nanti esok.

Nun jauh di hadapan kumpulan kami, dari arah bertentangan, lebih kurang jarak 5 petak sawah yang dah bertuai padinya, jelas kami nampak seseorang sendirian dengan sebatang andang api mengutip belalang ketik jugak. Kami semua tertanya2 siapalah gerangan orang tu, kenapalah sorang2 tangkap belalang ketik tanpa kawan. Peliknya bila kami teriak api andang orang tu tiba2 padam. Bila kami sibuk balik ngan tangkap belalang ketik, andang api menyala semula dan orang tu terbongkok2 sama mengutip belalang. Ah!!! mungkin orang tu tak mahu diganggu. Agaknya orang dari sebelah 'baruh' , pedulikanlah ....pesan makcik yang melatah tadi. Sebenarnya dalam hati makcik tuh dah rasa tak enak tapi masih kunci mulut tak mau beritahu. Pesannya pada kami anak2 dara sunti nih, jangan tegur lagi, biarkan .... 'buat dornor jer'. Jangan sekali2 pelawa atau tegur orang tu semula.

Makin lama kami kutip, makin saya nampak orang tu dah dekat dengan kumpulan kami takat dua petak sawah jer...memang jelas, orang tu berpakaian putih, bentuk baju tak dapat nak dicamkan sebab malam gelap, memakai kain putih dililit atas kepala, sah orang tu lelaki. Wajah dia kelam tak nampak sebab andang api dia pegang terlalu tinggi atas kepala. Pelik memang pelik sebab tak pernah orang bawa andang macam tuh. Dahlah tinggi dua kaki lebih dari kami. Masing2 senyap tak bercakap...angin tak semena2 bertiup sepoi2 terasa sejuk sangat sampai boleh menggigil dibuatnya. Atau perasaan kami ke yang dah mula cuak dan merasa takut. Kami dah mula fikir yang bukan2. Jari jemari tangan dah kaku, kaki rasa besar dan beratnya macam 1 ton tak dapat nak bergerak. Masing2 dah pucat lesi...kalau toreh pun tak kuar darah agaknya. Segala macam bulu yang ada diseluruh badan dah menegak...kembang meremang bagai kena arus lektrik. Sambil peluh meleleh di kedua2 belah telinga ngan pipi.

Makcik tadi tiba2 meloncat kedepan dua langkah. Andang di tangan dicampak kedepan dan bertepuk tangan tiga kali..makcik tu melaung ...... "Abang aji!!!!!, kalau betul jasad macam kami...mari ler sama2, tapi kalau bukan, jangan kacau (ganggu) anakcucu, kami tumpang lalu jer". Sekuat mana makcik tu melaung sepantas itu jugalah 'lelaki' tu bagai aksi mengutip belalang lagi. Seperti tak hiraukan sapaan makcik tadi. Semua jadi kaku, terpaku, terpegun macam patung. Sedekat 1 1/2 petak sawah tiba2 andang api 'lelaki' tu padam dan kelibatnya pun seperti angin melayang jauh ketempat mula2 kami nampak dia. Secepat tu juga andang api dia menyala semula.

Apalagi...masing2 tak cukup tanah lari lintang pukang balik rumah. Putih tapak kaki bagai tak jejak bumi sebab ketakutan. Esoknya bila berjumpa semula, kami bercerita sesama sendiri. Rupa2nya ada yang sampai terbarai kain batik dia orang masa lari pulang, ada juga yang terkencing2, yang tersungkur sebab tersadung tunggul kelapa pun ada. Terbahak2 kami tergelak...!!!!!

Malam esoknya tak serik2.....tambah besar kumpulan kami ajak sampai 20 orang semuanya pergi tangkap belalang lagi. Kali nih setiap orang wajib bawa sebiji tin kosong ngan kayu sebesar lengan. Tin kosong tuh akan kami ketuk kuat2 berkali2 sekiranya peristiwa sama berlaku lagi.

Itulah peristiwa yang tak pernah saya lupakan...masih segar dalam ingatan. Memang takut, benar2 takutttttt! jantung berdenyut pantas rasa macam nak tersembul keluar. Eeeeeeee...seram, betul2 saya rasa seram !!!!