Monday, October 27, 2008

'TIL WE MEET AGAIN, SWEET !!!!!!

Gadis Ayu (Reen)


Hari Selasa, 21 Oktober 2008 - mungkin hari bertuah, malamnya sebelum tidur sajer2 rempit blog kengkawan...dari blog gadis di atas, dapat no. hp...woiihh lupa nak jemput gadis ni masa jamuan makan rumah tokma aritu. Mula2 tel. kot2 lah sidia jawab..hampa...tak putus asa, hantar mesej, untung2 esok pagi pas bangun tidur boleh jawab mesej. Ape tak nyer dah 10.30 malam...giler lah tokma ni tel. org dah tidur...maaf lah tak perasan lak, exited dpt no hp. 10 minit kemudian...ada respond, esok sidia akan tel balik. Ok selamat malam semoga mimpi yg indah2.

Esoknya tak sabar nak dengar suara sidia...mcm bercinta lakk hehehe. Wooww! ayu suaranya...manis tutur kata. Kami janji untuk bersua muka Khamis petang. Sidia dah menunggu di parking TESCO Cheras. Sampai di ruang parking TESCO tidak susah untuk mencari kereta wira reen, akhirnya kami bertemu gak....kami berpelukan dan bersalaman, seperti telah berkawan lama. Reen balik bersama tokma dan tinggalkan kereta di parking TESCO Cheras (parking free dan selamat kelihatannya).

Dah sound kaktiny awal2, tunggu dirumah tokma akan bawa seseorang, surprised lagi buat kaktiny. Tapi kaktiny tak sabar, singgah umah tokma, dan kami seperti tak sedar diri....seronoknya yang amat, bayangkan orang jauh dari UK tiba2 tercongok kat umah kami...tak sangka betul!. Selepas dinner umah kaktiny...tokma hantar reen semula kat parking free TESCO Cheras. Terima kasih TESCO Cheras (macam ada syer lak) hehehehe.



Reen - yang suka ngan kanak-kanak


Sayang seribu kali sayang reen terpaksa pulang semula ke UK untuk menyambung study....bukan calang2 course yang reen ambil tu....phewwwwwhhh... kaktiny yang tengah amik Phd pun berpeluh mendengarnyer. Otak budak reen ni memang terror brutal cerdik. Tabik springgggg kat reen.

Walau aper pun halangannya reen, teruskan cita2 reen tu...kejarlah sebaik mungkin. Tokma doakan reen berjaya hingga ke menara gading. Sebagai anak sulung...tokma kagum kegigihan dan ketabahan reen, sanggup mengenepikan keresahan hati seorang ibu yang ditinggalkan demi mengejar cita2 untuk masa depan keluarga jua.


Ibu dan Mak Su Reen serta ahli keluarga lain di KLIA


Sempat juga tokma sampai di KLIA pada jam 11.30 malam dan berkesempatan berjumpa ngan reen sebelum reen berangkat balik UK.

Hanya satu pesan tokma, selalulah ingat pada 'ibu' mu yang tersayang....doa dan kasih sayangnya mengatasi segala2. Doa 'ibu' penting buat reen walau dimana sekali pun reen berada. Doa seorang ibu adalah sesuatu yang ajaib.


SEMOGA PANJANG UMUR DAN KITA DAPAT BERJUMPA LAGI. INSYAALLAH!!!!! doa tokma bersama2 reen sentiasa.

8 comments:

reen razak said...

Salam Tokma... Mak aiii... Malunya Tokma buat satu entri untuk kite... (mcm nak berselubung jerr bwh duvet ni... heheh)... tapi dlm masa yang sama rasa syiok jugak sbb Tokma ingat kat kite... kite saayaaang Tokma... doakan kite disini... nak dtg nnt bagitau tau... hehe... buat buat checklist tempat yang menarik kat sini... nnt kite bwk Tokma jenjalan cari makan kat sini... heheh... love u Tokma...

MARIA said...

Kalau tokma nak gi sana, mestilah masa reen cuti sem. kejam lak rasanyer kalau datang masa reen sibuk belajar. Tak bertimbang rasa lak tokma nih kan...!

Kalau ada kelapangan dan waktu bersulam takdir gak...tokma sure sampai sana. Next year tokma free 24 hours.

Love u much more everyday...reen. Doa tokma sentiasa bersama reen. Selamat belajar semoga selamat sampai kemercu kejayaan.

Lee said...

Hi TokMa, I was not able to get into your blog whole day, only now.
I think the Blog ada angin, ha ha.
Hey, mana you pergi? Bila balek?
Anyway, will miss you....you have a good trip, Godspeed and have fun.
Best regards, Lee.

UuL said...

Wuahh...serunya berkumpul sesama blogger.
Kapan yah nurul nak jumpa Mama.
can't wait till that day has come.
Main lha ma k cikarang :)

Kaktiny said...

huhuhu.. sedih tak dpt hantar reen kat KLIA.. takper.. nampak gambo dia kat umah ngan anak2 pun dah terubat rindu.. (nak plak dia bergambar ngan zaqwan, nureen and affif tu sama.. terhibur rasa hati..)

MARIA said...

Hello ULee, missed u too.

MARIA said...

Salam nurul, sayangggg anak mama, kapan ya nurul buleh ke teratak mama sayang..love u more everyday and miss u.

MARIA said...

Salam kaktiny, yang penting tu kita kejar dulu...walaupun jauh reen tetap akan kembali semula, tak lama cuma 2 tahun lagi...bila reen balik nanti zaqwan and nurreen dah besar 2 tahun lagi.