Thursday, May 15, 2008
KASIH SAYANG TAK BERTEPI ...
Pemberian ikhlas dari anak perempuan tunggal yang amat saya kasihi. Dialah permata dialah racun dan dialah segala-galanya. Dialah penawar hidup saya.....walaupun hakikatnya dia tidak dapat menyelami hati dan kasih sayang mama sepenuhnya. Saya bangga dan bersyukur kepada Allah kerana telah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata yang baik-baik dan seorang cucu yang comel. Sehingga ini kami masih tidak berpisah dan kami bahagia sekeluarga.
Anak-anak tetap tinggal bersama walaupun semuanya telah bekerja. TokPa sibuk melayan cucu setiap hari. Kasih sayangnya tertumpu habis kepada cucu. Inilah saat kebahgiaan yang saya inginkan. Syukur Alhamdulillah......amin..!
Wednesday, May 14, 2008
HAPPY 2ND BIRTHDAY ... !
Dulu, masa kakak saya masih hidup, selalu saya menegurnya, "Akak ni kalau sayangkan cucu, melampau-lampau, sampai makan pun tak sempat, asyik melayan cucu aje, kesihatan akak nak dijaga juga!!". Gitulah lebih kurang marah saya dengannya. Mana tidaknya, kesian saya tengokkan, mana nak hantar dan ambil cucu dari sekolah, nak jaga yang kecil lagi. Tapi dengan selamba dan tetap sabar melayan cucu setiap hari, katanya "Kau belum ada cucu bolehlah kau cakap macam tu, dah ada cucu esok kau taulah macam mana akak rasa". Bila saya ada cucu, baru saya tau..........padan muka saya. Suatu perasaan yang tak dapat hendak diterangkan disini...sesiapa yang dah dapat title 'tok-nenek' tentu lebih faham dan dapat kongsi perasaan saya. Lebih-lebih lagi cucu ini saya yang membelanya sejak bayi. Cucu....cucu.....
Friday, May 9, 2008
EMAK DAN ABAH
Siapa lagi kalau tidak 'Umi'ku sendiri. I'm just lucky sebab masih ada emak. Emak saya adalah seorang ibu yang begitu gigih dan kental semangat membesarkan kesemua lapan anak-anaknya walau bersulam dengan pahit getir yang menyusuri hidupnya. Dia adalah contoh yang teramat baik terhadap diri ku sendiri sebagai seorang ibu.
Dari usia mudanya bekerja sebagai guru sekolah rendah semasa zaman pemerintahan penjajahan Jepun. Pahit getir hidupnya menjadikannya lebih cekal untuk menghadapi hidup. Berkahwin dan mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Kesemuanya telah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Saya sendiri adalah anak yang bongsu. Sejak kecil kami hidup sengsara dan teramat miskin. Saya dilahirkan tiga tahun sebelum merdeka. Masa tu duit 1 sen berbentuk empat segi masih digunakan lagi. Dengan 1 sen saya boleh tukar dengan 5 keping biskut 'marie'. Kalau ke kedai, 5 sen kami boleh beli asam jawa, cili kering, garam, bawang dan lain-lain lagi dengan kadar segenggam berharga 1/2 sen setiap satu barang. Tapi untuk mendapat 1 sen pun payah di zaman tu. Mula bersekolah dengan papan batu saja. Gembiranya persekolahan dulu, hanya belajar membaca dan mengira saja.
Suatu ketika, emak disisihkan keluarga atas sebab-sebab yang boleh dikatakan tidak menasabah. Apakan daya emak perempuan, perempuan memang tiada peluang untuk bersuara. Saudara terdekat pun tidak berani untuk membantu, adat 'biar mati anak jangan mati adat' memang tetap dipegang kuat walau berpatah arang sekali pun. Seksanya hidup emak, dihalau dari kampung halaman. Berpindah dari satu tempat kesatu tempat yang lain. Akhirnya emak diceraikan oleh suami yang telah mendapat isteri baru. Emak tetap dipersalahkan walau pun bukan itu yang emak inginkan dari suaminya. Kerana mempertahankan harga diri, emak keluar dengan membawa anak-anak lari dari kongkongan keluarga. Anak-anak dibesarkan bersama-sama seorang insan yang paling ku sanjungi. Dialah abah tiriku. Walau pun bukan darah dagingku, namun abahlah yang telah membela nasib anak-anak emak dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Abah rela menikahi emak untuk membela nasib anak-anak tirinya. Emak melahirkan 3 lagi anak perempuan untuk abah.
Kini, anak-anak emak sudah berpangkat besar dan disegani, anak lelaki sulung mempunyai syarikat sendiri, kakak sulung telah berkeluarga dan surirumah sepenuh masa, kakak kedua telah meninggal 3 tahun lepas, anak lelaki kedua telah bertaraf doktor pakar bius, saya sendiri masih bekerja dengan sebuah syarikat swasta milik bumiputera. Adik perempuan pertama adalah seorang Pengurus Kanan Kewangan di sebuah syarikat swasta, kedua pula seorang Pensyarah institut pengajian tinggi dan yang bongsu seorang pakar mata. Besarnya jasa emak tidak dapat dinilaikan.
Abah yang ku kasihi telah pun kembali ke Rahmatullah pada tahun 1989. Emak masih bersama kami tapi menetap dirumah abang kedua atas sebab-sebab kesihatan. Sedih melihat keadaan emak yang tidak boleh bergerak pantas sekarang. Selepas melalui beberapa kali operasi, emak masih lagi kuat semangat dan jelas dimatanya emak mengatakan emak boleh menjaga anak-anaknya lagi. Walau pun kadang-kadang anak-anak alpa tentang menjaga keluhuran hati emak.
Semasa saya di Mekkah menunaikan fardhu haji tahun lepas, saya bermimpi, abah datang menjengok saya dan membawa saya bersiar-siar dengan kereta kuda yang cantik. Kami melalui sebuah kawasan padang rumput yang hijau saujana mata memandang disulami pokok-pokok yang sarat dengan bunga berbagai warna dan berkilauan. Subhanallah.....cantiknya. Abah umpama bapa kandung saya sendiri dan kasih sayang yang ikhlas tetap buat abah sehingga akhir hayat saya. Waktu-waktu bersedih dan pada masa-masa ketika fikiran saya kusut, nasihat-nasihat abah tidak pernah saya lupakan, sentiasa saya ingat sebagai pedoman dan petunjuk hidup. Alfatihah......buat abah yang paling ku kasihi......
Jumpa lagi ......

Subscribe to:
Posts (Atom)