Bukan hasrat untuk bermegah-megah, jauh sekalilah untuk merasa sombong atau riak kerana keluarga ku mempunyai beberapa permata yang berkilau. Cuma apalah ada pada nama......khidmat dan jasa kepada keluarga dan masyarakat... itu yang penting.
Tetapi adik yang seorang ini telah dihargai dan telah dikurniakan dengan anugerah pingat kebesaran oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Tetapi adik yang seorang ini telah dihargai dan telah dikurniakan dengan anugerah pingat kebesaran oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Di samping bertugas sebagai seorang pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur beliau juga memegang jawatan Ketua Hal Ehwal Pelajar institusi berkenaan.
Hasratnya untuk mendidik semua anak bangsa menjadi orang yang berjaya khasnya anak-anak Melayu, beliau dengan ikhlas akan menghulurkan bantuan dengan apa cara sekali pun agar bakal-bakal pelajar mendapat tempat untuk menimba ilmu di institusi ini.
Semoga cita-cita adikku ini diberkati oleh Allah dan seterusnya sebagai sumbangan besar kepada bangsa dan negara Malaysia. Aminnnnnn.............................!