Monday, October 27, 2008

HAPPY DIWALI !!!!



'TIL WE MEET AGAIN, SWEET !!!!!!

Gadis Ayu (Reen)


Hari Selasa, 21 Oktober 2008 - mungkin hari bertuah, malamnya sebelum tidur sajer2 rempit blog kengkawan...dari blog gadis di atas, dapat no. hp...woiihh lupa nak jemput gadis ni masa jamuan makan rumah tokma aritu. Mula2 tel. kot2 lah sidia jawab..hampa...tak putus asa, hantar mesej, untung2 esok pagi pas bangun tidur boleh jawab mesej. Ape tak nyer dah 10.30 malam...giler lah tokma ni tel. org dah tidur...maaf lah tak perasan lak, exited dpt no hp. 10 minit kemudian...ada respond, esok sidia akan tel balik. Ok selamat malam semoga mimpi yg indah2.

Esoknya tak sabar nak dengar suara sidia...mcm bercinta lakk hehehe. Wooww! ayu suaranya...manis tutur kata. Kami janji untuk bersua muka Khamis petang. Sidia dah menunggu di parking TESCO Cheras. Sampai di ruang parking TESCO tidak susah untuk mencari kereta wira reen, akhirnya kami bertemu gak....kami berpelukan dan bersalaman, seperti telah berkawan lama. Reen balik bersama tokma dan tinggalkan kereta di parking TESCO Cheras (parking free dan selamat kelihatannya).

Dah sound kaktiny awal2, tunggu dirumah tokma akan bawa seseorang, surprised lagi buat kaktiny. Tapi kaktiny tak sabar, singgah umah tokma, dan kami seperti tak sedar diri....seronoknya yang amat, bayangkan orang jauh dari UK tiba2 tercongok kat umah kami...tak sangka betul!. Selepas dinner umah kaktiny...tokma hantar reen semula kat parking free TESCO Cheras. Terima kasih TESCO Cheras (macam ada syer lak) hehehehe.



Reen - yang suka ngan kanak-kanak


Sayang seribu kali sayang reen terpaksa pulang semula ke UK untuk menyambung study....bukan calang2 course yang reen ambil tu....phewwwwwhhh... kaktiny yang tengah amik Phd pun berpeluh mendengarnyer. Otak budak reen ni memang terror brutal cerdik. Tabik springgggg kat reen.

Walau aper pun halangannya reen, teruskan cita2 reen tu...kejarlah sebaik mungkin. Tokma doakan reen berjaya hingga ke menara gading. Sebagai anak sulung...tokma kagum kegigihan dan ketabahan reen, sanggup mengenepikan keresahan hati seorang ibu yang ditinggalkan demi mengejar cita2 untuk masa depan keluarga jua.


Ibu dan Mak Su Reen serta ahli keluarga lain di KLIA


Sempat juga tokma sampai di KLIA pada jam 11.30 malam dan berkesempatan berjumpa ngan reen sebelum reen berangkat balik UK.

Hanya satu pesan tokma, selalulah ingat pada 'ibu' mu yang tersayang....doa dan kasih sayangnya mengatasi segala2. Doa 'ibu' penting buat reen walau dimana sekali pun reen berada. Doa seorang ibu adalah sesuatu yang ajaib.


SEMOGA PANJANG UMUR DAN KITA DAPAT BERJUMPA LAGI. INSYAALLAH!!!!! doa tokma bersama2 reen sentiasa.