Dua minggu sebelum raya, Doktor paksa aku amik pakej percutian kat Ampang Puteri. Katanya aku ni penat amat sangat....bawaklah berehat dua hari dua malam kat bilik mewah berhawa dingin ngan segala kemudahan pelayan2 yang berpakaian seragam biru. Hmmmm...memang tak ada pilihan lain..terima ajelah.
Maka mendaftarkan aku di sana pada 27 Ogos 2010 Jumaat jam 9.00 pagi. Wahhhh....berehat dalam bilik persendirian yang cantik saper tak mahu ek. Belum pun 1/2 jam berehat....dah 3 orang pelayan istimewa berunifom biru datang ketuk pintu dengan menolak troli penuh berisi perkakas perubatan. Seorang ambil BP dan temperature, seorang pulak cucukkan jarum kat lengan aku yang cantik montok ni...aduhhhh sakit pulak rasanya. Berehat apa pulak namanya nih kena cucuk sana cucuk sini. Dah diambilnya setabung sampel darah aku. Ditinggalkan pula jarum lain kat tangan aku nih. Tapi bila lihat 3 pelayan nih bekerjasama, amat menggembirakan hati aku. Melayan diri aku dengan kata2 yang lemah lembut sambil tersenyum simpul..memang merehatkan minda. Hmmm...nak cucuk mana pun cucuklah.....aku menyerah.
Pukul 2.30 petang....menjengah seorang pelayan lagi suruh aku tukar baju lak..katanya nak bawak aku pergi berziarah. Tukar ajerlah baju tu..cantik gak warna hijau tapi tak der butang cuma ikat kat belakang jer. Katanya buang semua yang pakai di dalam sarong baju selai tu ajer. Mak ai nak gi spa per ker nih. Hehehe seronok nyer.
Datang lagi 2 orang pelayan...."Kak ...tolong baring kat katil akak tu, jangan gerak2 nanti saya tolak ajer akak dengan katil2 sekali." Amboi...manja nyer diri aku. Tersipu2 wak kena tolak gitu. Tak penah2 dimanjakan sampai ketahap tu. Tak tau kemana aku ditolaknya...sebab aku selubung muka ngan selimut..malu konon. Yang aku perasan lampu siling berlari2 meninggalkan aku...masuk lif keluar lif...masuk pintu terkawal...pindah katil lain yang lebih kecil muat2 badan aku jer...masuk bilik lain kena tunggu lagi. Disuruhnya aku berehat sesaja.
20 minit berlalu....perlahan-lahan 2 orang pelayan bertopi dan berpakaian istimewa lengkap datang bertanya macam2 soklan...yerlah jawab ajer apa yang patut...perlahan2 aku dibawa ke suatu bilik yang tak pernah2 aku masuk...biliknya lagi sejuk. Dialihnya lagi aku ke katil lain yang tak ada pengadang...lebih macam sebuah bangku beralas lembut. Terbaring ajerlah aku atas katil tu terpinga2. Perut aku lagilah kecut rasanya. Pandang atas penuh ngan lampu2 spotlight gitu besar dan banyak mentolnya. Tambah ramai pelayan2 syurgawi. Masing2 ngan tugas sendiri....seorang tolak monitor, seorang tolak entah apa2 perkakas, pasang sana sini sediakan tempat tangan aku nak berehat. Yang perempuan menepuk2 tangan aku lagi...manja ajer tepukannya...dah dicucuknya aku ngan jarum lain...aduhhh...pedih rasanya lagi. Ditinggalkannya sesuatu disitu.
Kali ini datang seorang jejaka menjengah dengan pakaian seragam putih bersih, handsome memang handsome..." Saya Dr. Azhar..kali pertama saya suntik nih akak rasa pening2 sikit." Hey...jangan salah faham ehhh...suntik bukan sebarang suntik tau. " Hah kak, kali kedua suntik nih akak nanti rasa sakit sikit kat tangan akak banyak2kan selawat yer...." " Ada seorang lagi Dr pakar lebih handsome dari saya akan datang sekejap lagi.." Hmmmm takperlah handsome, aper2 ajerlah. "Ok...kalau gitu saya suntik akak lagi satu nih..hah yang nih akak tarik nafasssss lama2...dan selawat juga." Habissssss...aku tak ingat dah apa2 pun. Aku dan duniaku. Rasanya betul2 berehat sebab mimpi pun tak ader rasanya. Totally blackout.
Aku tersedar...tapi mata tak dapat nak buka lagi...pening2 lalat. Terfikir dalam kepala..apalah si handsome nih dah buat kat aku. Toleh kiri toleh kanan...dua orang pelayan dengan senyum manisnya berkata2 sesuatu tapi satu hapah pun aku tak dengar. Sayup2 jer bunyinya. 15 minit kemudian baru aku sedar sepenuhnya. Dengan lemah lembut gak aku tanya pukul berapa sekarang...katanya: "... dah pukul 5.30 petang kak." Wah lama gak aku kat dalam spa istimewa tu tadi. Eh terasa berat lak tangan kiri aku nih...naper lak agaknya ek. Tengok2 dah berbalut sakan......mak oi bisanya tak dapat nak kata cerita. Menyengat2. Nak teriak sakit...malu lak rasanya dah tua2 nih. Senyap ajerlah menahan kesakitan. Macam tadi jugakan....diusong, dipindah katil, turun naik lif, bersiar2 kat lorong2 berlampu penuh di siling.....akhirnya sampai gak ler kat bilik persendirian aku yang cantik molek tu.
Siang malam setiap masa aku dijaga rapi. Terasa dimanjakan gitu. Seronok gak ler dengan cara hidup gini. Makan dihantar sampai kekatil.....hah tak ker best tu!!. Puasa tetap ler puasa....sebab yang sakit cuma tangan bukannya tekak dan kederat. Sampai waktu berbuka....paling seronok sebab segala isi perut rumah semua datang berbuka ramai2 berkelah dalam bilik cantik mewah aku tuh.
Kalau tak bercuti gini, sanak sedara jarang menjengah...semua ada...seronoknya tak terkata. Tapikan secantik mana pun tempat berehat.....cantik lagi lah bilik tidor aku kat rumah tu. Rindu kat bantal dan tilam aku. Dah sampai tahap kerinduan yang melampau....terus minta izin nak balik rumah.
Selesaikan bayaran dan ambil segala bekalan ubat-ubatannya, jarum2 pun dah ditanggalkan dari tangan aku, hari Ahad...sebelah petang aku dah terbaring dalam bilik aku yang comel sendirian.
Its good to be home again.......home sweet home.