Friday, June 13, 2008

KAIN ELA YANG BERJELA-JELA......

Untuk saya..........

Buat Si Gadis Manis..........

Hari ini, Jumaat tepat jam 12.30 tengahari, kami bertiga bergerak ke Jalan TAR dengan memandu WQY9828. Seperti biasa saya dan rakan-rakan dari pagi dah buat rancangan kedai mana nak kami ukur. Setiap bulan hanya satu kali kami keluar jalan-jalan, kalau tidak ada agenda kami dapat cuci mata. Bincang punya bincang, 'Ok, kita ke Jalan TAR.' Jommm!. Selepas parking kereta di Bgn. Tun Razak kami berpecah, sebab masing-masing ada tujuan, janji jam berapa berkumpul semula untuk balik ke pejabat. Saya dan seorang rakan menuju ke kedai kain 'Cosmic Silk' di Wisma Cosmic. Rambangnya mata tak tahu mana satu untuk saya pilih. 80% semuanya menarik perhatian saya. Tapi awal-awal saya bertekad untuk hadkan pembelian pada minima 4 helai sahaja.....hehehe...minima 4 helai, you!...percaya ke.

Akhirnya, tingkat bawah saya pilih 2 helai (dah tentulah tema warna biru & hijau kesukaan saya), tingkat satu 2 helai, (hijau juga tapi sehelai lagi warna 'dark purple'. Hati tergoda lagi, kawan kata, 'cukup2lah tu....' sambil mengingatkan janji saya tadi. Apa tidaknya, kain-kain di Cosmic Silk memang murah, 4 meter berharga RM14 sahaja. Jenis fabriknya pula memang meyakinkan. Saya jenis yang cerewet juga apabila memilih dan membeli kain. Kalau saya tak berkenan, 10 kedai pun saya masuk tak akan saya beli. Biar berapa pun jumlah harganya saya akan beli bila mata dah berkenan.

Tiba-tiba saya teringatkan seorang gadis manis dari Surabaya...teringin membelikannya hadiah. Hati rasa was-was takut nanti dikata berlebih-lebih pulak. Akhirnya saya tertarik pada corak kain lembut warna hijau muda. Pada hemat saya gadis manis ini sememangnya gemar pada warna hijau, selain dari nampak ceria hijau juga menyegarkan. Jadi saya terus membelinya. Saya berkira saya akan simpan kain itu dulu sehingga sampai waktunya akan saya kirimkan jika si gadis manis setuju. Harap2 si gadis manis tidak salah sangka pada saya. Sememangnya sifat saya begitu, saya mudah menyayangi seseorang (dengan izin Allah jua). Semoga gadis manis itu akan menyayangi saya juga sebagai ibu.....'kedua'.