
Jadi, hari Isnin lepas saya dan suami memulakan projek kami. Kerusi nih memang sudah berkarat2 merata2. Warna asalnya hijau kehitaman. Afif memang suka duduk bersantai sambil sarapan setiap pagi di meja besi nih. Budak2 ler katakan ..... sambil makan sambil bermain2 juga. Tak reti ler duduk diam setempat lebih dari 2 minit. Kita jadi penat nak bagi dia makan.....macamana pun ..... cucu ler katakan....ehem...ehem!!!



Berkongsi idea warna baru yang mau kami tukar, ke kedai cat sama2 ngan cucu sekali, kongsi kerja2 mengecat bersama2, suami check hasil kerja saya, saya check hasil kerja suami pulak, manalah tau kan, kalau2 terdapat mana2 yang tak kena cat...almaklum mata memasing sememangnya dah kelabu.
'Moral of the story'.......inilah detik2 yang amat menggembirakan hati seorang isteri....sentiasa di samping suami....susah senang tetap dipikul dan digalas bersama2. Masa dua2 mood baik...senanglah, kekadang tuh bergaduh gak..merajuk dan masam2 muka. "Sedangkan lidah lagi tergigit"....tak gitu kan!!!!. Masa muda2 dulu...masing2 sibuk dengan mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Bukan senang untuk meraih kehidupan yang sebegini sekarang...banyak masa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
"Tuah ayam nampak di kaki......tuah manusia siapa yang tau"!!!!! Sekarang ini...memang saya rasa amat bertuah sekali dan teramatnya rasa bersyukur terhadap Ilahi kerana ...dot...dot...dot...!!!!! (sentiasa bersujud syukur).