Friday, December 19, 2008

BELALANG KETIK ...... ANDANG API

Camni citernyer..................!!!!!!

Dolu2 tuh kalau dah selesai kerja2 menuai & membanting padi di bendang, malamnya kami org kampung berkumpulan turun ke sawah untuk tangkap belalang padi (belalang ketik). Belalang ketik nih berwarna hijau/coklat saiz dia kecil daripada belalang kunyit. Macam dah jadi tradisi orang kampung saya sebab belalang ketik nih hanya membiak waktu padi dalam proses 'membunting'. Membunting nih maknanyer biji2 padi menguning. Belalang ni boleh dibuat lauk (goreng bercili) memang lazat.

So, kami pun berjalan sambil menangkap belalang mara kedepan dalam sebaris melintang. Kat tangan masing2 memegang sedepa andang api. Andang nih dibuat dari pelepah daun kelapa yang sudah kering. Seronoknya tak terkatakan sambil riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik sesama sendiri. Macam2 perkara lucu berlaku. Kadang2 belalang ketik terbang melantun ke muka org sebelah, bila nak cekut...belalang terbang, tercekut batang hidunglah, telingalah, pipi, punggung...ada makcik2 yang kuat melatah..terjerit2 orang tua tuh kena raba bila tercekut badan dia orang. Kami teramatlah lekanya dan dah berkira2 nak masak apa ngan belalang tu nanti esok.

Nun jauh di hadapan kumpulan kami, dari arah bertentangan, lebih kurang jarak 5 petak sawah yang dah bertuai padinya, jelas kami nampak seseorang sendirian dengan sebatang andang api mengutip belalang ketik jugak. Kami semua tertanya2 siapalah gerangan orang tu, kenapalah sorang2 tangkap belalang ketik tanpa kawan. Peliknya bila kami teriak api andang orang tu tiba2 padam. Bila kami sibuk balik ngan tangkap belalang ketik, andang api menyala semula dan orang tu terbongkok2 sama mengutip belalang. Ah!!! mungkin orang tu tak mahu diganggu. Agaknya orang dari sebelah 'baruh' , pedulikanlah ....pesan makcik yang melatah tadi. Sebenarnya dalam hati makcik tuh dah rasa tak enak tapi masih kunci mulut tak mau beritahu. Pesannya pada kami anak2 dara sunti nih, jangan tegur lagi, biarkan .... 'buat dornor jer'. Jangan sekali2 pelawa atau tegur orang tu semula.

Makin lama kami kutip, makin saya nampak orang tu dah dekat dengan kumpulan kami takat dua petak sawah jer...memang jelas, orang tu berpakaian putih, bentuk baju tak dapat nak dicamkan sebab malam gelap, memakai kain putih dililit atas kepala, sah orang tu lelaki. Wajah dia kelam tak nampak sebab andang api dia pegang terlalu tinggi atas kepala. Pelik memang pelik sebab tak pernah orang bawa andang macam tuh. Dahlah tinggi dua kaki lebih dari kami. Masing2 senyap tak bercakap...angin tak semena2 bertiup sepoi2 terasa sejuk sangat sampai boleh menggigil dibuatnya. Atau perasaan kami ke yang dah mula cuak dan merasa takut. Kami dah mula fikir yang bukan2. Jari jemari tangan dah kaku, kaki rasa besar dan beratnya macam 1 ton tak dapat nak bergerak. Masing2 dah pucat lesi...kalau toreh pun tak kuar darah agaknya. Segala macam bulu yang ada diseluruh badan dah menegak...kembang meremang bagai kena arus lektrik. Sambil peluh meleleh di kedua2 belah telinga ngan pipi.

Makcik tadi tiba2 meloncat kedepan dua langkah. Andang di tangan dicampak kedepan dan bertepuk tangan tiga kali..makcik tu melaung ...... "Abang aji!!!!!, kalau betul jasad macam kami...mari ler sama2, tapi kalau bukan, jangan kacau (ganggu) anakcucu, kami tumpang lalu jer". Sekuat mana makcik tu melaung sepantas itu jugalah 'lelaki' tu bagai aksi mengutip belalang lagi. Seperti tak hiraukan sapaan makcik tadi. Semua jadi kaku, terpaku, terpegun macam patung. Sedekat 1 1/2 petak sawah tiba2 andang api 'lelaki' tu padam dan kelibatnya pun seperti angin melayang jauh ketempat mula2 kami nampak dia. Secepat tu juga andang api dia menyala semula.

Apalagi...masing2 tak cukup tanah lari lintang pukang balik rumah. Putih tapak kaki bagai tak jejak bumi sebab ketakutan. Esoknya bila berjumpa semula, kami bercerita sesama sendiri. Rupa2nya ada yang sampai terbarai kain batik dia orang masa lari pulang, ada juga yang terkencing2, yang tersungkur sebab tersadung tunggul kelapa pun ada. Terbahak2 kami tergelak...!!!!!

Malam esoknya tak serik2.....tambah besar kumpulan kami ajak sampai 20 orang semuanya pergi tangkap belalang lagi. Kali nih setiap orang wajib bawa sebiji tin kosong ngan kayu sebesar lengan. Tin kosong tuh akan kami ketuk kuat2 berkali2 sekiranya peristiwa sama berlaku lagi.

Itulah peristiwa yang tak pernah saya lupakan...masih segar dalam ingatan. Memang takut, benar2 takutttttt! jantung berdenyut pantas rasa macam nak tersembul keluar. Eeeeeeee...seram, betul2 saya rasa seram !!!!

MERRY CHRISTMAS TO EVIE ...!!!!!!!!






ONLY FOR NEKROCK...!!!!