Friday, December 19, 2008

BELALANG KETIK ...... ANDANG API

Camni citernyer..................!!!!!!

Dolu2 tuh kalau dah selesai kerja2 menuai & membanting padi di bendang, malamnya kami org kampung berkumpulan turun ke sawah untuk tangkap belalang padi (belalang ketik). Belalang ketik nih berwarna hijau/coklat saiz dia kecil daripada belalang kunyit. Macam dah jadi tradisi orang kampung saya sebab belalang ketik nih hanya membiak waktu padi dalam proses 'membunting'. Membunting nih maknanyer biji2 padi menguning. Belalang ni boleh dibuat lauk (goreng bercili) memang lazat.

So, kami pun berjalan sambil menangkap belalang mara kedepan dalam sebaris melintang. Kat tangan masing2 memegang sedepa andang api. Andang nih dibuat dari pelepah daun kelapa yang sudah kering. Seronoknya tak terkatakan sambil riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik sesama sendiri. Macam2 perkara lucu berlaku. Kadang2 belalang ketik terbang melantun ke muka org sebelah, bila nak cekut...belalang terbang, tercekut batang hidunglah, telingalah, pipi, punggung...ada makcik2 yang kuat melatah..terjerit2 orang tua tuh kena raba bila tercekut badan dia orang. Kami teramatlah lekanya dan dah berkira2 nak masak apa ngan belalang tu nanti esok.

Nun jauh di hadapan kumpulan kami, dari arah bertentangan, lebih kurang jarak 5 petak sawah yang dah bertuai padinya, jelas kami nampak seseorang sendirian dengan sebatang andang api mengutip belalang ketik jugak. Kami semua tertanya2 siapalah gerangan orang tu, kenapalah sorang2 tangkap belalang ketik tanpa kawan. Peliknya bila kami teriak api andang orang tu tiba2 padam. Bila kami sibuk balik ngan tangkap belalang ketik, andang api menyala semula dan orang tu terbongkok2 sama mengutip belalang. Ah!!! mungkin orang tu tak mahu diganggu. Agaknya orang dari sebelah 'baruh' , pedulikanlah ....pesan makcik yang melatah tadi. Sebenarnya dalam hati makcik tuh dah rasa tak enak tapi masih kunci mulut tak mau beritahu. Pesannya pada kami anak2 dara sunti nih, jangan tegur lagi, biarkan .... 'buat dornor jer'. Jangan sekali2 pelawa atau tegur orang tu semula.

Makin lama kami kutip, makin saya nampak orang tu dah dekat dengan kumpulan kami takat dua petak sawah jer...memang jelas, orang tu berpakaian putih, bentuk baju tak dapat nak dicamkan sebab malam gelap, memakai kain putih dililit atas kepala, sah orang tu lelaki. Wajah dia kelam tak nampak sebab andang api dia pegang terlalu tinggi atas kepala. Pelik memang pelik sebab tak pernah orang bawa andang macam tuh. Dahlah tinggi dua kaki lebih dari kami. Masing2 senyap tak bercakap...angin tak semena2 bertiup sepoi2 terasa sejuk sangat sampai boleh menggigil dibuatnya. Atau perasaan kami ke yang dah mula cuak dan merasa takut. Kami dah mula fikir yang bukan2. Jari jemari tangan dah kaku, kaki rasa besar dan beratnya macam 1 ton tak dapat nak bergerak. Masing2 dah pucat lesi...kalau toreh pun tak kuar darah agaknya. Segala macam bulu yang ada diseluruh badan dah menegak...kembang meremang bagai kena arus lektrik. Sambil peluh meleleh di kedua2 belah telinga ngan pipi.

Makcik tadi tiba2 meloncat kedepan dua langkah. Andang di tangan dicampak kedepan dan bertepuk tangan tiga kali..makcik tu melaung ...... "Abang aji!!!!!, kalau betul jasad macam kami...mari ler sama2, tapi kalau bukan, jangan kacau (ganggu) anakcucu, kami tumpang lalu jer". Sekuat mana makcik tu melaung sepantas itu jugalah 'lelaki' tu bagai aksi mengutip belalang lagi. Seperti tak hiraukan sapaan makcik tadi. Semua jadi kaku, terpaku, terpegun macam patung. Sedekat 1 1/2 petak sawah tiba2 andang api 'lelaki' tu padam dan kelibatnya pun seperti angin melayang jauh ketempat mula2 kami nampak dia. Secepat tu juga andang api dia menyala semula.

Apalagi...masing2 tak cukup tanah lari lintang pukang balik rumah. Putih tapak kaki bagai tak jejak bumi sebab ketakutan. Esoknya bila berjumpa semula, kami bercerita sesama sendiri. Rupa2nya ada yang sampai terbarai kain batik dia orang masa lari pulang, ada juga yang terkencing2, yang tersungkur sebab tersadung tunggul kelapa pun ada. Terbahak2 kami tergelak...!!!!!

Malam esoknya tak serik2.....tambah besar kumpulan kami ajak sampai 20 orang semuanya pergi tangkap belalang lagi. Kali nih setiap orang wajib bawa sebiji tin kosong ngan kayu sebesar lengan. Tin kosong tuh akan kami ketuk kuat2 berkali2 sekiranya peristiwa sama berlaku lagi.

Itulah peristiwa yang tak pernah saya lupakan...masih segar dalam ingatan. Memang takut, benar2 takutttttt! jantung berdenyut pantas rasa macam nak tersembul keluar. Eeeeeeee...seram, betul2 saya rasa seram !!!!

12 comments:

SRISUFI said...

tokma...
seram kesah nih...
tapi yang seronok nya...pengalaman nih..
sri tak ada peluang nak rasai..
hikss...

baggie said...

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE tokmaaaaaaaaa......... seramnyeeeerr.. nasib tarak kali kedua....yerrrrrrr.......*tengok jam dah pukol 2 pagi nih, jeling kat window, eeeeeee*

zura aini said...

Eeee seramnya.

Belalang yang ditangkap tu terlepas lah ye.

Apasal tangkap belalang malam-malam tokma.

MARIA said...

SRISUFI
Memang serammmm Yang oooiiiii! tu baru baca teks. Kejadian tu berlaku dalam tahun 60'an.


EVIE
Tokma ada banyak lagi pengalaman seram tau, memang betul2 terjadi pada tokma. Evie must relax dulu, nanti kemudian tokma citer lagi.


ZANY
Seram kan...tokma lari sama2 lintang pukang. Seluruh badan rasa kembang semacam.
Belalang yg kami kutip kami masukkan dalam pundi kain yg diikat kat pinggang. Belalang kan jenis serangga yg suka pada cahaya terang. Jadi bila malam gelap gelita, api andang tu lah yang buatkan belalang keluar malam bekerumun kat api andang. Belalang tak kuar siang...!

naz ilyn said...

Salam...

sebenarnya bukan semua orang dapat pengalaman berjumpa dengan benda-benda macam ni... hanya orang yang terpilih jer... kalau kita nak jumpa bukan boleh jumpa pun tapi mintaklah dijauhkan eeeeeeeeeee seram.

p/s: teringin makan belalang padi goreng bercili... mesti sodap.

Ungku Nor said...

ehehehe..ni citer masa kita selesai bukak pose aritu tapi taim tu Tokma tak citer abis..;p

MARIA said...

NAZ ILYN
Kejadian nih berlaku lama dulu pada awal 60'an, tokma pun masih belasan tahun. Kalau boleh dielak elakkanlah. Disebabkan masa tu kami ramai, jadi semangat kuat sikit, tapi bila dah sumer lari lintang pukang, menjengah gak ler perasaan takut dan seram tuh. Sekarang susah dah nak dapat belalang padi tuh. Entah2 spesis belalang ketik tu pun dah pupus. Memang sedap naz, bila digoreng bercili.


UNGKUNOR
Tu pasallah tokma habiskan citer nih. Asyik nengok iron chef jer...hehehehehe

baggie said...

Okay.. I wait for more from Tokma hehehehehe..

Kaktiny said...

ingat tokma nak citer 'keenakkan' makan belalang ketik tuh... rupanya.. ada citer lain.. waaa waaa... (naperlah terbaca time malam2 camnih weh.. huhuhu...)..

nak tido lah... hihihi...

maza said...

maza memang sram tokMa, memang seram sbb baca dlm pejabat... takut boss tiba2 muncul kat belakang...

seram beb...


hehhehehehe


maza: nakal2 manja!

:D

http://mazaaida.blog.friendster.com

;)

Mak Su said...

ayo... giler saspen.... serius ker TokMa?

giler saspen...

MARIA said...

KAKTINY
Lain kali baca siang2...!!!


MAZA
hah memang ler...tengah dok syok baca cerita seram..tetiba bos tepok dari belakang...tak ker haru dibuatnya, dah lah terperanjat... kena tangkap masa tak buat kejer pulak. hehehehehe...apa2 pun maza, itu adalah pengalaman takut yang amat sangat pada tokma..becerita pun bulu roma dah tegak...issshhh.


MAKSU
memang benar2 berlaku pada diri tokma maksu ooiiii!!!. Kengkawan sekampung yang ada masa kejadian tu sama2 tak nak cerita lebih2.. sebab takut punya pasal. Tapi bila difikir2kan...'lelaki' tu makhluk Allah jua...nasib baik kami tidak diganggunya.