Monday, December 22, 2008

KEJADIAN DI PAGOH

Hari tu hari Khamis....entah kenapa sejak pagi hati berdebar-debar je, sekaligus terbayang wajah tua mak yang sedang sakit di Hospital Pakar Johor Bahru. Nasib kami sekeluarga amat baik kerana abang sendiri adalah salah seorang doktor pakar di sana. Jadi segala urusan untuk mak mendapatkan rawatan di hospital pakar tu berjalan lancar. Hati kami adikberadik sentiasa berdoa semoga mak sentiasa dalam keadaan sihat. Dua hari sebelum itu mak sudah pun menjalani pembedahan lutut dan sudah pun di bawa pulang kerumah abang chik.

Pukul 5.00 petang, saya dapat panggilan dari abang chik, abang chik suruh kami semua adik beradik, kalau boleh datang malam tu jugak ke Johor Bahru. Kami semua rasa cemas...menurut abang, mak terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mak diserang sakit jantung secara tiba2. Kasihan mak bertimpa2 malang datang.

Sudahhhh, hati saya dah tak keruan...cepat2 minta kebenaran dari bos untuk pulang segera kerana nak ke JB malam tu jugak. Balik rumah, suami masih ditempat kerja, hari tu suami kena syif malam hingga jam 7.00 pagi esoknya. Bincang punya bincang...suami tak boleh pergi malam tu, macam mana pun saya minta izin untuk pergi malam tu jugak bawa anak 2 sekali. Kakak suruh saya talipon suaminya kalau2 boleh temankan saya. Almaklum perjalanan yang jauh makan masa 4-5 jam memandu lebih2 lagi waktu malam pulak tu. Kakak sememangnya dari awal sudah ada di JB kerana menemankan mak masa operasi lutut tempoh hari. Akhirnya abang ipar dan anak perempuan sulungnya ikut sama. Lima orang dalam kereta, kami bertolak jam 8.30 malam lebih kurang, selepas Isyak ke JB. Saya lebih suka memandu daripada tercongok jadi 'co-pilot' sebab abang ipar kalau bawak kereta.....batu kerikir tepi jalan tu pun boleh dikira satu2. Saya tak marah kalau pembaca kata saya brutal, saya memandu tidaklah brutal sampai kemana pun....cuma brutal orang pompuan lah bila bawak kereta. Tu jer!!!! hehehehehe.

Dari KL ikut highway utara selatan, masa tu h/way belum siap hanya setakat Tangkak jer baru siap dibina. Jadi dari situ saya exit Tangkak/Pagoh. Di simpang jalan saya membelok ke kanan untuk menghala ke Pagoh. Biasanya setiap kali kalau ke JB kami akan pergi pada siang hari, kawasan Pagoh masa tu sepanjang jalan tiada penempatan penduduk...yang ada hanya pokok-pokok kelapa sawit dan semak samun yang boleh dikatakan tebal jugak lah. Masa tu dah banyak cerita yang saya dengar dari pemandu2 teksi yang berulang alik dari JB ke KL dan sebaliknya. Cerita2 kurang enak semuanya....cuma mereka berpesan sentiasa berjaga2 disatu kawasan jalan yang sunyi berhampiran dengan tanah perkuburan. Saya tak pasti samada tanah perkuburan cina atau melayu. Ada juga yang kata itu asalnya tanah perkuburan zaman Jepun dulu. Arwah Abah saya dulu bekerja sebagai pemandu bas di Bandar Melaka, jadi ramailah rakan2 sebaya Cina dan Melayu yang bawa teksi ke JB...dari situ yang abah dapat tahu kejadian2 malang berlaku pada kawan2nya. Yang mati sebab terlanggar lembu padahal memang tak ada langsung penduduk di situ, seluas2 ladang kelapa sawit, berlanggar dengan lori parking tepi jalanlah, yang ada terlanggar orang sekitar jalan sunyi tu, tapi bila berhenti tak ada pulak orang yang dah dilanggar tu. Mereka kata mereka dengar suara orang menjerit bila kena langgar...tak tahulah benar ker tidak.

Sepanjang jalan masuk daerah Pagoh memang sunyi sepi...gelap gulita sebab tiada lampu jalan. Kawasan ladang yang amat luas. Kereta berselisih pun satu2 jer. Tiga km perjalanan baru jumpa sebuah kereta. Sepanjang perjalanan..abang ipar diam jer, tidur tidak, bercakap pun tidak, anak2 dah tidur di seat belakang. Dari KL tadi rancak mulut dia bercerita ini itu, katanya biar kita berbual nanti mata tak mengantuk. Masuk jer kawasan Pagoh...abang ipar tiba2 senyap, tak berkutik langsung, saya pun tak kata apa2 sebab terlalu gelap...jadi kenalah lebih berhati2 memandu...laju tetap laju...120 laju gak tuh. Hati nak cepat sampai YongPeng tak tau kenapa.

Tetiba jer, kami tak pasti dari mana arah datangnya angin kencang dan bila. Pokok2 kelapa sawit meliuk2 ditiup angin. Saya katakan pada abang ipar...'nak hujan agaknya bang! kuat ribut nih!'. Abang ipar langsung tak berkutik, menyahut cakap saya pun tak. Dalam hati berkata2, mungkin dia tertidur kot...tak dengar aku cakap aper. Kesian dia...biarlah asalkan aku tak mengantuk. Susah juga memandu dalam keadaan kelam dengan daun2 dan debu ditiup angin melayang2 depan windscreen. Saya nyalakan lampu tinggi....agar lebih terang jalan dihadapan.

Gelap gulita jalan raya di depan saya, tiba2 saya terpandangkan seperti sehelai kain batik buruk melayang depan windscreen sepantas kilat. Serasa terhenti jantung saya masa tu....objek tu terlansung ke belakang kereta, walau apa pun terjadi saya tak akan jeling cermin tepi mahupun untuk melihat ke belakang. Lagi laju saya tekan minyak kereta. Dalam hati saya ingatkan Allah...segala ayat kursi dan entah ayat2 3 Kul sumer saya baca dalam hati, tapi mulut komat kamit gak. Mata saya dah terbeliak memandang jalan depan. Bersedia menerima dan bertahan apa saja yang berlaku. Tak berani dah nak noleh2 kiri kanan atau belakang. Jantung dah lebih pantas berdenyut. Darah dah naik kemuka...rasa panas...tiba2 kaki saya tak rasa nak menekan pedal minyak, tak terdaya nak paut stering....rasa2 seperti kereta meluncur sendiri. Ya Allah apa dah jadi.

ALLAHUAKBAR.!!!!....ALLAHUAKBAR!!!!.... bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah!!!!. di saat itu juga....saya terdengar seperti sesuatu disimbah jatuh atas bumbung kereta. Tidak lama kemudian...pasir bertaburan jatuh di cermin depan, tepi dan belakang. Apa dah jadi Ya Allah...selamatkanlah kami semua. Apa yang saya dah lakukan....kemana saya paut stering kereta nih. Jalan masih lurus rasanya. Lemah semua sendi ...... tegak segala bulu roma, kembang rasanya badan saya seperti terapung2. Saya hanya nampak pasir berlumba2 turun dari atas bumbung kereta. Apa pulaklah mala petaka nih. Subhanallah....selamatkanlah kami Ya RabbilAlamin. Sempat saya menoleh kekiri...saya lihat abang ipar dah pegang pintu kereta dan sebelah tangan bertahan atas dashboard. Saya tak tau di mana saya memandu masa tu. Mulut saya tak berhenti menyebut Ya Allah Ya Allah...ayat kursi entah berapa kali saya baca, tapi rasanya ayat kursi yang saya baca lintang pukang, berulang2 saya baca sampai betul lidah menyebut. Badan saya dah mula menggigil...seperti kesejukan tapi kenapa badan saya berpeluh.

Ya Allah....kenapa kereta saya makin lama makin perlahan...kaki saya jadi kaku tak terdaya nak menekan pedal minyak. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR... itu ajer yang saya laungkan sungguh2...tiba2 terbit satu semangat dari dalam diri...terus saya menekan minyak bila dah terasa kaki jejak dilantai kereta. Entah berapa laju saya memandu saya tak ingat dah. Lepas YongPeng kami terus ke Ayer Hitam. Masih tak bercakap2 ngan abang ipar...sampai Ayer Hitam kami berhenti untuk minum...saya pun rasa nak berehat lah juga sebentar.

Masa minum tu....saya kuatkan semangat bertanya pada abang ipar...samada abang ipar perasan ker tidak kejadian kat Pagoh tadi. Rupa2nya...abang ipar kata...mulut dia seperti terkunci..tak boleh bercakap...macam ada orang tutup mulut dia. Tapi tak berhenti dalam hati abang ipar mengaji sebaik membelok ke jalan menghala ke Pagoh. Pasir2 yang jatuh atas bumbung kereta pun dia perasan...memang abang ipar dengar jelas...dan nampak pasir bersepah jatuh dari atas kereta meleleh turun depan windscreen. Rupa2nya abang ipar pun dalam ketakutan yang amat sangat. Dia pun berpeluh2 rupanya. Mujur anak2 tidur...kalau tidak riuh rendah agaknya dalam kereta. Kami bertolak dari Ayer Hitam ke Simpang Renggam jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Hisssshhhh biar betul...jadinya kami betul2 berada di kawasan Pagoh tepat tengah malam lah agaknya. Malam Jumaat pulak tuh. Kolot gak tu...orang kampunglah katakan. Nak kata saya tak mahu percaya pada perkara2 karut nih, susah nak jawab...sebab perkara tu berlaku betul2 diluar jangkaan saya. Kalau itu hanya perasaan saya jer, kenapa pulak abang ipar saya pun dalam ketakutan sama. Dia tak dapat bercakap...malah sentiasa membaca ayat2 AlQuran dalam hati.

Lebih kurang jam 4.00 pagi baru kami sampai JB dan terus ke Hospital jumpa abang chik. Anak2 kami abang chik suruh sambung tidur di bilik dr. tempat abang chik selalu berehat bila 'on-call'. Esoknya barulah kami bercerita dengan adikberadik yang lain tentang kejadian malam tadi masa makan tengahari.

Serik saya...memang serik....selepas kejadian tu...saya tak pernah memandu waktu malam lagi. Adik beradik yang lain pun begitu. Apa2 hal pun kami akan bertolak ramai2 pagi2 dari KL ke JB atau bertolak seawal pagi balik dari JB ke KL. Satu pengalaman yang amat mengerikan dan tak dapat nak saya luahkan rasa perasaan saya ketika saat2 kejadian tu.

ENTAHLAH....hanya Allah yang mengetahui.......!!!!

27 comments:

Ungku Nor said...

tokma nye entri skang dah ala2 misteri nusantara la pulak..
hehehe.

tapi ye laa..bukan senang nak dapat pengalaman camtu kan tokma?

MARIA said...

Itulah ungku....selama ni tokma simpan jer dalam kenangan, entah pulak sekarang ni rasa nak berkongsi ngan kengkawan. Masih terasa2 takut dan seram. Walau apapun semua itu adalah ujian dari Allah jua. Allah yang lebih berkuasa.

UuL said...

Wuahh...ma seram sekali nurul bacanya. sampe merinding ni bulu kuduk di buatnya. Deg-deg-an. pengen tau akhir ceritanya. Alhamdulillah mama tidak kenapa2 :)

zura aini said...

Tokma, blog ni jadi blog cite seram dan blog wajib singgah untuk besarkan mata yang layu je time di pejabat nih. Teringat kecik dulu, mak saudara suka anak-anak saudara duduk mengelilinginya, waktu malam, lepas tu buka cerita seram. makin lama makin rapat anak-anak sampai ada yang peluk mak saudara. Takutttt.

Nauzubillah, tak sanggup ujian macam tu semasa sedang memandu waktu malam. Agaknya sebab itulah ada yang sampai accidentkan.

ladylikeme said...

salam..
wah nek seram blu roma tetiba baca entri tok ma nie....
dashatnyer toka ma...

Nek Rock said...

phewwwwwwwwwwwwwwwww tokma bercerita nek leh bayangkan diri nek dalam keta tu

pssttt tokma leh tulis buku citer seram mesti owg leh terkencing baca,eeeeeeeeeee

naz ilyn said...

Salam...

alamak kak tak pernah pulak saya dengar cerita ni... seram ler pulak... pernah juga saya memandu malam-malam sebab gantikan suami yang keletihan ketika perjalanan pulang ke rumah mak kat kota tinggi... memang seram sebab semua orang dalam kereta tidur... kiri kanan semua kebun kelapa sawit... mujur tak ada apa yang berlaku.

maza said...

hahaha....TokMa sudah terpengaruh dgn maza ker? - kisah citer takut2 nie..

hehehhe

(ayat eksen dari maza)


mungkinkah itu petanda yg suami TokMa tak ikhlas bagi kebenaran meninggalkan beliau?!

hmm

:D

soalah menduga jerk tu!

http://mazaaida.blog.friendster.com

MARIA said...

U'UL
Pengalaman yang tak dapat mama lupakan...!!!! mujur mama kuat semangat.


ZANY
Salah satu dari pengalaman tokma yang tidaklah seberapa....kalau nak dibandingkan dengan pengalaman orang lain yang lebih dahsyat lagi.


LADYLIKEME
Seperti yang tokma katakan pada zany....sikit jer tu macam tempias jer, yang penting ia benar2 berlaku atas diri tokma sendiri.


NEKROCK
Tokma tak pandai menulis lah nek, pengalaman pun seciput jer...amender yang nak ditulis tuh..!!!!


NAZ ILYN
Zaman 60'an, 70'an dan mungkin jugak 80'an...memang masih ada citer2 ngeri berlaku sepanjang jalan dlm daerah Pagoh tu. Penduduk tempatan sendiri mengaku bahawa kawasan di situ kurang menyenangkan mereka.


MAZA
Terpengaruh tu tidak ler maza, cuma pengalaman takut tokma tak sehebat seperti yang maza alami tuh. Bila maza bercerita kisah maza, tokma pun teringat tang kisah tokma lak. Itu ajelah citer yang ada.

Berkenaan soklan cepumas tuh..rasa2nyer tidaklah begitu..waktu2 dan saat2 kecemasan begini, kalau pegi tanpa izin suami, buatnya tokma kehilangan mak tak sempat kami jumpa...menyesal dia sampai bila2 dan suami tokma tidaklah sekejam itu dan dia percaya tentang kejujuran tokma. Tanpa cuak dan curiga atas cadangan yang telah diputuskan setelah berbincang adikberadik suamiisteri. Anak sulungnya perempuan pun dah berumur 20 tahun. Abang ipar juga boleh jadi mahram tokma kalau ke tanah suci Makkah tanpa suami. Tapi dah sampai pun tokma atas tuntutan rukun Islam ke5 tu dengan mahram adik ipar.

Hehehehehe, baru maza nak menduga macam tu, tokma dah tak sedap hati kan!! bukannya aper maza, cuma sifat perempuan tokma nih takut dan hormat pada suami tu kadang2 tak bertempat. Sooooooooo...now tokma dah faham dan mengerti hati seorang MAZA.

Eiba said...

Tok Ma, hanya insan terpilih saja yang dapat mengalami nasib seperti itu, memang menakutkan, tapi sememangnya "benda" tu ada..dah dijanjikan dalam Quran kan???

So..tahniah!! Pengalaman yang menyeronokkan itu datangnya sekali saja...Tapi kalau eiba...huhuhuhuhu..takutnya..ngeri tau...Kalau tak kuat semangat boley pengsan lah pulak...hehehehehehhehe...

suara said...

Salam tok ma...
Erm... pengalaman yg menaikkan bulu roma ye tokma. Syukur tokma tak apa-apa.

Setakat ni, alhamdulillah, su tak pernah alami kejadian yang menyeramkan. Su selalu balik kampung waktu malam. Siang hari panas, tak suka drive waktu tu. Biasanya su gilir-gilir dgn suami sbb dia pun ngantuk gak. Perjalanan KL - KB, lebih kurang 8-12 jam bergantung kepada musim perayaan atau cuti biasa.

Paling suka bila drive malam dan langit cerah, su boleh tengok langit yg penuh dgn bintang-bintang. Cantik sangat!

Madam Casper said...

Tokma

Seram lah ishh mujoq tok ma kuat semangat kalau tidak wallahhualam la...

dhan said...

salam tok ma....
takutnye... saya harap sgt xjumpa kejadian camtuh...
xdapat bayangkan

Awwa said...

salam tokma...pertama kali saya baca criter benar n seram kat dalam blog tokma...mungkin pengelaman yg tidak dapat tokma lupakan...........

Lee said...

Hello Tokma, Selamat tahun baru to you and your family.
We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day.
Happy New Year, TokMa....may your smile next year be as beautiful as it is today and for always. Lee.

maza said...

TokMa - tak der ker entry baru nie!

dah tertunggu2 lama dah nie.....terjengeh2...tertoleh2..

walamak eeiii...windu lah pulak...

hahahahhaha

erk! sorry atok....hehehhehe

tumpang kasih dgn tokma jerk!

hahahahahah

http://mazaaida.blog.friendster.com



maza: ganaz lagi manja...

:D

AHMOI said...

buat den soram sojuk jo...huhuhu..

muadzlife said...

uiiii..seramnya...uish..seb baik ok dan selamat...

salam tahun baru 1430H & 2009

Yunus Badawi said...

Salam Tokma. Terima kasih kerana singgah di blog saya.
Saya pun selalu lalu jalan tu masa duduk di JB tahun 1992/93. Selalunya lepas kerja petang Jumaat saya sekeluarga bertolak ke KL menziarahi ibubapa. Tempat tu mmg agak menyeramkan tapi alhamdulillah takde perkara yg tak diingini berlaku kpd kami.

Mak Su said...

TokMa......

akupunyahal said...

fuhh ingat lagi dulu kecik2 bacak novel Tamar Jalis.. ha ingat tak TokMa?

emwhysayang said...

aduhhh...seram seh...sampai naik bulu roma kite baca kisah tokma ni.... alhamdulillah semuanya selamat

MARIA said...

EIBA
nasib baik iman masih kuat kalau tidak mau pengsan lah jugak agaknya tokma masa tuh. Itulah untungnya kalau kita ada sedikit ilmu akhirat namun tetap diuji agar kita lebih yakin akan kebesaran yang Esa.


SUARA
Malam hari dengan langit yang cerah, bertaburan bintang2 dan terselit bulan sabit pulak...ooiiiihhh nyaman jer rasanya, lapang rasa hati kan..!!!


WIFE EN.ATAN
InsyaAllah......Allah tetap bersama2 kita. Ujian ini pun dariNya jugak.
Terima kasih tinggal jejak yer.


DHAN
Ujian yang Allah beri tak sama caranya Dhan...kadang2 kita aje yang tak perasan, dan telah dapat kita atasinya.


ATIESYA
Tiesya baca pun dah seram...itulah yang tokma tempoh...memang tak boleh lupa, dah lama terjadi tapi masih ingat setiap saat perasaan tokma.


U.LEE
Hi my dear....I will smile for you always and forever.


MAZA
Sesabar ler maza...tengah kumpul balik semangat nak bercerita yang lain lah pulak nih. Nak tumpang kasih atau nak tumpang manja ker atok tak kisah...!!!!


AHMOI
hehehehehe...soram ek..!!


MUADZLIFE
Tima kasih muadzlife singgah. Selamat Tahun Baru Hijrah jugak buat muadz yer.


YUNUSBADAWI
Betul tu en yunus, memang menyeramkan...apa nak kata terpaksa tempuh gak. Sabar jer lah kan...hehehehe.


MAKSU
Yerrrrr....maksu panggil ker!!!


MALIM
ada gak penah baca buku dia tuh...pengalaman dia lagi dahsyat, mau terduduk kaku beku atau tokma cabut lari jer kalau terasa ada kaki. hehehehehe.


EMWHYSAYANG
Tu lah....sampai naik bulu roma murni, tokma rasa tegak sumer rambut satu kepala... heeeeeeeeeeee!!!!

chinta said...

tokma,
seramnye entry nie..tp mmg betul la tmpt tu sunyi, tapi alhamdulillah, tak pernah jd pd sy ataupun abah yg mmg berulang alik masa keje dulu...anyway, what an experience!

Tie said...

Wah..tokma pun ada pengalaman gitu, ekk...mujur semuanya selamat.

Ada cerita lain tak??

MARIA said...

CHINTA
Sepanjang jalan sebelum dan selepas area Pagoh memang menyeramkan. Sejauh tu berjalan...pokok2 kelapa sawit, semak2 dan tanah perkuburan ajer yang ada...tak seram tuh.


TIE
Kalau nak citer memang ada lagilah tie...masa kerja, kat ofis pun ada...pelan2 tokma tengah tunggu semangat datang balik.

Unknown said...

Bnyk jga terbaca highway pagoh /yongpeng ni seram...