Thursday, February 19, 2009

YANG PERGI vs YANG DATANG

Baru tadi lebih kurang jam 7.31 petang, abang ipar yang telah kematian isteri (arwah kakak saya) talipon memberitahu menantu sulongnya telah meninggal dunia. Suaranya saya dengar amat memilukan, merintih abang ipar saya sambil mengatakan bahawa 'dia dah tak der sesiapa untuk dia bergantung'. Hancur luluh hati saya mendengarnya dan hanya setakat mampu untuk mengucapkan berbanyak2 sabar kepadanya.

Atas permintaan abang ipar, saya berhubung dengan semua adikberadik sebelah keluarga saya memberitahu berita sedih nih. Suami anak saudara saya nih, setahu saya, tak pernah mengidap penyakit yang serious. Selepas solat Isyak kami terus ke rumah nya di Wangsa Maju. Dimaklumkan iaitu jenazah telah pun dibawa ke HKL untuk bedah-siasat. Abang ipar telah pun mengaturkan satu majlis membaca Yassin di rumah anaknya.

Saya dan dua orang lagi anak saudara lelaki (anak abang saya yang sulong), bertolak ke Jabatan Forensik, HKL buat menemankan Ajai (balu) atas urusan rasmi kematian arwah suaminya. Selain kami, ramai lagi jiran dan kenalan rapat arwah yang datang. Setengah jam selepas kami menunggu, Dr yang bertugas telah pun selesai dengan tugas 'post-mortem'. Menurut siasatan Dr, dinding pembuluh darah di luar jantung sebelah atas telah koyak pada tiga bahagian menyebabkan darah terlalu banyak masuk ke jantung. Jantung menjadi penuh dan tidak dapat berfungsi untuk mengepam darah keluar. Jantung penuh dan membesar dan terus terhenti. Kes pembuluh darah koyak jarang sangat berlaku. Hanya atas kadar 1% saja dari penyebab semua jenis kematian.

Belasnya hati saya melihat wajah anak saudara yang pucat lesi dan sabar mendengar semua penerangan dari doktor bertugas tadi.

Ajai memang isteri yang tabah. Airmatanya hanya mengalir lesu tanpa suara dan tanpa sedu sedan. Arwah suami meninggal pada usia 42 tahun. Dalam hatinya siapa yang tahu sengsara yang ditanggung dengan merenung masa depan yang masih kelam. Hanya saya amat terharu bila melihat dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan arwah. Yang sulong masih bersekolah (darjah 4) dan yang kecil cuma baru berumur 3 tahun, masih tidak mengerti apa2. Lebih sedih lagi anak saudara saya sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan dijangka melahirkan babynya pada awal bulan September 09. Hancur luluh hati saya lagi. Hati saya rasa semakin pedih memikirkan anak saudara dah tak der ibu tempat mengadu, sekarang pulak sudah tak der suami tempat bergantung hidup.

Jenazah masih lagi di Hospital....pihak hospital akan menguruskan semua proses dari memandikan jenazah langsung mengkapankannya. Van hospital akan menghantar jenazah terus ke rumah abang ipar saya pada jam 9.00 pagi esok untuk dikebumikan.

Semua dokumen yang berkaitan telah pun ditandatangani oleh anak saudara saya (balu) bagi memudahkan segala urusan pihak hospital esoknya. Selepas itu kami semua beredar pulang.

Jam 1.30 pagi tadi (19 Februari 2009) saya sampai di rumah semula. Mata nih sememangnya mengantuk tapi kalau minda masih berfungsi dan terus berfikir mengenangkan nasib anak saudara saya nih....bagaimana nak tidur.

Yang pasti saya pun mesti kuat dan bersemangat seperti anak saudara saya juga. HIDUP HARUS DITERUSKAN JUGA...!!!! Yang pergi tentunya tak akan kembali....yang pasti perlu hidup untuk menyambut kedatangan orang baru pada bulan September nanti.

Al-Fatihah buat arwah....!!!! Amin..!