Thursday, February 19, 2009

YANG PERGI vs YANG DATANG

Baru tadi lebih kurang jam 7.31 petang, abang ipar yang telah kematian isteri (arwah kakak saya) talipon memberitahu menantu sulongnya telah meninggal dunia. Suaranya saya dengar amat memilukan, merintih abang ipar saya sambil mengatakan bahawa 'dia dah tak der sesiapa untuk dia bergantung'. Hancur luluh hati saya mendengarnya dan hanya setakat mampu untuk mengucapkan berbanyak2 sabar kepadanya.

Atas permintaan abang ipar, saya berhubung dengan semua adikberadik sebelah keluarga saya memberitahu berita sedih nih. Suami anak saudara saya nih, setahu saya, tak pernah mengidap penyakit yang serious. Selepas solat Isyak kami terus ke rumah nya di Wangsa Maju. Dimaklumkan iaitu jenazah telah pun dibawa ke HKL untuk bedah-siasat. Abang ipar telah pun mengaturkan satu majlis membaca Yassin di rumah anaknya.

Saya dan dua orang lagi anak saudara lelaki (anak abang saya yang sulong), bertolak ke Jabatan Forensik, HKL buat menemankan Ajai (balu) atas urusan rasmi kematian arwah suaminya. Selain kami, ramai lagi jiran dan kenalan rapat arwah yang datang. Setengah jam selepas kami menunggu, Dr yang bertugas telah pun selesai dengan tugas 'post-mortem'. Menurut siasatan Dr, dinding pembuluh darah di luar jantung sebelah atas telah koyak pada tiga bahagian menyebabkan darah terlalu banyak masuk ke jantung. Jantung menjadi penuh dan tidak dapat berfungsi untuk mengepam darah keluar. Jantung penuh dan membesar dan terus terhenti. Kes pembuluh darah koyak jarang sangat berlaku. Hanya atas kadar 1% saja dari penyebab semua jenis kematian.

Belasnya hati saya melihat wajah anak saudara yang pucat lesi dan sabar mendengar semua penerangan dari doktor bertugas tadi.

Ajai memang isteri yang tabah. Airmatanya hanya mengalir lesu tanpa suara dan tanpa sedu sedan. Arwah suami meninggal pada usia 42 tahun. Dalam hatinya siapa yang tahu sengsara yang ditanggung dengan merenung masa depan yang masih kelam. Hanya saya amat terharu bila melihat dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan arwah. Yang sulong masih bersekolah (darjah 4) dan yang kecil cuma baru berumur 3 tahun, masih tidak mengerti apa2. Lebih sedih lagi anak saudara saya sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan dijangka melahirkan babynya pada awal bulan September 09. Hancur luluh hati saya lagi. Hati saya rasa semakin pedih memikirkan anak saudara dah tak der ibu tempat mengadu, sekarang pulak sudah tak der suami tempat bergantung hidup.

Jenazah masih lagi di Hospital....pihak hospital akan menguruskan semua proses dari memandikan jenazah langsung mengkapankannya. Van hospital akan menghantar jenazah terus ke rumah abang ipar saya pada jam 9.00 pagi esok untuk dikebumikan.

Semua dokumen yang berkaitan telah pun ditandatangani oleh anak saudara saya (balu) bagi memudahkan segala urusan pihak hospital esoknya. Selepas itu kami semua beredar pulang.

Jam 1.30 pagi tadi (19 Februari 2009) saya sampai di rumah semula. Mata nih sememangnya mengantuk tapi kalau minda masih berfungsi dan terus berfikir mengenangkan nasib anak saudara saya nih....bagaimana nak tidur.

Yang pasti saya pun mesti kuat dan bersemangat seperti anak saudara saya juga. HIDUP HARUS DITERUSKAN JUGA...!!!! Yang pergi tentunya tak akan kembali....yang pasti perlu hidup untuk menyambut kedatangan orang baru pada bulan September nanti.

Al-Fatihah buat arwah....!!!! Amin..!


14 comments:

Anonymous said...

AL-FATIHAH buat Arwah...semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah serta ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman serta beramal soleh...Amin

Takziah dari saya disini...yer Tokma,hidup ini perlu diteruskan juga...Dari Allah swt kita datang,kepada Allah swt juga kita akan kembali buat selama-lamanya...

chinta said...

Takziah dr kami sekeluarga. Moga kak Ajai dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Life must go on.

tumpang simpati,
chinta

zureen @ mama said...

Takziah dr kami sekeluarga .Semoga roh arwah dicucuri rahmat Nya.

zura aini said...

Takziah untuk Tokma dan anak saudara. Moga setiap urusan untuk hari datang dipermudahkanNya. Moga anak saudara Tokma sentiasa tabah menghadapi kehidupan seharian.InsyaAllah.

Mak Su said...

TokMa, Takziah dari saya.

alfatihah utk arwah

:(

UuL said...

Innalillahi wa innailahi rojiun.

Semoga amal ibadahnya d terima dsini Allah dan keluarga yang d tinggalkan d berikan ketabahan dan kekuatan.

Al Fatihah untuk jenazah

ladylikeme said...

salam takziah dari kami utk keluarga anak saudara tokma...sedih mendengar berita ini..teringat kat ayah yang meninggal dunia diusia 38 tahunn

SRISUFI said...

salam tokma

semoga tokma sihat2 aja

AL FATIHAH buat yang telah pergi..sayu hati membaca entri ni

semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman

amin

Nek Rock said...

salam tokma dear,

takziah dari nek utk keluarga tokma, alfatihah

baggie said...

my condolences to you and family... may God bless his soul and he rests in peace....

maklang said...

Takziah untuk keluarga Tokma..

Yang membacanya rasa pilu, apalagi yang melaluinya...Allah Maha Kaya, moga segala kesabaran diberi ganjaranNya..Amin..

Tokma pun jaga diri baik2 ye...

suara said...

Salam tokma...

Takziah dari su untuk tokma sekeluarga.

Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang Allah kasihi. Moga kekuatan dan kesabaran akan terus mengisi hati anak buah tokma tu.

maza said...

aduhai....

sedih lak den...huhuhu

takziah Tokma.....

Kak Long said...

Kita semua pun akan pergi kak. Dunia hanya persinggahan. Insyaalah, ajai akan berjaya menempuhnya. Allah akan selalu disisinya.