Monday, December 22, 2008

KEJADIAN DI PAGOH

Hari tu hari Khamis....entah kenapa sejak pagi hati berdebar-debar je, sekaligus terbayang wajah tua mak yang sedang sakit di Hospital Pakar Johor Bahru. Nasib kami sekeluarga amat baik kerana abang sendiri adalah salah seorang doktor pakar di sana. Jadi segala urusan untuk mak mendapatkan rawatan di hospital pakar tu berjalan lancar. Hati kami adikberadik sentiasa berdoa semoga mak sentiasa dalam keadaan sihat. Dua hari sebelum itu mak sudah pun menjalani pembedahan lutut dan sudah pun di bawa pulang kerumah abang chik.

Pukul 5.00 petang, saya dapat panggilan dari abang chik, abang chik suruh kami semua adik beradik, kalau boleh datang malam tu jugak ke Johor Bahru. Kami semua rasa cemas...menurut abang, mak terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mak diserang sakit jantung secara tiba2. Kasihan mak bertimpa2 malang datang.

Sudahhhh, hati saya dah tak keruan...cepat2 minta kebenaran dari bos untuk pulang segera kerana nak ke JB malam tu jugak. Balik rumah, suami masih ditempat kerja, hari tu suami kena syif malam hingga jam 7.00 pagi esoknya. Bincang punya bincang...suami tak boleh pergi malam tu, macam mana pun saya minta izin untuk pergi malam tu jugak bawa anak 2 sekali. Kakak suruh saya talipon suaminya kalau2 boleh temankan saya. Almaklum perjalanan yang jauh makan masa 4-5 jam memandu lebih2 lagi waktu malam pulak tu. Kakak sememangnya dari awal sudah ada di JB kerana menemankan mak masa operasi lutut tempoh hari. Akhirnya abang ipar dan anak perempuan sulungnya ikut sama. Lima orang dalam kereta, kami bertolak jam 8.30 malam lebih kurang, selepas Isyak ke JB. Saya lebih suka memandu daripada tercongok jadi 'co-pilot' sebab abang ipar kalau bawak kereta.....batu kerikir tepi jalan tu pun boleh dikira satu2. Saya tak marah kalau pembaca kata saya brutal, saya memandu tidaklah brutal sampai kemana pun....cuma brutal orang pompuan lah bila bawak kereta. Tu jer!!!! hehehehehe.

Dari KL ikut highway utara selatan, masa tu h/way belum siap hanya setakat Tangkak jer baru siap dibina. Jadi dari situ saya exit Tangkak/Pagoh. Di simpang jalan saya membelok ke kanan untuk menghala ke Pagoh. Biasanya setiap kali kalau ke JB kami akan pergi pada siang hari, kawasan Pagoh masa tu sepanjang jalan tiada penempatan penduduk...yang ada hanya pokok-pokok kelapa sawit dan semak samun yang boleh dikatakan tebal jugak lah. Masa tu dah banyak cerita yang saya dengar dari pemandu2 teksi yang berulang alik dari JB ke KL dan sebaliknya. Cerita2 kurang enak semuanya....cuma mereka berpesan sentiasa berjaga2 disatu kawasan jalan yang sunyi berhampiran dengan tanah perkuburan. Saya tak pasti samada tanah perkuburan cina atau melayu. Ada juga yang kata itu asalnya tanah perkuburan zaman Jepun dulu. Arwah Abah saya dulu bekerja sebagai pemandu bas di Bandar Melaka, jadi ramailah rakan2 sebaya Cina dan Melayu yang bawa teksi ke JB...dari situ yang abah dapat tahu kejadian2 malang berlaku pada kawan2nya. Yang mati sebab terlanggar lembu padahal memang tak ada langsung penduduk di situ, seluas2 ladang kelapa sawit, berlanggar dengan lori parking tepi jalanlah, yang ada terlanggar orang sekitar jalan sunyi tu, tapi bila berhenti tak ada pulak orang yang dah dilanggar tu. Mereka kata mereka dengar suara orang menjerit bila kena langgar...tak tahulah benar ker tidak.

Sepanjang jalan masuk daerah Pagoh memang sunyi sepi...gelap gulita sebab tiada lampu jalan. Kawasan ladang yang amat luas. Kereta berselisih pun satu2 jer. Tiga km perjalanan baru jumpa sebuah kereta. Sepanjang perjalanan..abang ipar diam jer, tidur tidak, bercakap pun tidak, anak2 dah tidur di seat belakang. Dari KL tadi rancak mulut dia bercerita ini itu, katanya biar kita berbual nanti mata tak mengantuk. Masuk jer kawasan Pagoh...abang ipar tiba2 senyap, tak berkutik langsung, saya pun tak kata apa2 sebab terlalu gelap...jadi kenalah lebih berhati2 memandu...laju tetap laju...120 laju gak tuh. Hati nak cepat sampai YongPeng tak tau kenapa.

Tetiba jer, kami tak pasti dari mana arah datangnya angin kencang dan bila. Pokok2 kelapa sawit meliuk2 ditiup angin. Saya katakan pada abang ipar...'nak hujan agaknya bang! kuat ribut nih!'. Abang ipar langsung tak berkutik, menyahut cakap saya pun tak. Dalam hati berkata2, mungkin dia tertidur kot...tak dengar aku cakap aper. Kesian dia...biarlah asalkan aku tak mengantuk. Susah juga memandu dalam keadaan kelam dengan daun2 dan debu ditiup angin melayang2 depan windscreen. Saya nyalakan lampu tinggi....agar lebih terang jalan dihadapan.

Gelap gulita jalan raya di depan saya, tiba2 saya terpandangkan seperti sehelai kain batik buruk melayang depan windscreen sepantas kilat. Serasa terhenti jantung saya masa tu....objek tu terlansung ke belakang kereta, walau apa pun terjadi saya tak akan jeling cermin tepi mahupun untuk melihat ke belakang. Lagi laju saya tekan minyak kereta. Dalam hati saya ingatkan Allah...segala ayat kursi dan entah ayat2 3 Kul sumer saya baca dalam hati, tapi mulut komat kamit gak. Mata saya dah terbeliak memandang jalan depan. Bersedia menerima dan bertahan apa saja yang berlaku. Tak berani dah nak noleh2 kiri kanan atau belakang. Jantung dah lebih pantas berdenyut. Darah dah naik kemuka...rasa panas...tiba2 kaki saya tak rasa nak menekan pedal minyak, tak terdaya nak paut stering....rasa2 seperti kereta meluncur sendiri. Ya Allah apa dah jadi.

ALLAHUAKBAR.!!!!....ALLAHUAKBAR!!!!.... bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah!!!!. di saat itu juga....saya terdengar seperti sesuatu disimbah jatuh atas bumbung kereta. Tidak lama kemudian...pasir bertaburan jatuh di cermin depan, tepi dan belakang. Apa dah jadi Ya Allah...selamatkanlah kami semua. Apa yang saya dah lakukan....kemana saya paut stering kereta nih. Jalan masih lurus rasanya. Lemah semua sendi ...... tegak segala bulu roma, kembang rasanya badan saya seperti terapung2. Saya hanya nampak pasir berlumba2 turun dari atas bumbung kereta. Apa pulaklah mala petaka nih. Subhanallah....selamatkanlah kami Ya RabbilAlamin. Sempat saya menoleh kekiri...saya lihat abang ipar dah pegang pintu kereta dan sebelah tangan bertahan atas dashboard. Saya tak tau di mana saya memandu masa tu. Mulut saya tak berhenti menyebut Ya Allah Ya Allah...ayat kursi entah berapa kali saya baca, tapi rasanya ayat kursi yang saya baca lintang pukang, berulang2 saya baca sampai betul lidah menyebut. Badan saya dah mula menggigil...seperti kesejukan tapi kenapa badan saya berpeluh.

Ya Allah....kenapa kereta saya makin lama makin perlahan...kaki saya jadi kaku tak terdaya nak menekan pedal minyak. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR... itu ajer yang saya laungkan sungguh2...tiba2 terbit satu semangat dari dalam diri...terus saya menekan minyak bila dah terasa kaki jejak dilantai kereta. Entah berapa laju saya memandu saya tak ingat dah. Lepas YongPeng kami terus ke Ayer Hitam. Masih tak bercakap2 ngan abang ipar...sampai Ayer Hitam kami berhenti untuk minum...saya pun rasa nak berehat lah juga sebentar.

Masa minum tu....saya kuatkan semangat bertanya pada abang ipar...samada abang ipar perasan ker tidak kejadian kat Pagoh tadi. Rupa2nya...abang ipar kata...mulut dia seperti terkunci..tak boleh bercakap...macam ada orang tutup mulut dia. Tapi tak berhenti dalam hati abang ipar mengaji sebaik membelok ke jalan menghala ke Pagoh. Pasir2 yang jatuh atas bumbung kereta pun dia perasan...memang abang ipar dengar jelas...dan nampak pasir bersepah jatuh dari atas kereta meleleh turun depan windscreen. Rupa2nya abang ipar pun dalam ketakutan yang amat sangat. Dia pun berpeluh2 rupanya. Mujur anak2 tidur...kalau tidak riuh rendah agaknya dalam kereta. Kami bertolak dari Ayer Hitam ke Simpang Renggam jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Hisssshhhh biar betul...jadinya kami betul2 berada di kawasan Pagoh tepat tengah malam lah agaknya. Malam Jumaat pulak tuh. Kolot gak tu...orang kampunglah katakan. Nak kata saya tak mahu percaya pada perkara2 karut nih, susah nak jawab...sebab perkara tu berlaku betul2 diluar jangkaan saya. Kalau itu hanya perasaan saya jer, kenapa pulak abang ipar saya pun dalam ketakutan sama. Dia tak dapat bercakap...malah sentiasa membaca ayat2 AlQuran dalam hati.

Lebih kurang jam 4.00 pagi baru kami sampai JB dan terus ke Hospital jumpa abang chik. Anak2 kami abang chik suruh sambung tidur di bilik dr. tempat abang chik selalu berehat bila 'on-call'. Esoknya barulah kami bercerita dengan adikberadik yang lain tentang kejadian malam tadi masa makan tengahari.

Serik saya...memang serik....selepas kejadian tu...saya tak pernah memandu waktu malam lagi. Adik beradik yang lain pun begitu. Apa2 hal pun kami akan bertolak ramai2 pagi2 dari KL ke JB atau bertolak seawal pagi balik dari JB ke KL. Satu pengalaman yang amat mengerikan dan tak dapat nak saya luahkan rasa perasaan saya ketika saat2 kejadian tu.

ENTAHLAH....hanya Allah yang mengetahui.......!!!!