Thursday, October 30, 2008

YOURS TRULY FRIEND!!!!


This bouquet of roses came from my 'yours truly friend', just almost 3 weeks ago we met accidently. He's 38 always deep in the heart...but going to 10 years ahead than my age ..... hehehehehehe!!!!!. 'Yours truly friend' kena ambil pill tidur malam lagi tonight.


Actually he does not know me much ... but he still present me roses and walked me down through Toronto. Even more, surprised me with candle light dinner. Pheuwwwhhhh....kita nak kuruskan badan yang sudah tembun nihhhh...tapi bila tengok food served .... unresistable!!!

Last but not least...please accept my biggggggggggggggggggggg hug and kisses from your 'visitor across the seas'. Sure.....kena take another pill tidur malam lagi......hahahahahah hehehehehehehehe.

Monday, October 27, 2008

HAPPY DIWALI !!!!



'TIL WE MEET AGAIN, SWEET !!!!!!

Gadis Ayu (Reen)


Hari Selasa, 21 Oktober 2008 - mungkin hari bertuah, malamnya sebelum tidur sajer2 rempit blog kengkawan...dari blog gadis di atas, dapat no. hp...woiihh lupa nak jemput gadis ni masa jamuan makan rumah tokma aritu. Mula2 tel. kot2 lah sidia jawab..hampa...tak putus asa, hantar mesej, untung2 esok pagi pas bangun tidur boleh jawab mesej. Ape tak nyer dah 10.30 malam...giler lah tokma ni tel. org dah tidur...maaf lah tak perasan lak, exited dpt no hp. 10 minit kemudian...ada respond, esok sidia akan tel balik. Ok selamat malam semoga mimpi yg indah2.

Esoknya tak sabar nak dengar suara sidia...mcm bercinta lakk hehehe. Wooww! ayu suaranya...manis tutur kata. Kami janji untuk bersua muka Khamis petang. Sidia dah menunggu di parking TESCO Cheras. Sampai di ruang parking TESCO tidak susah untuk mencari kereta wira reen, akhirnya kami bertemu gak....kami berpelukan dan bersalaman, seperti telah berkawan lama. Reen balik bersama tokma dan tinggalkan kereta di parking TESCO Cheras (parking free dan selamat kelihatannya).

Dah sound kaktiny awal2, tunggu dirumah tokma akan bawa seseorang, surprised lagi buat kaktiny. Tapi kaktiny tak sabar, singgah umah tokma, dan kami seperti tak sedar diri....seronoknya yang amat, bayangkan orang jauh dari UK tiba2 tercongok kat umah kami...tak sangka betul!. Selepas dinner umah kaktiny...tokma hantar reen semula kat parking free TESCO Cheras. Terima kasih TESCO Cheras (macam ada syer lak) hehehehe.



Reen - yang suka ngan kanak-kanak


Sayang seribu kali sayang reen terpaksa pulang semula ke UK untuk menyambung study....bukan calang2 course yang reen ambil tu....phewwwwwhhh... kaktiny yang tengah amik Phd pun berpeluh mendengarnyer. Otak budak reen ni memang terror brutal cerdik. Tabik springgggg kat reen.

Walau aper pun halangannya reen, teruskan cita2 reen tu...kejarlah sebaik mungkin. Tokma doakan reen berjaya hingga ke menara gading. Sebagai anak sulung...tokma kagum kegigihan dan ketabahan reen, sanggup mengenepikan keresahan hati seorang ibu yang ditinggalkan demi mengejar cita2 untuk masa depan keluarga jua.


Ibu dan Mak Su Reen serta ahli keluarga lain di KLIA


Sempat juga tokma sampai di KLIA pada jam 11.30 malam dan berkesempatan berjumpa ngan reen sebelum reen berangkat balik UK.

Hanya satu pesan tokma, selalulah ingat pada 'ibu' mu yang tersayang....doa dan kasih sayangnya mengatasi segala2. Doa 'ibu' penting buat reen walau dimana sekali pun reen berada. Doa seorang ibu adalah sesuatu yang ajaib.


SEMOGA PANJANG UMUR DAN KITA DAPAT BERJUMPA LAGI. INSYAALLAH!!!!! doa tokma bersama2 reen sentiasa.

Tuesday, October 21, 2008

10 PERKARA MENARIK TENTANG 'TERUNG'


1. Terung mengandungi khasiat protein, gula, kalsium, zat besi, fosforus, karotena, vitamin B1, B2, C, niasin dan alkaloid.

2. Dengan memakan terung, ia dapat mengurangkan demam panas, penyuburan darah dan menyusutkan bengkak-bengkak.

3. Rasa manis terung terletak pada bahagian kulitnya. Pada bahagian kulit terdapat pigmen glukosida yang melahirkan rasa manisnya.

4. Tahun 1982, artikel dari sebuah jurnal perubatan, Tropcal Doctor melaporkan keberkesanan terung yang dapat menyembuhkan sakit dan lenguh pada kaki seorang wanita Nigeria. Terung yang dikeringkan direbus, dengan campuran air asam jawa dan direnehkan selama setengah jam. Airnya diminum 2 gelas sehari. Lenguh dan sakit pada kaki wanita itu hilang.

5. Terung juga dapat menuetralkan darah yang mengandungi alkohol dan keracunan cendawan. Caranya ialah dgn merebus tampuk terung bersama dua cawan air. Minum air rebusan (suam) tersebut.

6. Terung juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, bermakna ia juga baik untuk menghalang lemak kolesterol menyelaputi jantung anda. Selain itu terung juga boleh menghentikan pendarahan hidung dan ulser.

7. Pengamal ubat herba India percaya mereka yang banyak makan terung dapat meningkatkan stamina seks. Vitamin folate yang terkandung dalam terung juga berguna bagi menyumbangkan tenaga dan kesihatan sewaktu hamil.

8. Daun terung juga berguna. Daunnya dilayurkan atas api dan kemudian dituam pada bahagian luka dan kulit yang terbakar.

9. Jika anda mengalami bengkak kaki dan tangan akibat cuaca sejuk, air rebusan buah dan daun terung boleh diminum dan ia dapat mengurangkan masalah tersebut.

10. Terung juga dapat melegakan batuk. Ambil terung tua, buang bijinya, kemudian rebus dan campurkan dengan sedikit gula perang. Minum airnya.

Petikan dari SAJI Jun 2005.

Wednesday, October 15, 2008

SUKA & DUKA BULAN SEPTEMBER!!!!





DUKA - 1 September 2008

Hari pertama bulan Ramadhan.....kami sekeluarga meriah bersahur sejak jam 5.00 pagi 1 September 2008. Tambahan pulak hari tu cuti am bagi semua rakyak Malaysia kerna Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2008 jatuh pada hari Ahad.

Seisi keluarga hanya berehat dirumah tidak kemana2, cuma anak bongsu (Khidhir) terpaksa bertugas. Jam 3 petang saya dah masak untuk berbuka kali pertama sekeluarga (masak biasa2 jer). Katanyer jam 6.30 petang sure dah sampai rumah. Talipon hp, suara lain yang jawab 'diluar kawasan tidak dapat dihubungi'. Eh selalunya tidak begini anak2 kalau nak pergi kemana2 pasti (without fail) tel saya berada dimana. Tunggu punya tunggu tak sampai2 hampir jam 7.00 malam. Hati mama dah mula goyang...'manalah peginyer anak aku'. Mulut tak berhenti berdoa semoga anak selamat sampai ke rumah. Makanan sumer dah siap terhidang buat berbuka puasa.

Jam 7.05 mlm...dpt call...no hp terlalu asing tak kenal....timbul suara anak...Ya Allah!! syukur anak ku ada rupanyer tapi dimana. Suaranya biasa ajer...tapi bagai nak menjerit hati bila diberitahu ada kemalangan tapi sedikit jer katanyer.

mama : kemalangan macam mana? adik (nama manja) kenapa ni?
Adik : mama jgn risau adik takper2...cuma kereta adik langgar tiang lampu jalan. adik terlelan agaknyer tadi...letih ma!!!
mama : adik ok ke ni!!!!!! (tergamam lagi).
Adik : OK ma...sihat lagi nihhhh!!
mama : Alhamdulillah syukur...dah tu naper tak balik lagi...kete tak leh jalan ker?
Adik : Ah ah ma....kete terbakar lak ma...!!!
mama : Astaqfirullahalazim........anak aku...!!! (terbang semangat saya seminit rasa nak cepat pergi peluk adik) - tapi suaranya tenang ajer kedengarannya.
Adik : Mama! ni adik dah panggil bomba, padamkan api..dah nak wat report police sumer. Pastu baru adik balik.
Mama : OK dik...papa on the way now. Abg pun ada sekali. Adik tak per2 yer sayang. (tanya lagi masih tak pasti walaupun dah dengar suara adik)

Waktu berbuka dah sampai, azan berkumandang sayup2 dari TV1. Kami berbuka ngan teh '0' panas ajer. Masing2 tak mau makan lagi hilang selera agaknya. Masing2 melopong menunggu berita selanjutnya.

7.45 mlm baru nampak kelibat kereta papa dari tempat kejadian balik, pastu kereta abg bawa adik balik. Saya dah nunggu di pintu rumah. Keluar jer adik dari kereta abg pas masuk porch...dengan wajah terpinga2 dan sedikit pucat hanya berstokin, terus datang salam dan peluk saya erat...menitik air mata saya melihat anak ku masih tercegat kat depan mata dan dapat memeluk tubuhnya lagi. Terasa berdegup kencang jantungnya. Lama kami berpelukan....'Ya Allah!!!! sesungguhnya Engkau masih menyayangi ku dan memberi aku peluang untuk menghayati kasih sayang dari anak bongsu ku ini lagi, ya Allah!!!!!'. Tersedu hati saya seketika. Bersujud syukur saya seterusnya.
Beg kerja, sepatu, helmet, handphone, cermin mata, baju sejuk, jeket dan lain2 barang peribadi habis terbakar. Kesian adikkkkkk...!! Kulit badan adik kemerahan dan rambutnya mengeras kerana disambar api yang menyembur pantas. Nasib baik adik seorang yang 'cool' dan pantas berfikir.

Ber6 sekeluarga kami jamu berbuka selepas usai solat Maghrib. Adik dah mula ceria...banyak cakap macam biasa...saya memanjatkan syukur lagi yang tak terhingga. Esoknya saya ambil emergency leave....pi beli sumer barang2 keperluan adik yang penting2 jer (cermin mata, hp, sepatu, beg kerja dan lain-lain yang difikirkan perlu segera).



SUKA - 22 September 2008

Hari ini umur adik (Khidhir) genap 23 tahun. Selepas sembahyang subuh pagi2 lagi saya dah sms (sebab dia tidur lagi, semalam balik kerja lewat baru sampai rumah). Adik talipon saya, ' Terima kasih mama....I LOVE Uuuuuuu!!!' mama jawab,' Mama love u too sayang'.

Petang saya singgah belikan sebiji kek dari Secret Rp. Kami makan bersama-sama.

Monday, October 13, 2008

KENANGAN RAYA 2008





Replika kapal tu saya beli di Bandar Hilir, Melaka pada hari raya ke2. Lepas ziarah pusara arwah abah di Tanjung Kling, kami sekeluarga bercadang nak pi makan tengahari kat Bandar Hilir........memusing window shopping jer akhirnyer. On the way back to KL singgah kat McD Ayer Keroh.

Sangka saya bila dah meningkat umur tahun 2008 ni tak der lah siapa2 yang nak bersedekah kat kita...ruper2 nyer abang kedua saya, bagi ampau lak...terkezuttttt gak....aper2 pun tima kasih pada Abg Chik. Untuk mengingati ehsan Abg Chik, kita belikan sebuah kenangan harganya RM***.00 secukup ngan pemberian ikhlas Achik tuh...!!!

Abg Chik saya memang baik orangnya....tak pernah lokek ngan adik beradik. Pantang saja berjalan kerumah banglo nyer... ader2 ajer program dia untuk memeriahkan suasana. Kami sememangnya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah..bila sudah senang, kami juga tak pernah lupa pada rumput dibumi.

Saturday, October 11, 2008

WAJAH-WAJAH AIDILFITRI PERTAMA

Anak-anak saudara


My best friend (Sue)


Di rumah adik bongsu


Ibu kesayangan kami


mak saudara dan anak saudara berkongsi tarikh lahir yang sama
(30 September)



My 1st cousin Linda


My youngest cousin + her friend


My only uncle and auntie from Malacca (adik bongsu arwah abah)


My cousins too.