Friday, August 1, 2008

Suatu Waktu Dulu.......(3)

Ketika itu umurku baru 13 tahun, dalam Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Tun Teja (sekarang ditukar 'Tijah').
Waktu ini, mak + abah berpakat menyewa sekeping tanah kampung, lebihkurang 4,000 kaki persegi luasnya untuk dibuat rumah. Sebuah rumah papan didirikan berbentuk segi empat, dindingnya hanya mampu ditutup tiga ruang dengan dua tingkap. Satu ruang lagi, bertindak sebagai pintu keluar masuk. Bila malam, ruang yang terbuka akan ditutup dengan kain tirai yang dibuat daripada guni tepung. Mak/abah awal2 dah berjanji dengan taukeh kedai runcit kat kampung untuk membeli semua kain-kain guni tepung yang kosong ini. Taukeh Cina kedai tu bersaudara pulak dengan abah jadi senang sedikit urusannya.
Kain-kain guni ni tadi dicabut benangnya dulu untuk menjadi sekeping kain yang lebar, pastu kami rendam dan basuh berkali-kali sampai kesan tepung hilang. Kain-kain ini pulak disambung/dijahit dengan tangan selai-selai dengan benang-benang guni tadi. Berhari-hari kami buat. Waktu malam kami akan turunkan tirai menjadi ruang bilik dan juga pintu. Waktu siang kami gulung semula. Waktu tu memang tak ada letrik, kami hanya gunakan pelita sumbu minyak tanah (minyak gas).
Dapur masak lak, abah buat pondok kecil dengan dua tungku batu berbumbungkan daun-daun buluh yang diikat dengan upeh pinang. Tiang dan palang dapur abah ambil dari batang dan dahan pokok getah. Sebuah pangkin kecil dari susunan batang2 buluh dibuat bersebelahan dapur untuk tempat mencuci dan meletak tempayan2 air.
Makanan dan air, mak masak sebelum Magrib kemudian simpan di satu sudut rumah sebelum makan malam selepas Isyak. Menjadi tugas saya untuk membersihkan semua perkakas kotor sebelum ke sekolah seawal jam 5pagi esoknya.
Balik dari sekolah (tugas saya lagi) kena angkut air dari perigi bawah bukit, 500 meter jauhnya dari rumah. Enam tempayan besar yang perlu saya penuhkan setiap hari. Turun naik bukit dengan mengandar air dalam 2 biji tin minyak gas (yg telah dibersihkan). Ada kalanya bila berihat ditepi bukit, terfikir dibenak saya, "kenapalah semalang ini nasibku..!"
Kami sebenarnya berlima beradik, abang sulung ke London melanjutkan pelajaran...(rasanya abanglah anak melayu yang bertuah dapat belajar keluar negara pada masa tu. Mak berusaha mendapatkan pinjaman dari Koperasi Guru-Guru Melayu Melaka). Kakak kedua tinggal ngan mak saudara. Yang tinggal sama-sama mak hanya saya, abang kedua dan kakak pertama. Pastu mak melahirkan dua adik perempuan lagi sebelum kami berpindah pulak ke bawah bukit.
Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan...hari tu mak ke bandar Melaka. Tak tau saya apa urusannya sebab kalau ditanya nanti..mak pasti naik marah dan akan dijawab dengan maki hamun atau penyepak aje yang saya dapat. Kata mak urusan orang tua tidak boleh diambil tahu. Sebelum pergi mak pesan..suruh angkat jemuran tilam dan kain baju sebelum pukul 5 petang. Kain baju lak mesti siap lipat, tilam digulung dan simpan ditempat biasa. Pada hari yang sama kakak pulak ada kelas malam.
Bila mak tak ada dirumah, memang saya suka sebab masa itulah saja saya dapat bermain-main dengan rakan2 sebaya. Mak takkan biarkan saya duduk begitu saja melainkan ada2 aje kerja yang disuruhkannya. Habis daya cabut rumput, sapu laman, siram pokok, beri makan ayam, basuh pinggan, cuci lantai dan entah apa2 lagi. Sehingga dalam tidur pun saya tidak pernah sempat mimpi sebab terlalu penat dan keletihan.
Inilah masa kami dapat bermain-main. Tempat paling kami suka pergi bermain ditepi hutan hujung kampung mencari buah cemperai dan petik buah kundang manis. Kami main sorok-sorok disitu. Tak sedar hari dah petang dan cuaca sedikit mendung. Gesa-gesa saya berlari balik teringat pesan mak tadi. Belum sampai rumah, hujan dah turun renyai2. Sempat semua kain baju saya angkat tapi tilam terkena hujan basah kuyup jadinya. Hati saya berdebar2...takut, cemas dan macam2 lagi. Bila mak balik.....tambah kecut perut saya.
Perkara yang saya amat takut betul2 terjadi. Mak naik berang, marah dan maki hamun saya seadanya. Sepak terajang cubit semua hinggap dibadan. Allah saja yang tahu sakitnya. Hanya airmata yang keluar tanpa suara. Berbunyi suara je, lagi teruk saya dipukul mak. Masih tak puas hati lagi, mak ambil penyapu laman (penyapu lidi) dibalunnya saya sampai puas. Saya hanya mampu menangis dan menjerit minta ampun dari mak sambil memeluk kaki abah. Saya merayu ngan mak...'ami tak buat lagi mak...jangan pukul ami lagi mak....saaakiiit mak!!!' Abah tak dapat buat apa2, sebab abah tak mahu menambah lagi berang mak....abah hanya abah tiri saya je. Mak akan lakukan apa saja kalau dalam keadaan marah.
Saya dapat lihat abah pun sama meleleh air matanya melihat keadaan saya teruk dipukul oleh mak. Abah terus tegur mak...'kenapa pukul anak sampai begitu...bukannya tak boleh tido kalau tak ada tilam'. Mak langsung terkedu dan mak diam lepas tu tak bercakap-cakap. Mak terus berhenti pukul saya.
Badan saya jadi lembik, lemah, sakit, lebam-lebam, calar-calar kena balun dengan batang penyapu. Abahlah yang tolong tuam ngan air panas. Sepanjang malam hati saya sayu....'betulke saya ni anak kandung mak, kenapa mak terlalu garang pada saya?'. Saya masih menangis senyap2 hingga tertidor. Pergi sekolah esoknya dengan bengkak mata, malu ngan kawan2 saya katakan kena gigit semut api.
Lepas kejadian tu, seminggu saya menyendiri dan tak mahu cakap ngan sesiapa pun lebih-lebih lagi mak, tapi saya juga tak berani lawan cakap mak, saya tetap buat apa aje yang disuruh tanpa bercakap sepatah pun. Tiada sesiapa ketika itu untuk saya mengadu.
Hingga sekarang saya masih tak faham dan tak tahu sebabnya...KENAPA MAK SAYA TERLALU DAN TERSANGAT2 GARANG.....lebih2 lagi terhadap diri saya !!!
Tapi sekarang....sejak dulu lagi saya telah pun memaafkan mak...saya terlalu sayangkan mak! lebih-lebih lagi 'ayah tiri' yang saya anggap ayah kandung sendiri.

15 comments:

Akak said...

Salam TokMa...

Sebab dada tak mampu akak menahan airmata baca kisah TokMa masa kecil2 dulu, sedih sangat dan perkara yg membuat akak sedih adalah kerana persamaan diantara kita yg mempunyai emak yg agak garang.....

Tapi akak tak pernah menyalahkan emak bila dia jadi garang, pemarah & selau memukul kami kerana akak tahu tekanan hidup yg menyebabkan dia jadi macam tu. Emak akak dulu terpaksa bekeja jadi org gaji dirumah org lain utk mendapatkan rezeki bagi membesarkan kami adik beradik.

Tak mungkin akak lupa jasa dan pengorbananya. Selalu rindukan arwah emak walaupun dia telah pergi meninggalkan akak lebih 10 tahun yg lalu.

Sedih!!!

Kak Long said...

salam tokma,

terima kasih hantar durian pada saya melalui tiny. baik sungguh hati tokma. hubby saya makan habis sepinggan durian yang saya hidangkan untuk dia, jam 12 malam pulak tu. hehe. harap dapat bersua muka dengan tokma nanti.

Kaktiny said...

TINY SAAAAYYYYYAAAAANNNNGGGG TOKMA....

nanti nureen ngan zaqwan dpt tokma yang amaaaattttt penyaaayaaannnnggg..... (sure umah tiny sunyi dan dengar riuh kat umah no.1... suara tokma jerit 'kejar' 3 orang cucu.. hahahah

cucu tokma dpt member tuhhh... hihihi

Intan said...

Salam Tok Ma...

Sedih bila baca citer ni. Mula2 intan ingatkan cerita petikan email... Utk kepastian intan geledah baca cerita part 1 & part 2 yg sebelumnya.

Semua dah tinggak kenangan kan Tok Ma... Pasti ada hikmahnya!

:)

UuL said...

Ma, sedih rasanya membaca tulisan Ma yang ini. Merasakan pedihnya Ma saat kejadian itu.

Yang lalu jangan d ingat2 lagi Ma, akan membuat Ma menjadi sedih. InsyaAllah semua ada hikmahnya.

Buktinya sekarang Ma punya orang2 yang sayaaaaaaaang sekali sama Ma yang punya hati yang lembut dan penyayang.

iina said...

Menulis kenangan lama dapat menjadikan kita menilai semula kehidupan yang pernah dilalui dan menjadikannya pengajaran kepada mereka yang membaca.. Lagi pun satu cara untuk meluahkan semua yang terbuku dihati .. pengalaman itu menjadikan kita manusia yang tabah dan cekal

MARIA said...

Salam Akak - Syukur Alhamdulillah, akhirnya empat mata bersua muka. Gembira dapat jumpa ngan akak. Harap jgn putuskan perkenalan kita ini, semoga usia persaudaraan kita sehingga ke akhir hayat. Terima kasih atas layanan istimewa akak tempoh hari.

MARIA said...

Kaklong - salam kaklong, dapat juga kaklong merasa durian tu. Kalau kaklong suka tokma lagi ternanti2 bila nak besua muka lak ngan kaklong.

MARIA said...

Kaktiny - salam kaktiny.....cucu dua lagi tu bila nak pindah ni..pencen ni jaga cucu je lah nampaknya.

MARIA said...

Salam Intan.
Terima kasih selongkar part 1,2 dan 3. Hanya sedikit pengalaman buat yang mahu mendengar dan mengerti. Hikmahnya Allah kurniakan pd tokma amat2 besar ... panjang umur klu kt dipertemukan akan tokma ceritakan pada intan nanti. Semoga intan sehat sekeluarga.

MARIA said...

Salam Nurul
Sudah lama mama tak dapat chatting ngan ul. Mama rindduuuuu.. ngan anak mama yg sorang ni. Minggu lepas mama sibuk sangat ngan tugas2 pejabat lah sayang...! Lepas ni pasti qta chatting2 nanti y!!!

MARIA said...

Salam iina,
Betullah pun cakap iina tu..tokma hanya menulis untuk berkongsi ngan kawan2. Terasa ringan segala beban hati dan perasaan bila bercerita. Bila berkesempatan tokma akan bercerita lagi.

chinta said...

salam tokma,
sedihnya membaca kisah tokma sewaktu kecil. terimbau juga kisah sy sewaktu kecil, tapi kebanyakkannya hilang ditelan waktu..

MARIA said...

Salam chinta,
tokma hanya ingin berkongsi perasaan je....sekadar mengimbau asal usul tokma sendiri sekaligus mengingatkan siapa diri tokma.

maza said...

alhamdulilah....dgn adanya org tua itulah kita menjadi seumpama ini.

Subahanallah mereka menajdi begitu barangkali tertekan dgn kehidupan yg 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Tekanan hidup utk menyuapkan nasi ke mulut kita, juga utk memastikan pelajaran kita.

Sy (saya) bertanggapan, dgn displin itu jugalah kita tidak menjadi bangsa yang lemah dan lembik tidak seperti anak2 muda sekarang. Terlalu rapuh!

Namun sy amat berharap, agar anak2 sy tidak perlu melalui zaman getir tersebut... dgn itu sy terpaksa mengulangi perjuangan yg sama tetapi dlm mondus operandi yg berbeza di atas pentas kemerdekaan!

Syabas dan terima kasih kerana membawa nostalgia ini yg dpt kita berkongsi bersama. Yg mana sy juga mempunyai pengalaman hampir serupa!