Wednesday, September 3, 2008

Mari cuba masakan Melaka (siri 4)


KUIH BONGKONG

Bahan2nya:
500 gm tepung beras
2 biji kelapa - ambil santan pekat
3 1/2 liter air
1 1/2 sudu teh garam
3 ketul gula melaka dihiris halus
Daun pisang secukupnya

Cara memasaknya:

1. Panaskan air dalam bekas kukus kueh.
2. Gaul tepung beras dengan air hingga sebati dan dikacau di atas api yang kecil sehingga masak, masukkan garam dan santan.
3. Ambil 2 sudu besar tepung yang telah dimasak tadi dan leperkan di atas daun pisang yang telah dipotong empat persegi.
4. Taburkan gula melaka di atasnya dan dilipat daun secara bungkusan kuih bongkong.
5. Kukus semua hingga masak kira-kira 15 minit. Sedap dimakan ketika masih panas.

SELAMAT BERBUKA PUASA DENGAN KUIH BONGKONG ....... !!!!


10 comments:

Nani Shahabudin said...

Thanks for dropping by my blog.

butik nekrok kat sini
http://afbutik.blogspot.com

MARIA said...

anne< thank you so much..!!!

Shada said...

salam tokma,

apa khabar?
dah lama tak tengok dan tak rasa kuih ni.

Ungku Nor said...

Tokma,
kuih yang pedas-pedas tade ke?
tengah cari resepi ni..hehehe

Suzi said...

salam tokma...pe khabor? saya tak pernah mkn kuih ni..anak2 saya cukup suka kuih2 tradisi ni...

Qaseh Bidadari said...

lapar dibueknyo bile masuk blog tok ma ni...

MARIA said...

salam shais < tokma sihat, harap shais sekeluarga pun gitu. Jgn segan2 masaklah kuih tu.


Ungku Nor< salam dari tokma..nanti tokma fikir2 kuih apa yang pedas y. Nanti tokma bagi.


Suzi< tokma kabor baik2 jer...harap suzi pun gitu. Anak2 tokma pun suka kuih tu..tapi kalau tak suka manis kurangkan gula melaka tu.


Mama ranggie< kalau lapor datang umah tokma real boleh soru lagi, mesti tepat punye.

ladylikeme said...

amboi....terliur nyer tengok kuih tueeee

Mak Su said...

nama tu pelik, tapi dah pernah makan, kot

MARIA said...

ladylikeme< yelahkan, tokma pun terus buat kuih bongkong - kata geng lain kuih jongkong, samalah agaknya.


Mak su< orang melaka memang pelik2 maksu. semua tempat bagi kat orang ; tanjung keling punya, bukit cina punya, air si molek lak yang punya, durian pun tunggal je....macam2, baik2lak tu macam orang melaka gaklah hehehehehe ....perah santan!!!!!