1. Terung mengandungi khasiat protein, gula, kalsium, zat besi, fosforus, karotena, vitamin B1, B2, C, niasin dan alkaloid.
2. Dengan memakan terung, ia dapat mengurangkan demam panas, penyuburan darah dan menyusutkan bengkak-bengkak.
3. Rasa manis terung terletak pada bahagian kulitnya. Pada bahagian kulit terdapat pigmen glukosida yang melahirkan rasa manisnya.
4. Tahun 1982, artikel dari sebuah jurnal perubatan, Tropcal Doctor melaporkan keberkesanan terung yang dapat menyembuhkan sakit dan lenguh pada kaki seorang wanita Nigeria. Terung yang dikeringkan direbus, dengan campuran air asam jawa dan direnehkan selama setengah jam. Airnya diminum 2 gelas sehari. Lenguh dan sakit pada kaki wanita itu hilang.
5. Terung juga dapat menuetralkan darah yang mengandungi alkohol dan keracunan cendawan. Caranya ialah dgn merebus tampuk terung bersama dua cawan air. Minum air rebusan (suam) tersebut.
6. Terung juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, bermakna ia juga baik untuk menghalang lemak kolesterol menyelaputi jantung anda. Selain itu terung juga boleh menghentikan pendarahan hidung dan ulser.
7. Pengamal ubat herba India percaya mereka yang banyak makan terung dapat meningkatkan stamina seks. Vitamin folate yang terkandung dalam terung juga berguna bagi menyumbangkan tenaga dan kesihatan sewaktu hamil.
8. Daun terung juga berguna. Daunnya dilayurkan atas api dan kemudian dituam pada bahagian luka dan kulit yang terbakar.
9. Jika anda mengalami bengkak kaki dan tangan akibat cuaca sejuk, air rebusan buah dan daun terung boleh diminum dan ia dapat mengurangkan masalah tersebut.
10. Terung juga dapat melegakan batuk. Ambil terung tua, buang bijinya, kemudian rebus dan campurkan dengan sedikit gula perang. Minum airnya.
Petikan dari SAJI Jun 2005.
25 comments:
TokMa, terung tu tumbuh kat tepi kolam ikan tu ker?
hehehehe....maksu ni ader2 jer.
salam tokma...
anak saya tahan sejuk..jari kaki dia bengkak kalau terlampau sejuk...blh cuba petua terung ni kot...
Maksu..
Anjib je yang buleh 'tumbuh' kat tepi kolam Tokma tu..
ala2 penjaga kolam la kekdahnya..hehehe
Wah..banyaknya khasiatnya.Sebelum ni yang tie tahu terung tu sejuk, kalau makan banyak perut jadi sebu..tapi mek kata elok makan terung bulat kalau nak elakkan dari sejuk tu...betul ke? Tie suka terung ni..masuk dlm kari ikan, atau masak pedas...sedap gak!(asyik ingat makan nih!)
Suzi < tokma pun belum cuba lagi, tapi dah 2nd hand ni kan sumer longgar2 sengal2 lak...wajib gak tu mencubanyer...sertai dengan doa semoga petua ini akan menjadi ubat buat penyembuh dan melegakan penyakit.
Ungkunor< sian ler anjib tu disuruh jadi penunggu kolam tokma.
tie< tu lah kan tie...dulu2 mak mesti larang tiap kali nak makan terung lebih2...sejuk juga katanyer. Tokma pun suka terung, slalu masuk dlm asampedas atau kari atau kadang2 goreng jer pastu buh sambal cilihidup...mmmmmm!! nallerrekeq..ammmmaaaaa!!! (nak sebut kena geleng kepala skali tauuu).
Tak rugi la saya tanam terunggg. Terung tu baru start berbuah... goreng berlada pun sodapppp
http://tersurat-tersirat.blogspot.com/2008/09/berbudi-kepada-tanah.html
shifu67< hantar semangkuk kat umah tokma ehhh bila masak goreng belada nanti...hehehehehehe
Hello Tokma, sebelun saya tukar 2nd gear, please call me 'Lee'....as long you don't add the 'ah' depan, then like I change my religion, ha ha.
Saya baru lepas Batu enam puluh lima, tetapi hati belum lagi sampai batu tiga pulu lapan, ha ha ha.
Wow, I love this posting, I sure belajar alot too....and allow me to add...
Buah lada merah setangkai,
masak satu masak semua,
Puan umpama kembang serangkai,
Layu satu layu semua.
Daun pegaga dibuat urap,
Urap bercampur sambal kelapa,
Jangan menanti jangan mengharap,
Burung terbang dipipiskan lada.
And since you know about food so much, I want to give you my favorite cake....
ELVIS PRESLEY'S POUND CAKE
3 cups granulated sugar
1/2 pound butter, softened
7 eggs, at room temperature
3 cups cake flour, sifted twice, divided
1 cup whipping cream
2 teaspoons vanilla extract
Butter and flour a 10-inch tube pan.
Thoroughly cream together sugar and butter. Add eggs one at a time, beating well after each addition. Mix in half the flour, then the whipping cream , then the other half of the flour.
Add vanilla extract. Pour batter into prepared pan.
Set in a COLD oven and turn heat to 350 degrees F. Bake 60 to 70 minutes, until a sharp knife inserted in cake comes out clean. Cool in pan 5 minutes. Remove from pan and cool thoroughly.
Then invite Uncle Lee come for coffee. Lee.
Before saya check out, here's to say terima kaseh to you......
Pisang emas belayar,
Masak sebiji di-atas peti,
Hutang emas dapat dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
You keep well and have a nice day, best regards, Lee.
Oooops, saya lupa....that Elvis Presley cake was his favorite, his mother Gladys always made for him.
Late his cook will make for him when he goes on his singing tours.
Saya boleh polish off easy lima pieces, ha ha. Lee.
Hi Tokma, I suddenly remembered, kalu la Tokma ada senang, kerjah rumah da habis, da makan nasi, anak2 semua da tidur...hubby tengok TV, datang jalan jalan ke archive saya ada tiga cherita you might like to take a look...
1/ Dating an exotic Malay actress, d/d 1/1/08.
2/ Among my many memories, d/d 12/20/07.
3/ A Malay girl and her destiny, d/d 2/12/08.
And ha ha, ada lagi satu cherita, kena tarek chubit teliga....
'My last fling, Romancing a sarong', d/d 7/30/08.
If Tokma kalu bacha and would like to leave a comment, please leave it at my current posting, otherwise kena tiga hari chari Tokma masuk di mana, ha ha.
s'kian terima kaseh, Lee.
salam tokma..apa khabar??
baru tahu banyaknya khasiat terung, saya nie tahu makan je...lagi-lagi masak pajeri...issshh sedap betui:)
erk! dengar khabar terung tak elok utk pesakit kencing manis dan pengidap kolestrol tinggi
hmm
TokMa
maka tahu lah saya dalam kebun saya yg banyak terung tu, rupa2 nya banyak khasiat dia. Thanks for the information, will plant them again next year.
Salam tok ma...
Dulu su makan terung bila di amsak je. Tapi masa tinggal dgn kakak, abg ipar su ajar makan terung sbg ulam. Sedaaapp...
bukan terung tu angin ker? ;p
Ahah...shais, tokma pun baru tahu, itu petikan dari maj. saji tahun 2005. Tokma cuma dan berkongsi ilmu jer ngan kengkawan.
U.Lee, i have something special for u for the next n3, soooooo tunggu ahh my precious pince...hehehehehehe (tak tidur malam lagi lah tuuuu!!!)
tokma suka usik u.lee kan kan.
Maza< kat rencana tu tak sebut pun pasal certain2 penyakit tak leh makan terung...tulah tokma pun kurang gak ilmu hal terung ni. Kita selidik lagi sama2 ek...bagus info tuhhh. tq.
Mrs. B< thanks for dropping by, apa kabar lama tak dengar cerita Mrs B. Tokma pun gemar amat ngan terung paling suka celur about half cook makan sebagai ulam...woiii sodap tu Mrs. B. How's ur last raya..hope u enjoy every minute on raya celebration. See u again...salam Mrs. B.
Salam Suara, makan sebagai ulam memang kegemaran tokma su.
Salam KakLong,
nak katakan setiap hari tokma makan terung, tapi taklah pulak perut tokma kembung berangin. Mungkin ada orang2nyer kot yang tak leh makan terung....entahlah kaklong. Tokma tolak besi ngan kaca jer, yang lain pulun. hehehehehehe
Hi TokMa, ha ha...I enjoy your company too.
If ada senang drop by, got something for you.
Have a nice day and hold that smile, Lee.
salam
Turunkan Gula dengan Selamat dan Berkesan
Anda atau ahli keluarga ada masalah:
Bacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas )
Rabun mata atau luka kaki akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius! Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.
Post a Comment