Wednesday, February 25, 2009

PROJEK SANTAI-SANTAI...!!!

Sebenarnya sudah lama projek nih dalam rancangan, cuma tiada kesempatan untuk melaksanakannya. Tapi, sejak dah bersara nih.....memang sudah punya terlebih-lebih masa pun agar impian menjadi nyata.

Jadi, hari Isnin lepas saya dan suami memulakan projek kami. Kerusi nih memang sudah berkarat2 merata2. Warna asalnya hijau kehitaman. Afif memang suka duduk bersantai sambil sarapan setiap pagi di meja besi nih. Budak2 ler katakan ..... sambil makan sambil bermain2 juga. Tak reti ler duduk diam setempat lebih dari 2 minit. Kita jadi penat nak bagi dia makan.....macamana pun ..... cucu ler katakan....ehem...ehem!!!

Hah...yang ini sudah pun dicat dengan cat tahan karat ........ kemerahan warnanya. Semua sekali 4 biji kerusi dengan satu meja bulat dapat kami siapkan mengecatnya dalam masa setengah hari. Nasib kami baik, sebab lepas mengecat tuh....hujan turun selebat2nya.

Hari Selasa, pagi2 lagi kami dah mula memeriksa kalau2 cat tahan karat sudah kering. Nampaknya projek kami boleh diteruskan....semua cat telah kering...sepatutnya kami perlu tunggu sampai 2 hari sekurang2nya untuk kerusi tuh betul2 kering catnya. Huhh!!...tengok tu tangan orang yang mengecat warna biru kelabu lak....tak sabar2 dah gamaknya. Sikit punya bulat2 dan dempak jer jari jemari dia mengecat.

Taraaaaaa!!!! dah siap sebuah kerusi.....bangga...amat2 ler bangganyer. Menitik peluh kita youuuu..!!!. Saya siap cat 2 buah kerusi, suami pun 2 buah kerusi juga......mejanya kami syer sama2 siapkan mengecat.

Berkongsi idea warna baru yang mau kami tukar, ke kedai cat sama2 ngan cucu sekali, kongsi kerja2 mengecat bersama2, suami check hasil kerja saya, saya check hasil kerja suami pulak, manalah tau kan, kalau2 terdapat mana2 yang tak kena cat...almaklum mata memasing sememangnya dah kelabu.

'Moral of the story'.......inilah detik2 yang amat menggembirakan hati seorang isteri....sentiasa di samping suami....susah senang tetap dipikul dan digalas bersama2.
Masa dua2 mood baik...senanglah, kekadang tuh bergaduh gak..merajuk dan masam2 muka. "Sedangkan lidah lagi tergigit"....tak gitu kan!!!!. Masa muda2 dulu...masing2 sibuk dengan mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Bukan senang untuk meraih kehidupan yang sebegini sekarang...banyak masa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

"Tuah ayam nampak di kaki......tuah manusia siapa yang tau"!!!!! Sekarang ini...memang saya rasa amat bertuah sekali dan teramatnya rasa bersyukur terhadap Ilahi kerana ...dot...dot...dot...!!!!! (sentiasa bersujud syukur).


Thursday, February 19, 2009

YANG PERGI vs YANG DATANG

Baru tadi lebih kurang jam 7.31 petang, abang ipar yang telah kematian isteri (arwah kakak saya) talipon memberitahu menantu sulongnya telah meninggal dunia. Suaranya saya dengar amat memilukan, merintih abang ipar saya sambil mengatakan bahawa 'dia dah tak der sesiapa untuk dia bergantung'. Hancur luluh hati saya mendengarnya dan hanya setakat mampu untuk mengucapkan berbanyak2 sabar kepadanya.

Atas permintaan abang ipar, saya berhubung dengan semua adikberadik sebelah keluarga saya memberitahu berita sedih nih. Suami anak saudara saya nih, setahu saya, tak pernah mengidap penyakit yang serious. Selepas solat Isyak kami terus ke rumah nya di Wangsa Maju. Dimaklumkan iaitu jenazah telah pun dibawa ke HKL untuk bedah-siasat. Abang ipar telah pun mengaturkan satu majlis membaca Yassin di rumah anaknya.

Saya dan dua orang lagi anak saudara lelaki (anak abang saya yang sulong), bertolak ke Jabatan Forensik, HKL buat menemankan Ajai (balu) atas urusan rasmi kematian arwah suaminya. Selain kami, ramai lagi jiran dan kenalan rapat arwah yang datang. Setengah jam selepas kami menunggu, Dr yang bertugas telah pun selesai dengan tugas 'post-mortem'. Menurut siasatan Dr, dinding pembuluh darah di luar jantung sebelah atas telah koyak pada tiga bahagian menyebabkan darah terlalu banyak masuk ke jantung. Jantung menjadi penuh dan tidak dapat berfungsi untuk mengepam darah keluar. Jantung penuh dan membesar dan terus terhenti. Kes pembuluh darah koyak jarang sangat berlaku. Hanya atas kadar 1% saja dari penyebab semua jenis kematian.

Belasnya hati saya melihat wajah anak saudara yang pucat lesi dan sabar mendengar semua penerangan dari doktor bertugas tadi.

Ajai memang isteri yang tabah. Airmatanya hanya mengalir lesu tanpa suara dan tanpa sedu sedan. Arwah suami meninggal pada usia 42 tahun. Dalam hatinya siapa yang tahu sengsara yang ditanggung dengan merenung masa depan yang masih kelam. Hanya saya amat terharu bila melihat dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan arwah. Yang sulong masih bersekolah (darjah 4) dan yang kecil cuma baru berumur 3 tahun, masih tidak mengerti apa2. Lebih sedih lagi anak saudara saya sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan dijangka melahirkan babynya pada awal bulan September 09. Hancur luluh hati saya lagi. Hati saya rasa semakin pedih memikirkan anak saudara dah tak der ibu tempat mengadu, sekarang pulak sudah tak der suami tempat bergantung hidup.

Jenazah masih lagi di Hospital....pihak hospital akan menguruskan semua proses dari memandikan jenazah langsung mengkapankannya. Van hospital akan menghantar jenazah terus ke rumah abang ipar saya pada jam 9.00 pagi esok untuk dikebumikan.

Semua dokumen yang berkaitan telah pun ditandatangani oleh anak saudara saya (balu) bagi memudahkan segala urusan pihak hospital esoknya. Selepas itu kami semua beredar pulang.

Jam 1.30 pagi tadi (19 Februari 2009) saya sampai di rumah semula. Mata nih sememangnya mengantuk tapi kalau minda masih berfungsi dan terus berfikir mengenangkan nasib anak saudara saya nih....bagaimana nak tidur.

Yang pasti saya pun mesti kuat dan bersemangat seperti anak saudara saya juga. HIDUP HARUS DITERUSKAN JUGA...!!!! Yang pergi tentunya tak akan kembali....yang pasti perlu hidup untuk menyambut kedatangan orang baru pada bulan September nanti.

Al-Fatihah buat arwah....!!!! Amin..!


Sunday, February 15, 2009

MAKHLUK ALLAH JUA

Dah lama tinggalkan blog, tak ada mood langsung nak buat n3. Lepas tarikh hari lahir aritu, terus demam bersulam batuk dan selsema. Aduhhhh.. mengong sekejap2. Dah lah tido tak cukup...badan lesu...hidung melecet asyik kena tenyeh ngan tisu. Solat pun bersulam penuh dengan munga2 batuk manja & hingus yang meleleh.............macamana pun, semoga amalan ku tetap diterima walaupun tak sempurna.

Hah...dah sihat sikit nih...rindu pulak nak menulis.


******************************************************************

Hari tu kerja seperti biasa. Tiada apa2 pun yang berbeza dari hari2 bekerja sebelumnya. Bila jam dah pukul 5.20 petang, memasing berlumba-lumba ke tandas, membuang apa yang patut dan mencuci semua yang kotor. Persediaan awal untuk pulang kerumah...kalau2 dalam perjalanan pulang nanti jalanraya sesak, kereta berderet2 tetiba nak ke toilet...tak haru dibuatnya. Mana nak cari tandas, mana nak parking kereta, mana nak keluar dari barisan jalan yang sesak tuh. Woiiii...nahas ler jawabnya.

Jam dah 5.30 petang...masih leka pulak mengadap pc. Sampai kawan tegur yang aku nih seorang pekerja yang paling baik. Issshhh mana aderrrrr! dah nak balik pulak idea berlumba2 keluar, jangan ler perli pulak. Mula berkemas ler jawabnyer kalau tak kena dussshhh2 lagi nanti. Alamak, ooiiii kawan...kita nak ke toilet dulu ler, leh tak!...heyyyy!!!! tengok kawan sengeh tak nampak gigi dah tuh...dengan segeranya memanjangkan langkah naik ke tingkat satu pergi toilet.

Tu dia berlumba2 ngan sorang minah cantik masuk toilet. Seelok saya nak konar ke kiri untuk laluan ke toilet wanita...seelok pulak minah cantik tuh konar masuk ke toilet. Mata saya terpandang pada betis kakinya yang putih gebu kulit Jepun, bunting padi tapi kurus kemas. Cantiknya minah nih, perfect, berdetik dalam hati. Minah tu pakai baju gaun kembang berwarna putih bersih tangan baju panjang, kain dari jenis lembut beralun. Ber'lining' membuatkan skirt dia melayang bila dia membelok kepintu toilet. Kasut tumit tinggi bertali warna sedondong. Rambut ikal mayang lembut melepasi bahu. Alamak tak nampak wajahnya pulak, mesti cantik jugak macam betis dia...hehehehehe mengalahkan lelaki. Betul tak tipu...kalau lelaki nengok sure 10 kali kata lawa.

Selang l/kurang 7/8 langkah saya juga dah membelok ke pintu toilet. Bilik kecik ada tiga...saya pilih yang tengah, sebab minah cantik tadi dah masuk bilik kecik tepi pintu masuk. Saya berkira2 kalau saya lengah2 sikit pasti saya dapat bertembung ngan minah cantik tuh, saja nak nengok wajah dia. Saya dah selesai business...minah nih tak kuar2 lagi...bunyi hos paip disangkut semula pada pemegangnya ajer yang saya dengar. Naper lak tak dengar bunyi pancuran air paip dan flush. Eh menyibuk pulak aku nih, gerutu dalam hati. Lengah2 lagi pulak saya cuci tangan lama2 sikit. Minah cantik nih lama lagi agaknya business dia.

Ehhhh senyap jer bilik kecik minah cantik nih. Tetiba jer perasaan rasa lain macam. Tak payah tunggu lah....mesti kawan tunggu lama kat bawah, nanti marah pulak nyonya tuh. Rasa ingin tau masih melekat di hati. Sambil tangan kanan menarik pintu keluar, tangan kiri gatal2 menolak pelan2 pintu bilik kecik minah cantik tadi. Hati manusia mesti nak busybody. Ehhhh.....daun pintu bilik minah cantik tak berkunci pulak. Wahhh.....dusssssssssssshhhhhhhhhh....jantung mengepam pantas darah naik ke muka. Sebab bila terkuak daun pintu......tak ada sesiapa pun di dalamnya. Apa lagi kaki saya memang dah melangkah keluar bilik toilet....tak cukup 7 langkah kini jadi 5 langkah dah sampai ke tangga turun tingkat bawah. Tak cukup kaki pontang panting berlari turun tangga. Sampai bawah saya paksa diri jadi tenang belagak macam tak ada apa2 yang berlaku. Tersengeh2 mengadap kawan yang dah gelisah menunggu. Saya minta maaf dan capai bagtangan, kami mula menapak melepasi 4 bangunan untuk ke tempat meletak kenderaan.

Sepanjang berjalan kaki ke kereta, masing2 tak bercakap.....sepatah kawan bertanya sepatah saya menjawab. Dalam kepala saya berlegar2 soalan2 cepumas yang tak mungkin terjawab. Tak kan lah mata saya kelabu sampai sekujur tubuh mongil depan saya dengan hanya jarak 7 langkah jer saya tak boleh bezakan yang sebenar2nya adalah sesuatu yang nyata. Fizikal belakangnya sememangnya jelas kelihatan.

Kalaulah sekiranya, minah cantik tu keluar toilet dulu, mesti pintu bilik berkeriot, dan tak kan lah telinga saya tak boleh mendengar bila dia keluar. Pintu bilik tandas wanita bangunan pejabat nih, bila dibuka akan tertutup rapat sendiri sampai berdentum bunyi dia. Al-maklum pejabat dah lama...segalanya dah berkarat, berbunyi2 sana sini. Masa saya nak keluar tuh, pintu bilik kecik minah cantik tuh masih bertutup rapat. Dengan best friend pun saya tak bercerita apa yang saya dah nampak.

Selepas dua minggu agaknya.....masa kami duduk2 lunch dalam pejabat, sorang kawan beritahu , pengawal2 yang bertugas malam selalu nampak berbagai2 *******......! kadang2 sampai demam2 dibuatnya pengawal tuh.

Alhamdulillah.....bagaimanapun saya amat rasa bersyukur, maha kaya Allah yang telah memberikan kesempatan pada saya untuk melihat perkara yang baik2 belaka. Sesungguhnya saya percaya memang ada makhluk lain selain dari manusia yang telah Allah jadikan untuk hidup bersama-sama di dunia maya ini. Wallahualam...amin!!!!!

Saturday, February 14, 2009