Wednesday, July 29, 2009

ANTARA PERMATA YANG BERKILAU

"Adik yang seorang ini amat mementingkan disiplin. Disiplin dalam tuturkata, disiplin masa bekerja, disiplin di kalangan ahli keluarga, disiplin dalam memelihara sifat setiakawan dan berbagai2 lagi disiplin.........................."

ALAMAK.......!!!!!.......posting nih tak dpt nak diteruskan pulak. Problem gambar tak dapat nak 'load' kat lappy. Bila system ok pastinyer tokma selesaikan nanti.

HARAP MAAF........tergendala sementara...!!!!

Tuesday, July 21, 2009

KALAU SUDAH TAKDIR NAMANYA

Serasa belum selesai sedih dan hiba kerana ditinggalkan bonda pada 12 Julai 2009, kini Isnin 20 Julai 2009 jam 3.45 petang, kami menerima panggilan tel dari bapa saudara di kampung. Berita yang kami terima memang memilukan lagi. Emak saudara (adik bonda yang ke 3 yang kami panggil 'makcik') telah meninggal dunia juga.

Sebelum ini pun arwah makcik juga selalu sakit2, demam, selsema dan apa saja lah sakit kerana sudah tua. Menurut pakcik, selepas diberitahu berita 'pemergian' bonda, makcik terus tak mahu bercakap2. Makcik tak mahu makan, asyik termenung diam. Sudah ku minta agar pakcik dapat memilih masa yang sesuai untuk bagitau 'pemergian' bonda pada adiknya itu. Tapi apakan daya kita semua sesungguhnya tidak dapat menahan takdir Allah.

Sedih dan sugul keluarga kami makin bertambah. Namun kami redha. InsyaAllah.

Semoga 'arwah2' ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan solehah. Amin.

AL - FATIHAH


Wednesday, July 15, 2009

" WAHAI BONDA, IBU KANDUNGKU... "

Sebulan dua ni, JB adalah satu2nya destinasi yang paling kerap ku kunjungi. Tak kira hari atau waktu, kadang-kadang jam 1 pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur sekeluarga. Belum lagi adik beradik lain....ada ketika kami konvoi 3 atau 4 kereta, berkejar ke rumah abang untuk menziarah bonda yang sakit tenat.

Kami bergilir-gilir menjaga bonda di hospital. 3 hari 2 malam pakej buat ku. Penat, lesu, langsung tak tidor. Kadang-kadang mamai dibuatnya walaupun waktu siang hari. Bonda langsung sepicing pun tak dapat melelapkan mata kerana sakit yang amat sangat. Seluruh anggotanya diminta picit dan gosok. Walau sebiji telur yang telah setengah masak pun disuapkan, tak sampai 10 minit dimuntahkan semula. Hanya teh 'o' suam yang masuk seteguk2 kerongga tekak yang makin memerah. Hiba rasa hati melihatkan keadaan bonda yang makin mengecil tanpa daging. Dari hari ke hari bonda langsung tidak boleh bergerak. Simpati juga buat abang kandung yang telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan kesihatan bonda. Kakak ipar yang begitu cekal sabar dan pantas menyediakan semua keperluan bonda di rumah mahupun di hospital. Tak pernah berkira wang ringgit yang telah dicurahkan buat bonda. Semoga abang kandung dan kakak ipar dirahmati Allah selamanya dan dimurahkan rezeki sekeluarga.

Keadaan bonda tidak begitu memuaskan namun kehadiran bakteria dalam darahnya telah pun berkurangan. Walaupun telah pulang kerumah, rawatan lanjutan tetap abang teruskan. Kagum melihatkan kegigihan abang yang tidak pernah mengalah. Sebelum ini pun telah 5 kali bonda menjalani berbagai proses pembedahan. Pertama bedah lututnya yang sudah pecah, kedua jantungnya tersumbat, ketiga tulang punggungnya patah, lepas tu tulang belakang dan dua tahun yang lepas menjalani operasi usus. Melihat bonda terlantar sakit membuatkan badan ku pun rasa tak menentu. Menangis sentiasa dalam hati sambil berdoa agar bonda dapat segera sihat seperti sediakala. Rasa rindu pada senyuman bonda yang manis menawan dan sejuk melihatnya.

SELASA 7 Julai 2009, berita dari abang kandung amat memilukan. Abang kata, buah pinggang bonda sudah tidak berfungsi lagi. Jam 10 malam kami bergegas lagi ke JB. Badan bonda lemah sekali, lesu wajahnya. Makan melalui tiub yang dipasang masuk dari hidung terus ke perut bonda. Abang cadangkan buat rawatan dialisis, namun proses awal untuk membersihkan darah bonda amat tidak mengizinkan. BP bonda terlalu rendah dan akan menambah sakit yang amat sangat pada bonda. Daripada nasihat pakar runding perubatan, sememangnya tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Bonda juga tidak mahu lagi dibawa ke hospital. Bonda hanya ingin menghabiskan sisa2 hidupnya dirumah abang dan mahukan anak2nya semua ada disisinya sentiasa. Satu persatu anak2 dan cucu2, kepada mereka bonda tinggalkan pesan. Masing2 tak dapat menahan sebak. Mata semua memerah dan bengkak2 kerana menangis dalam diam2, takut bonda perasan yang mana pastinya akan menyusahkan hati bonda.

Kami semua telah redha apa saja yang berlaku dan telah ditakdirkan......dan berdoa agar bonda diringankan sakitnya. Siang dan malam kami menjaga bonda bergilir2. Tidor kami pun hanya tergolek di sekeliling tepi katil bonda saja. Asalkan dapat melelapkan mata walaupun 1 atau 2 jam sudah memadai. Seperti biasa kakak ipar tidak pernah rasa penat melayan semua makan minum dan keperluan kami selama tinggal dirumahnya. Makan kami tak pernah kurang dan sentiasa mengikut waktu. Mulianya hati kakak ipar seorang ini. Jasamu KakRose akan tetap ku kenang selamanya.

Hari KHAMIS, bonda langsung tak boleh minum...dikuatkan semangat, abang mencabut tiub dari hidung bonda. Namun begitu..drip tak sampai hati abang hendak menanggalkannya. Wajah abang bertambah muram. Seolah2 semua tangis dan airmatanya ditelan dalam2. Bonda tidak boleh mengenali wajah2 kesayangannya lagi. Adik2 dah tak dapat menahan hati, masing2 mencurah rasa yang sebak. Diriku sendiri tidak dapat berbuat apa2. Diam sambil merenung wajah lesu bonda. Ku cium tangan dan pipi bonda seadanya, minta dihalalkan susu dan segala makan minum yang telah disediakan bonda dari sejak kecil dan diampunkan segala dosa yang telah ku lakukan mahupun dosa yang tidak ku ketahui yang telah menyayat dan melukai hati bonda.

JUMAAT, bonda sudah tidak dapat berkata2. Terkunci mulutnya.....nafasnya turun naik terlalu berat. Setiap masa kami iringi bonda dengan Surah2 dari Al-Quran. Sejenak pun tidak mahu kami meninggalkan bonda, kami ingin menemani bonda sehingga kehujung nafasnya yang terakhir. Setiap kali usai solat kami berdoa:

" Ya Allah Ya Tuhan ku..Ampungkan segala dosa bondaku, kalau dengan izin kasih dan sayang Mu, ambillah bonda kami pergi ke alam Mu segera agar tamat siksa sakitnya ketika ini. Sesungguhnya kami redhakan pemergian bonda ke sisi Mu."

Berpelukan kami mengakhiri doa, mencurahkan segala yang terbuku dihati. Namun kemana perginya airmata ku. Adakah diriku ini kuat untuk menerima dugaan yang sebegitu berat, benar kah hatiku betul2 ikhlas dan redha untuk melepaskan bonda pergi buat selama2nya.


SABTU, seluruh anggota bonda menjadi sejuk, kaki dan tangannya makin membengkak disebabkan kedua2 buahpinggangnya yang tidak boleh berfungsi lagi. Kami bertujuh beradik bergilir membaca dan mengkhatamkan Al-Quran buat bekalan bonda. Sayu hati kerana bonda tetap masih berusaha mengikut kami mengaji bersama-sama.

Pagi AHAD, mata bonda langsung pejam rapat, turun naik nafasnya semakin lemah. Tarikan nafasnya panjang tapi lembut bila dilepaskan. Hati dan perasaan anak2 sekelilingnya semakin gusar.....setiap detik cemas dan bimbang. Bonda tetap kami awasi, kami bersihkan dirinya, salin kan bonda dengan pakai bersih. Semua itu kami anak2 perempuan lakukan dengan berhati2 dan perlahan2 sekali. Usai solat Maghrib....kami mengaji lagi dan terus mengaji.

Walau mata menatap helaian2 muka surat Al-Quran, wajah bonda tetap kami renungi. Jelas dapat ku lihat tiga nafas terakhir bonda. Sememangnya bekalan bonda di akhirat sudah melimpah ruah. Bonda tidak pernah meninggalkan solat. Solat2 sunat sentiasa mengiringi waktu. Diri bonda sepanjang masa dalam air sembahyang. Solat tidak pernah lewat walau terlantar sakit tetap dilaksanakannya sambil baring. Lembut selembut2nya bonda pulang kepangkuan Ilahi. " Dari Allah Kita Datang dan KepadaNya Juga Kita Kembali". Tepat jam 9.30 malam bonda meninggalkan anak2, cucu2 dan cicit2nya semua di dunia ini buat selama2nya.

Sanak saudara semua diberitahu, tidak ketinggalan juga rakan taulan yang rapat dengan keluarga kami. Abang segera berurusan dengan pihak2 yang sepatutnya. Tepat jam 3.30 pagi hari Isnin, jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk disemadikan. Kami sentiasa mengiringi kenderaan jenazah dibelakang. Kami semua berhenti solat Subuh di R&R Air Keroh dan menyambung perjalanan terus ke Surau Taman Permata. Itulah permintaan terakhir bonda agar dapat disemadikan di tempat bonda menghadiri kelas2 tauhid, kelas mengaji dan sebagainya. Juga disamping ramainya rakan2 yang amat sayangkan bonda.

5 orang anak perempuan bonda bersama-sama memandikannya. Jasad dan rohani bonda jelas bersih, putih dan suci. Tiada sekelumit pun kekotoran dari jasadnya. Wajah bonda seperti dalam tidor yang nyenyak. Selepas mandi bersih, bonda diusung oleh anak, menantu dan cucu2 ketempat mengkapan. Selesai kapan cepat2 sembahyang jenazah dilakukan. Ramainya kenalan sanak saudara yang datang mengiringi pemergian bonda hingga keliang lahat. Rakan2 dari pejabat juga sudi menjenguk untuk mengucapkan takziah dan sempat menghulurkan sedikit sumbangan. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Hairan dan pelik !!!....., kemana perginya airmata ku. Kenapa berat rasa dada ku menanggung perit atas kehilangan bonda yang amat ku kasihi. 4 hari sebelum bonda pergi, kepala berat dan sakit seakan migrin. Puas ku telan segala obat yang abang suakan. Kenapa airmata ku tidak mengalir sepertimana adikberadik lain. Bagaimana untuk ku luahkan kesedihan ini. Sampai bila kesedihan dan hiba hatiku dapat ku bendung. Boleh kah diriku yang lemah ini menjadi sekuat itu !!!!!!............!

" Ya Allah, Kau cekalkanlah hatiku dan semangatku. Sesungguhnya aku tidak akan tunjukkan kelemahan ku ini di hadapan adik2, abang2, kakak dan anak2ku. Agar dapat ku biarkan adik2ku mencurahkan airmatanya dibahuku ini. Bonda telah berpesan pada ku, jaga adik2 dengan baik, biar sentiasa berpakat jangan berpecahbelah. Cuba selesaikan apa saja masalah adik2 sekiranya ada. Apa saja tanggungjawab seorang ibu, bonda serahkan di bahu ku. InsyaAllah bonda, adik2 akan ku jaga seperti nyawaku sendiri...semoga bonda berbahagia bersama ayahanda di 'sana' dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan solihan."

AL - FATIHAH.....!!!!!