Tuesday, July 21, 2009

KALAU SUDAH TAKDIR NAMANYA

Serasa belum selesai sedih dan hiba kerana ditinggalkan bonda pada 12 Julai 2009, kini Isnin 20 Julai 2009 jam 3.45 petang, kami menerima panggilan tel dari bapa saudara di kampung. Berita yang kami terima memang memilukan lagi. Emak saudara (adik bonda yang ke 3 yang kami panggil 'makcik') telah meninggal dunia juga.

Sebelum ini pun arwah makcik juga selalu sakit2, demam, selsema dan apa saja lah sakit kerana sudah tua. Menurut pakcik, selepas diberitahu berita 'pemergian' bonda, makcik terus tak mahu bercakap2. Makcik tak mahu makan, asyik termenung diam. Sudah ku minta agar pakcik dapat memilih masa yang sesuai untuk bagitau 'pemergian' bonda pada adiknya itu. Tapi apakan daya kita semua sesungguhnya tidak dapat menahan takdir Allah.

Sedih dan sugul keluarga kami makin bertambah. Namun kami redha. InsyaAllah.

Semoga 'arwah2' ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan solehah. Amin.

AL - FATIHAH


11 comments:

kenari said...

Alfatihah...takziah..

iina said...

Takziah tokma.. semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati Insyallah

zura aini said...

takziah untuk tokma sekeluarga

zureen @ mama said...

Salam takziah untuk Tokma dari zureen.

Semoga rohnya, dicucuri rahmat..Amin

Al-Fatihah.

maza said...

salam takziah dari maza..

sekali Tuhan hendak mengambil tiada siapa yg mampu menghalangnya.. dan demikian juga, sekali Allah SWT mahu memberi tiada siapa pula yg mampu menahannya..

Al Fatiha...

maza tumpang sedih dan simpati kat Tokma..

Buat Tokma, jagalah kesihatan baik2... dan maza doakan agar Tokma dikurniakan kesihatan yang sempurna juga berumur panjang....

Anonymous said...

Salam Tokma...

Al-Fatihah buat Arwah Bonda serta Arwah Makcik Tokma...

Semoga kedua2 roh Allahyarhamah senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...Ameen

Dari Allah SWT kita datang,kepada Allah SWT juga kita semua pasti kembali...

Faiza doakan semoga Tokma dan juga seluruh ahli keluarga terus diberi kekuatan,kesabaran serta ketabahan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian serta ketentuan dari Allah SWT ini...

Jaga diri serta kesihatan Tokma ye...

AL-FATIHAH

Salam Takziah dari Preston,Lancashire UK:
-Faiza-

ladylikeme said...

takziah pada tokma....

semoga rohnyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bermal soleh...

dan semoga tokma tabah menghadapi ujian dari allah...

UuL said...

Ya Allah...mama...cobaan yang berturut-turut. Turut sedih mendengarnya.
Semoga kedua arwah Bonda dan Makcik tenang di sisi Allah SWT.
Al Fatihah untuk Bonda dan Makcik mama.
Semoga Mama dan keluarga di berikan ketabahan dalam menghadapi semua cobaan ini. Amiin

MARIA said...

Terima kasih yang tak terhingga dari kalian buat tokma. Terharu yang amat sangat.

Mutiara said...

Assalamualaikum Tokma
al-fatihah untuk yg kembali kepadaNya. Semoga roh mereka di curahi rahmat dan bertemu ketenangan yang abadi.

Love Kak sal aka mrs. beach

pB said...

Salam



takziah pB ucapkan


semoga Tok Ma sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ini....