Tuesday, February 23, 2010

Jimmy's Wedding

24 Jan 2010.....Paksu Ng buat majlis menyambut menantu perempuan di rumahnya di  Sg. Udang Melaka.  Jemputan paksu 50% org2 Melayu, antaranya jiran2 dekat2 kawasan perumahan situ.  Mereka2 nih sumer bekas pelanggan2 kedai runcit paksu dulu.  Nampaknya kami (anak2 sedara paksu) adalah jemputan yang sampai dulu dari KL.  Riuh rendah rumah paksu di buatnya....!!! memang seronok, adik sepupu kawin la katakan.  Masa Darling (kakak Jimmy) kawin dulu (dah ada anak sorang pun) kami tak dapat hadir.  Memasing ada hal yang nak diselesaikan sama.

Jemputan sumer duk kat khemah....kami pulak hiruk pikuk dalam rumah......!!!! teruk betul anak2 sedara Paksu nih kan....!!! sesekali berjumpa berkumpul...memang gamat. Tak kering gusi dibuatnya.

Ada jugak yang lambat sampai. Kami semua dah nak balik.....adik yang seorang ni baru nampak muka.  Jadi tak dapatlah nak abadikan wajah2 kesayangan 'hamba' tu di sini.  Yg mana ada ajalah kita kongsi bersama.

 
Dua ibu bersepupu....dua anak berduapupu...!!! 
My princess tuh dah nangis mengantuk.....toink sepanjang jalan balik KL.

5 comments:

Mak Su said...

sungguh muhibah :)

Adliff said...

Tokma,

1 Malaysia nih! :)

Cuba cerita sikit macam mana famili Tokma boleh jadi muhibbah begini? :)

MARIA said...

Mak Su
Tokma memang rasa bertuah punya keluarga begini.


Aliff
Aaa lah kan...tak terlintas pulak jadi '1 Malaysia'. Arwah Abah tokma asalnya pure Chinese. Tapi Cina Melaka memang pandai cakap Bahasa kan. Dah jodoh arwah mak ngan arwah abah. Abah memang dah tukar agama Islam sebelum kawin ngan mak. Abah ada 5 beradik. Adik abah no. 3 pun beragama Islam. Dah meninggal dunia kerana kanser otak. Anak pakLong yg lelaki pun peluk agama Islam sekarang duduk Brunai. Kecik2 dulu kami selalu panggil dia Ah Seng... Ah Seng... !!! Nama Islam dia Mohd. Fitri. Kami memang rapat lebih2 lagi PakSu. Sepupu yg lain2 rapat jugak tapi memasing dah jauh2 tinggal. PakSu masih tinggal di Melaka tu pasal selalu balik. Sementelah dah tak ada abah nih, pada PakSu kami bermanja, wajah abah seiras ngan PakSu. Menurut cerita PakSu, arwah abah selalu cerita ngan mendiang nenek, arwah abah sayang sgt dengan tokma dan abg tokma yg kat JB tu. PakSu selalu gak naik KL jumpa kami semua. PakSu satu keluarga beragama Buddha. Mereka semua 'vegetarian' pantang makan daging.
Gitu lah serba sikit ek...panjang umur nanti kita cerita lagi.

Kaktiny said...

mmg happening kalau family tokma semua berkumpul.. mmg semangat 1 Malaysia... best ooo...

amboi afiff.. ngan spek itamnyer.. encem and macho nyer diaaaaa.... hihihi...

alalalaa.. si kecik buah hati pengarang jantung tokma tu dh merengek tuh... penat kot.. hihihi..

UuL said...

Mama...lama tak jumpa
ada kabar bahagia rupanya ^^, senang y bila semua keluarga berkumpul semua.
Afif comel sekali .. sudah besar dy ^^