Tuesday, August 19, 2008

Blog award for FRIENDS


Kepada kengkawan semua samada yang telah kenal, yang dah singgah, yang dah jumpa empat mata, yang dah jadi tamu rumah TOKMA...silalah singgah amik 'best friend award' ni..dengan ikhlasnya TokMa hadiahkan buat kengkawan semua...muaaahhh with my bigbigbig hug!!!.
ahmoi
akak
chinta
cikpuankesum
hanie
hertiny
iina
intanrosnitta
kak-awwa
kaklong
kaktiny (neighbour)
kamarhati
ladylikeme
NB
nurul
sepi
maksu
shais
shima
sitikhuzaima
suzi
tie
ummi
ungku nor
dan.......siapa2 ajelah yang nak kenal TOKMA.

Mari cuba masakan Melaka (siri 3)

URAP DAUN PEGAGA

Bahan-bahan:

Ditumbuk halus:
600 gm daun pegaga
150 gm udang kering
5 biji cili hidup merah

10 biji bawang merah ] dihiris nipis
2 sudu besar asam jawa adabi
1 biji kelapa (dibuat kerisik)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Memasaknya:
1. Bersihkan daun pegaga dan toskan airnya kemudian dihiris kasar.
2. Isikan pegaga dalam mangkuk dan masukkan bahan tumbuk.
3. Masukkan asam jawa, hirisan bawang merah dan kerisik.
4. Gaul mesra perlahan-lahan.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Seeloknya semua ramuan dicampur sebaik saja hendak makan untuk mendapatkan rasa pegaga yang segar.

Mari cuba masakan Melaka (siri 2)

MASAK PINDANG IKAN SELAR

Ditumbuk kasar
4 ekor ikan selar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Ditumbuk halus
2 sm kunyit hidup
2 sm halia

1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi

Dibelah dua:
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Garam dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya.

Memasaknya:
1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, 3 mangkuk kuah air dan asam jawa ke dalam periok.
2. Masak atas api yang sederhana.
3. Bila mendidih masukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukupnya, biar mendidih sekali lagi.
4. Masukkan cili hijau/merah yang telah dibelah dua tadi, cili padi dan tutupkan api.
5. Biarkan bertutup 10 minit dan sedia untuk dimakan dengan nasi puteh panas.

Thursday, August 14, 2008

Mari cuba masakan Melaka (siri 1)

ASAM PEDAS IKAN PARANG

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan parang (saiz sederhana)
digiling:
20 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm kunyit hidup
1/2 sm belacan
1/2 sm halia

1/2 sudu teh halba } untuk menumis
2 batang serai
1/2 sm lengkuas
Minyak masak secukupnya
Garam ikut rasa dan serbuk perasa (kalau suka)
2 sudu besar asam jawa (asli berbiji)
4 helai daun limau purut

Cara Memasaknya:
1. Ikan parang disiang, dipotong 5/6 dan dicuci bersih.
2. Serai dan lengkuas ditumbuk kasar.
3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian masukkan bahan2 yang digiling tadi sehingga garing.
4. Perahkan asam jawa dalam air secukupnya, bubuh garam, serbuk perasa biar kuah mendidih.
5. Masukkan ikan dan daun limau purut, kecilkan api dan biar mendidih perlahan2 lebih kurang 10 minit lagi.
6. Hidangkan dengan nasi panas dan ulam-ulam segar.
SELAMAT MENCUBA...tak cuba pun takpe lahh...!!!!!

Monday, August 11, 2008

Homework Tag from 'ter"chinta"'

1) Kali pertama naik kapalterbang
Masa tu saya pi Alor Setar nak jumpa ngan kawan (pompuan tau!) tahun 1986 (kalau tak silap). Kawan tu sekolah menengah sama-sama kat Melaka. Kami study dan discuss sama-sama. Lepas exam SPM..dia balik kampung, terus kerja Kerani kat Kerajaan Negeri sebab terpaksa tanggung keluarga (dia yang sulong), tak lepas cita-citanya nak belajar tinggi lagi. 'S' memang bijak...periksa penggal selalu dapat no. 1 atau 2, tapi dia kelas lain. Saya tak lah pandai sangat tapi tak sangka dia suka berkawan ngan saya, baik bangat ngan saya.

2) Kali pertama ke 'oversea'
Saya dan suami berjalan2 ke Medan, Indonesia. Serupa 'honeymoon' gitu tapi tahun bila tak ingat lak (dah lupa, masa tu anak masih sorang lagi). Pastu pergi Singapura ikut rombongan yang diatur oleh tempat kerja suami dengan bas persiaran...masa ni sangat2lah saya ingat sebab balik dari Singapura saya keguguran lagi. Ini kali ke2 keguguran...kali pertama kerana saya jatuh dalam bilik mandi.

3) Kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga
Tahun 1970, saya belajar kat ITM Shah Alam, every weekends balik kampung, petang Jumaat je..naik bas sambung2 dari Shah Alam/Pudu KL/Seremban/Bandar Melaka/Tanjung Kling..baru sampai rumah kampung. Kurang-kurang pun jam 11.00 malam baru tercongok kat depan pintu. Ahad, saya ulang semula route naik bas dari Tanjung Kling ...... Shah Alam. Setiap minggu tak pernah missed. Letih tu memanglah letih tapi dah kehendak hati kan...ku turutkan jugak. Melainkan bila ada test atau exam...mengelasaulah sebab tak dapat balik macam cacing kepanasan.

4) Ingin melancong ke...!
Part ni yang seronok...hasrat nak keliling dunia...Europe tujuan utama, saya (mak aji ni) memang kaki jalan tak sedau diri (loghat orang melaka).

5) Eksesori kegemaran
Saya amat suka jamu mata ngan barang2 eksesori wanita....kadang2 bantu kawan2 klu beli eksesori. Kulit saya yang tak membenarkan saya pakai..nanti merah2, gatal dan melecetlah jadinya, pastu bila baik, kulit akan bertompok2 tanda hitam pulak. Saya cubalah salutkan diri dengan emas permata, lagi tak boleh, tak perlu tunggu lama 1 jam dah cukup, kulit saya dah mula merepuh. Dahlah tak cantik, kulit gelap bertompok-tompok lagi heeeh..memang hampehhh!!. Tentang handbag/kasut - namapun wanita berkerjaya kan! selalu pegi sorang2 survey2 kat Sogo, KLCC, Mid-Valley, JusCo (saya kan suka jalan2)...manalah tau kalau ada paten2 yang berkenan. Saya susah nak membeli..tapi kalau dah berkenan berapa harga pun saya beli dan saya akan gunakan sampai bertahun2 selagi tak jemu especially handbag. Kasut pun gitu...selagi tak rosak selagi tulah saya lanyak habis2. Haus tapak, gi tampal tayar dia, service sikit kiri kanan, seperti baru semula..belanja RM10, saya boleh pakai 3 bulan lagi. Hek eleh..bukan kedekut, tapi berjimat uuuu...!

6) Empat perkataan yang selalu disebut2
* Ya Allahhh!
* Itulah dia heh!
* Ohhhhh!
* Ye ke..!
* Ah ah!

7) Kalau ada duit *juta..juta...juta*
Kan dah kata tadi....cita-cita nak gi Europe....apa lagi pulunlah duit tu dulu. Pastu pergi kerjakan haji buat kali ke2, pi Umrah seberapa kali yang larat sebab tau2 jelah dah antik ni...kureng sikit kuatnya lutut tu. Hanya Allah yang mengetahui keupayaannya. Apa2 pun impian saya tetap beriadah sekeluarga kerana mereka2lah org2 yg paling saya sayangi.

8) Siapa yang akan di Tag..
Semua kengkawan yang saya kenal...dah kena tag, jadi selamatlah yang belum dan tak kenal lagi tuh!...!

Wednesday, August 6, 2008

Nama-nama Jepun pilihan

Tokma nak berkongsi ngan kengkawan.......kalau ada sesiapa yang nak tukar nama baru...niii! e-mail dari seorang kawan gak:-



ITOSAYASUKA

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka barang mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APPO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ITSUKO ULANKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO


Sekiranya terdapat sesiapa yang berkenan dengan nama di atas, silalah buat pendaftaran baru y!!
heheheheheheheeee....adooiihhh!!!!!!!!!!!...sakit perut tokma.

Monday, August 4, 2008

Dari KL ke JB


Hujung minggu lepas, kerana tiada tugas saya pun mengambil kesempatan hari Sabtu untuk ke JB menziarah mak. Bertolak kira2 selepas Maghrib dan kami sampai JB jam 10.30 malam. Lama tak berjumpa mak. Hilang rindu seketika ...kami (saya dan mak) berbual-bual hingga jam 12.30 tengahmalam. Mak kata matanya masih tak mahu tidur, saya berbual terus ngan mak, bercerita mcm2 hal..kadang2 mak ketawa sampai keluar airmata. Melihat mak keletihan, saya biarkan mak tidur. Kesian mak...kalaulah setiap hari saya dapat melayan dan berbual ngan mak begini .. alangkah senangnya hati saya sebab dapat membuat mak gembira ketawa....tapi apakan daya demi tugas dan keluarga. Mak pun sakit dan masih di bawah perhatian doktor pakar.


Esoknya (hari ahad) kiranya jam 11 pagi kami bertolak ke rumah 'akak'. 'akak' dari blog yang baru saya kenal sebulan yang lepas. Berbagai-bagai perasaan menyepak hati saya...suka ke akak nanti jumpa saya...sudi ke akak tetiba saya menjengok ke rumahnye...siapalah saya yang sibuk2 nak jumpa 'akak'?. Selepas berkali-kali pusing, pi tang tu pi tang ni..akhirnya sampai gak depan rumah tepi dua tingkat...cantiklah, bersih...nye..nyaman rasa, ish..ish..ish, malu gak nak masuk.


Tapi tetiba je rasa macam muka dah tebal, tak malu dah, menonong masuk umah akak ... seorang wanita 40'an kuar.. 'assalamualaikummm!!! akak ke ni?' eh eh...sudah gaharu cendana pulak..dah tau buat2 tanya lerrr!.


Akak ni dalam blog bukan main peramah....depan kita pemalunya bukan main. Kontrol cun u takut nyingung hati kita...akak ni orangnya manis...ala2 anak mamii penang gitu. Satu keluarga peramah. Suami saya yang kurang bercakap pun jadi banyak mulut berbual ngan suami akak. Siap makan tengahari, pastu ada dessert nye lak, pekena kopi 'o' lagi. Eh gerenti tak lapar la kalau bertandang ke rumah akak. Kenyang memanjang.


'Adik', anak bongsu akak, paling saya suka.....bijak, peramah, pandai ambil hati. Sedih gak saat bye bye..!! sebab baru kenal dan bersua muka, dah berpisah jauh lak.


'Adik' - Selamat Hari Jadi Ke 7


TERIMA KASIH DAUN KELADI 'AKAK' ....
LAIN KALI TOKMA DATANG LAGI!!!




Friday, August 1, 2008

Suatu Waktu Dulu.......(3)

Ketika itu umurku baru 13 tahun, dalam Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Tun Teja (sekarang ditukar 'Tijah').
Waktu ini, mak + abah berpakat menyewa sekeping tanah kampung, lebihkurang 4,000 kaki persegi luasnya untuk dibuat rumah. Sebuah rumah papan didirikan berbentuk segi empat, dindingnya hanya mampu ditutup tiga ruang dengan dua tingkap. Satu ruang lagi, bertindak sebagai pintu keluar masuk. Bila malam, ruang yang terbuka akan ditutup dengan kain tirai yang dibuat daripada guni tepung. Mak/abah awal2 dah berjanji dengan taukeh kedai runcit kat kampung untuk membeli semua kain-kain guni tepung yang kosong ini. Taukeh Cina kedai tu bersaudara pulak dengan abah jadi senang sedikit urusannya.
Kain-kain guni ni tadi dicabut benangnya dulu untuk menjadi sekeping kain yang lebar, pastu kami rendam dan basuh berkali-kali sampai kesan tepung hilang. Kain-kain ini pulak disambung/dijahit dengan tangan selai-selai dengan benang-benang guni tadi. Berhari-hari kami buat. Waktu malam kami akan turunkan tirai menjadi ruang bilik dan juga pintu. Waktu siang kami gulung semula. Waktu tu memang tak ada letrik, kami hanya gunakan pelita sumbu minyak tanah (minyak gas).
Dapur masak lak, abah buat pondok kecil dengan dua tungku batu berbumbungkan daun-daun buluh yang diikat dengan upeh pinang. Tiang dan palang dapur abah ambil dari batang dan dahan pokok getah. Sebuah pangkin kecil dari susunan batang2 buluh dibuat bersebelahan dapur untuk tempat mencuci dan meletak tempayan2 air.
Makanan dan air, mak masak sebelum Magrib kemudian simpan di satu sudut rumah sebelum makan malam selepas Isyak. Menjadi tugas saya untuk membersihkan semua perkakas kotor sebelum ke sekolah seawal jam 5pagi esoknya.
Balik dari sekolah (tugas saya lagi) kena angkut air dari perigi bawah bukit, 500 meter jauhnya dari rumah. Enam tempayan besar yang perlu saya penuhkan setiap hari. Turun naik bukit dengan mengandar air dalam 2 biji tin minyak gas (yg telah dibersihkan). Ada kalanya bila berihat ditepi bukit, terfikir dibenak saya, "kenapalah semalang ini nasibku..!"
Kami sebenarnya berlima beradik, abang sulung ke London melanjutkan pelajaran...(rasanya abanglah anak melayu yang bertuah dapat belajar keluar negara pada masa tu. Mak berusaha mendapatkan pinjaman dari Koperasi Guru-Guru Melayu Melaka). Kakak kedua tinggal ngan mak saudara. Yang tinggal sama-sama mak hanya saya, abang kedua dan kakak pertama. Pastu mak melahirkan dua adik perempuan lagi sebelum kami berpindah pulak ke bawah bukit.
Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan...hari tu mak ke bandar Melaka. Tak tau saya apa urusannya sebab kalau ditanya nanti..mak pasti naik marah dan akan dijawab dengan maki hamun atau penyepak aje yang saya dapat. Kata mak urusan orang tua tidak boleh diambil tahu. Sebelum pergi mak pesan..suruh angkat jemuran tilam dan kain baju sebelum pukul 5 petang. Kain baju lak mesti siap lipat, tilam digulung dan simpan ditempat biasa. Pada hari yang sama kakak pulak ada kelas malam.
Bila mak tak ada dirumah, memang saya suka sebab masa itulah saja saya dapat bermain-main dengan rakan2 sebaya. Mak takkan biarkan saya duduk begitu saja melainkan ada2 aje kerja yang disuruhkannya. Habis daya cabut rumput, sapu laman, siram pokok, beri makan ayam, basuh pinggan, cuci lantai dan entah apa2 lagi. Sehingga dalam tidur pun saya tidak pernah sempat mimpi sebab terlalu penat dan keletihan.
Inilah masa kami dapat bermain-main. Tempat paling kami suka pergi bermain ditepi hutan hujung kampung mencari buah cemperai dan petik buah kundang manis. Kami main sorok-sorok disitu. Tak sedar hari dah petang dan cuaca sedikit mendung. Gesa-gesa saya berlari balik teringat pesan mak tadi. Belum sampai rumah, hujan dah turun renyai2. Sempat semua kain baju saya angkat tapi tilam terkena hujan basah kuyup jadinya. Hati saya berdebar2...takut, cemas dan macam2 lagi. Bila mak balik.....tambah kecut perut saya.
Perkara yang saya amat takut betul2 terjadi. Mak naik berang, marah dan maki hamun saya seadanya. Sepak terajang cubit semua hinggap dibadan. Allah saja yang tahu sakitnya. Hanya airmata yang keluar tanpa suara. Berbunyi suara je, lagi teruk saya dipukul mak. Masih tak puas hati lagi, mak ambil penyapu laman (penyapu lidi) dibalunnya saya sampai puas. Saya hanya mampu menangis dan menjerit minta ampun dari mak sambil memeluk kaki abah. Saya merayu ngan mak...'ami tak buat lagi mak...jangan pukul ami lagi mak....saaakiiit mak!!!' Abah tak dapat buat apa2, sebab abah tak mahu menambah lagi berang mak....abah hanya abah tiri saya je. Mak akan lakukan apa saja kalau dalam keadaan marah.
Saya dapat lihat abah pun sama meleleh air matanya melihat keadaan saya teruk dipukul oleh mak. Abah terus tegur mak...'kenapa pukul anak sampai begitu...bukannya tak boleh tido kalau tak ada tilam'. Mak langsung terkedu dan mak diam lepas tu tak bercakap-cakap. Mak terus berhenti pukul saya.
Badan saya jadi lembik, lemah, sakit, lebam-lebam, calar-calar kena balun dengan batang penyapu. Abahlah yang tolong tuam ngan air panas. Sepanjang malam hati saya sayu....'betulke saya ni anak kandung mak, kenapa mak terlalu garang pada saya?'. Saya masih menangis senyap2 hingga tertidor. Pergi sekolah esoknya dengan bengkak mata, malu ngan kawan2 saya katakan kena gigit semut api.
Lepas kejadian tu, seminggu saya menyendiri dan tak mahu cakap ngan sesiapa pun lebih-lebih lagi mak, tapi saya juga tak berani lawan cakap mak, saya tetap buat apa aje yang disuruh tanpa bercakap sepatah pun. Tiada sesiapa ketika itu untuk saya mengadu.
Hingga sekarang saya masih tak faham dan tak tahu sebabnya...KENAPA MAK SAYA TERLALU DAN TERSANGAT2 GARANG.....lebih2 lagi terhadap diri saya !!!
Tapi sekarang....sejak dulu lagi saya telah pun memaafkan mak...saya terlalu sayangkan mak! lebih-lebih lagi 'ayah tiri' yang saya anggap ayah kandung sendiri.