Monday, December 22, 2008

KEJADIAN DI PAGOH

Hari tu hari Khamis....entah kenapa sejak pagi hati berdebar-debar je, sekaligus terbayang wajah tua mak yang sedang sakit di Hospital Pakar Johor Bahru. Nasib kami sekeluarga amat baik kerana abang sendiri adalah salah seorang doktor pakar di sana. Jadi segala urusan untuk mak mendapatkan rawatan di hospital pakar tu berjalan lancar. Hati kami adikberadik sentiasa berdoa semoga mak sentiasa dalam keadaan sihat. Dua hari sebelum itu mak sudah pun menjalani pembedahan lutut dan sudah pun di bawa pulang kerumah abang chik.

Pukul 5.00 petang, saya dapat panggilan dari abang chik, abang chik suruh kami semua adik beradik, kalau boleh datang malam tu jugak ke Johor Bahru. Kami semua rasa cemas...menurut abang, mak terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mak diserang sakit jantung secara tiba2. Kasihan mak bertimpa2 malang datang.

Sudahhhh, hati saya dah tak keruan...cepat2 minta kebenaran dari bos untuk pulang segera kerana nak ke JB malam tu jugak. Balik rumah, suami masih ditempat kerja, hari tu suami kena syif malam hingga jam 7.00 pagi esoknya. Bincang punya bincang...suami tak boleh pergi malam tu, macam mana pun saya minta izin untuk pergi malam tu jugak bawa anak 2 sekali. Kakak suruh saya talipon suaminya kalau2 boleh temankan saya. Almaklum perjalanan yang jauh makan masa 4-5 jam memandu lebih2 lagi waktu malam pulak tu. Kakak sememangnya dari awal sudah ada di JB kerana menemankan mak masa operasi lutut tempoh hari. Akhirnya abang ipar dan anak perempuan sulungnya ikut sama. Lima orang dalam kereta, kami bertolak jam 8.30 malam lebih kurang, selepas Isyak ke JB. Saya lebih suka memandu daripada tercongok jadi 'co-pilot' sebab abang ipar kalau bawak kereta.....batu kerikir tepi jalan tu pun boleh dikira satu2. Saya tak marah kalau pembaca kata saya brutal, saya memandu tidaklah brutal sampai kemana pun....cuma brutal orang pompuan lah bila bawak kereta. Tu jer!!!! hehehehehe.

Dari KL ikut highway utara selatan, masa tu h/way belum siap hanya setakat Tangkak jer baru siap dibina. Jadi dari situ saya exit Tangkak/Pagoh. Di simpang jalan saya membelok ke kanan untuk menghala ke Pagoh. Biasanya setiap kali kalau ke JB kami akan pergi pada siang hari, kawasan Pagoh masa tu sepanjang jalan tiada penempatan penduduk...yang ada hanya pokok-pokok kelapa sawit dan semak samun yang boleh dikatakan tebal jugak lah. Masa tu dah banyak cerita yang saya dengar dari pemandu2 teksi yang berulang alik dari JB ke KL dan sebaliknya. Cerita2 kurang enak semuanya....cuma mereka berpesan sentiasa berjaga2 disatu kawasan jalan yang sunyi berhampiran dengan tanah perkuburan. Saya tak pasti samada tanah perkuburan cina atau melayu. Ada juga yang kata itu asalnya tanah perkuburan zaman Jepun dulu. Arwah Abah saya dulu bekerja sebagai pemandu bas di Bandar Melaka, jadi ramailah rakan2 sebaya Cina dan Melayu yang bawa teksi ke JB...dari situ yang abah dapat tahu kejadian2 malang berlaku pada kawan2nya. Yang mati sebab terlanggar lembu padahal memang tak ada langsung penduduk di situ, seluas2 ladang kelapa sawit, berlanggar dengan lori parking tepi jalanlah, yang ada terlanggar orang sekitar jalan sunyi tu, tapi bila berhenti tak ada pulak orang yang dah dilanggar tu. Mereka kata mereka dengar suara orang menjerit bila kena langgar...tak tahulah benar ker tidak.

Sepanjang jalan masuk daerah Pagoh memang sunyi sepi...gelap gulita sebab tiada lampu jalan. Kawasan ladang yang amat luas. Kereta berselisih pun satu2 jer. Tiga km perjalanan baru jumpa sebuah kereta. Sepanjang perjalanan..abang ipar diam jer, tidur tidak, bercakap pun tidak, anak2 dah tidur di seat belakang. Dari KL tadi rancak mulut dia bercerita ini itu, katanya biar kita berbual nanti mata tak mengantuk. Masuk jer kawasan Pagoh...abang ipar tiba2 senyap, tak berkutik langsung, saya pun tak kata apa2 sebab terlalu gelap...jadi kenalah lebih berhati2 memandu...laju tetap laju...120 laju gak tuh. Hati nak cepat sampai YongPeng tak tau kenapa.

Tetiba jer, kami tak pasti dari mana arah datangnya angin kencang dan bila. Pokok2 kelapa sawit meliuk2 ditiup angin. Saya katakan pada abang ipar...'nak hujan agaknya bang! kuat ribut nih!'. Abang ipar langsung tak berkutik, menyahut cakap saya pun tak. Dalam hati berkata2, mungkin dia tertidur kot...tak dengar aku cakap aper. Kesian dia...biarlah asalkan aku tak mengantuk. Susah juga memandu dalam keadaan kelam dengan daun2 dan debu ditiup angin melayang2 depan windscreen. Saya nyalakan lampu tinggi....agar lebih terang jalan dihadapan.

Gelap gulita jalan raya di depan saya, tiba2 saya terpandangkan seperti sehelai kain batik buruk melayang depan windscreen sepantas kilat. Serasa terhenti jantung saya masa tu....objek tu terlansung ke belakang kereta, walau apa pun terjadi saya tak akan jeling cermin tepi mahupun untuk melihat ke belakang. Lagi laju saya tekan minyak kereta. Dalam hati saya ingatkan Allah...segala ayat kursi dan entah ayat2 3 Kul sumer saya baca dalam hati, tapi mulut komat kamit gak. Mata saya dah terbeliak memandang jalan depan. Bersedia menerima dan bertahan apa saja yang berlaku. Tak berani dah nak noleh2 kiri kanan atau belakang. Jantung dah lebih pantas berdenyut. Darah dah naik kemuka...rasa panas...tiba2 kaki saya tak rasa nak menekan pedal minyak, tak terdaya nak paut stering....rasa2 seperti kereta meluncur sendiri. Ya Allah apa dah jadi.

ALLAHUAKBAR.!!!!....ALLAHUAKBAR!!!!.... bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah!!!!. di saat itu juga....saya terdengar seperti sesuatu disimbah jatuh atas bumbung kereta. Tidak lama kemudian...pasir bertaburan jatuh di cermin depan, tepi dan belakang. Apa dah jadi Ya Allah...selamatkanlah kami semua. Apa yang saya dah lakukan....kemana saya paut stering kereta nih. Jalan masih lurus rasanya. Lemah semua sendi ...... tegak segala bulu roma, kembang rasanya badan saya seperti terapung2. Saya hanya nampak pasir berlumba2 turun dari atas bumbung kereta. Apa pulaklah mala petaka nih. Subhanallah....selamatkanlah kami Ya RabbilAlamin. Sempat saya menoleh kekiri...saya lihat abang ipar dah pegang pintu kereta dan sebelah tangan bertahan atas dashboard. Saya tak tau di mana saya memandu masa tu. Mulut saya tak berhenti menyebut Ya Allah Ya Allah...ayat kursi entah berapa kali saya baca, tapi rasanya ayat kursi yang saya baca lintang pukang, berulang2 saya baca sampai betul lidah menyebut. Badan saya dah mula menggigil...seperti kesejukan tapi kenapa badan saya berpeluh.

Ya Allah....kenapa kereta saya makin lama makin perlahan...kaki saya jadi kaku tak terdaya nak menekan pedal minyak. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR... itu ajer yang saya laungkan sungguh2...tiba2 terbit satu semangat dari dalam diri...terus saya menekan minyak bila dah terasa kaki jejak dilantai kereta. Entah berapa laju saya memandu saya tak ingat dah. Lepas YongPeng kami terus ke Ayer Hitam. Masih tak bercakap2 ngan abang ipar...sampai Ayer Hitam kami berhenti untuk minum...saya pun rasa nak berehat lah juga sebentar.

Masa minum tu....saya kuatkan semangat bertanya pada abang ipar...samada abang ipar perasan ker tidak kejadian kat Pagoh tadi. Rupa2nya...abang ipar kata...mulut dia seperti terkunci..tak boleh bercakap...macam ada orang tutup mulut dia. Tapi tak berhenti dalam hati abang ipar mengaji sebaik membelok ke jalan menghala ke Pagoh. Pasir2 yang jatuh atas bumbung kereta pun dia perasan...memang abang ipar dengar jelas...dan nampak pasir bersepah jatuh dari atas kereta meleleh turun depan windscreen. Rupa2nya abang ipar pun dalam ketakutan yang amat sangat. Dia pun berpeluh2 rupanya. Mujur anak2 tidur...kalau tidak riuh rendah agaknya dalam kereta. Kami bertolak dari Ayer Hitam ke Simpang Renggam jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Hisssshhhh biar betul...jadinya kami betul2 berada di kawasan Pagoh tepat tengah malam lah agaknya. Malam Jumaat pulak tuh. Kolot gak tu...orang kampunglah katakan. Nak kata saya tak mahu percaya pada perkara2 karut nih, susah nak jawab...sebab perkara tu berlaku betul2 diluar jangkaan saya. Kalau itu hanya perasaan saya jer, kenapa pulak abang ipar saya pun dalam ketakutan sama. Dia tak dapat bercakap...malah sentiasa membaca ayat2 AlQuran dalam hati.

Lebih kurang jam 4.00 pagi baru kami sampai JB dan terus ke Hospital jumpa abang chik. Anak2 kami abang chik suruh sambung tidur di bilik dr. tempat abang chik selalu berehat bila 'on-call'. Esoknya barulah kami bercerita dengan adikberadik yang lain tentang kejadian malam tadi masa makan tengahari.

Serik saya...memang serik....selepas kejadian tu...saya tak pernah memandu waktu malam lagi. Adik beradik yang lain pun begitu. Apa2 hal pun kami akan bertolak ramai2 pagi2 dari KL ke JB atau bertolak seawal pagi balik dari JB ke KL. Satu pengalaman yang amat mengerikan dan tak dapat nak saya luahkan rasa perasaan saya ketika saat2 kejadian tu.

ENTAHLAH....hanya Allah yang mengetahui.......!!!!

Friday, December 19, 2008

BELALANG KETIK ...... ANDANG API

Camni citernyer..................!!!!!!

Dolu2 tuh kalau dah selesai kerja2 menuai & membanting padi di bendang, malamnya kami org kampung berkumpulan turun ke sawah untuk tangkap belalang padi (belalang ketik). Belalang ketik nih berwarna hijau/coklat saiz dia kecil daripada belalang kunyit. Macam dah jadi tradisi orang kampung saya sebab belalang ketik nih hanya membiak waktu padi dalam proses 'membunting'. Membunting nih maknanyer biji2 padi menguning. Belalang ni boleh dibuat lauk (goreng bercili) memang lazat.

So, kami pun berjalan sambil menangkap belalang mara kedepan dalam sebaris melintang. Kat tangan masing2 memegang sedepa andang api. Andang nih dibuat dari pelepah daun kelapa yang sudah kering. Seronoknya tak terkatakan sambil riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik sesama sendiri. Macam2 perkara lucu berlaku. Kadang2 belalang ketik terbang melantun ke muka org sebelah, bila nak cekut...belalang terbang, tercekut batang hidunglah, telingalah, pipi, punggung...ada makcik2 yang kuat melatah..terjerit2 orang tua tuh kena raba bila tercekut badan dia orang. Kami teramatlah lekanya dan dah berkira2 nak masak apa ngan belalang tu nanti esok.

Nun jauh di hadapan kumpulan kami, dari arah bertentangan, lebih kurang jarak 5 petak sawah yang dah bertuai padinya, jelas kami nampak seseorang sendirian dengan sebatang andang api mengutip belalang ketik jugak. Kami semua tertanya2 siapalah gerangan orang tu, kenapalah sorang2 tangkap belalang ketik tanpa kawan. Peliknya bila kami teriak api andang orang tu tiba2 padam. Bila kami sibuk balik ngan tangkap belalang ketik, andang api menyala semula dan orang tu terbongkok2 sama mengutip belalang. Ah!!! mungkin orang tu tak mahu diganggu. Agaknya orang dari sebelah 'baruh' , pedulikanlah ....pesan makcik yang melatah tadi. Sebenarnya dalam hati makcik tuh dah rasa tak enak tapi masih kunci mulut tak mau beritahu. Pesannya pada kami anak2 dara sunti nih, jangan tegur lagi, biarkan .... 'buat dornor jer'. Jangan sekali2 pelawa atau tegur orang tu semula.

Makin lama kami kutip, makin saya nampak orang tu dah dekat dengan kumpulan kami takat dua petak sawah jer...memang jelas, orang tu berpakaian putih, bentuk baju tak dapat nak dicamkan sebab malam gelap, memakai kain putih dililit atas kepala, sah orang tu lelaki. Wajah dia kelam tak nampak sebab andang api dia pegang terlalu tinggi atas kepala. Pelik memang pelik sebab tak pernah orang bawa andang macam tuh. Dahlah tinggi dua kaki lebih dari kami. Masing2 senyap tak bercakap...angin tak semena2 bertiup sepoi2 terasa sejuk sangat sampai boleh menggigil dibuatnya. Atau perasaan kami ke yang dah mula cuak dan merasa takut. Kami dah mula fikir yang bukan2. Jari jemari tangan dah kaku, kaki rasa besar dan beratnya macam 1 ton tak dapat nak bergerak. Masing2 dah pucat lesi...kalau toreh pun tak kuar darah agaknya. Segala macam bulu yang ada diseluruh badan dah menegak...kembang meremang bagai kena arus lektrik. Sambil peluh meleleh di kedua2 belah telinga ngan pipi.

Makcik tadi tiba2 meloncat kedepan dua langkah. Andang di tangan dicampak kedepan dan bertepuk tangan tiga kali..makcik tu melaung ...... "Abang aji!!!!!, kalau betul jasad macam kami...mari ler sama2, tapi kalau bukan, jangan kacau (ganggu) anakcucu, kami tumpang lalu jer". Sekuat mana makcik tu melaung sepantas itu jugalah 'lelaki' tu bagai aksi mengutip belalang lagi. Seperti tak hiraukan sapaan makcik tadi. Semua jadi kaku, terpaku, terpegun macam patung. Sedekat 1 1/2 petak sawah tiba2 andang api 'lelaki' tu padam dan kelibatnya pun seperti angin melayang jauh ketempat mula2 kami nampak dia. Secepat tu juga andang api dia menyala semula.

Apalagi...masing2 tak cukup tanah lari lintang pukang balik rumah. Putih tapak kaki bagai tak jejak bumi sebab ketakutan. Esoknya bila berjumpa semula, kami bercerita sesama sendiri. Rupa2nya ada yang sampai terbarai kain batik dia orang masa lari pulang, ada juga yang terkencing2, yang tersungkur sebab tersadung tunggul kelapa pun ada. Terbahak2 kami tergelak...!!!!!

Malam esoknya tak serik2.....tambah besar kumpulan kami ajak sampai 20 orang semuanya pergi tangkap belalang lagi. Kali nih setiap orang wajib bawa sebiji tin kosong ngan kayu sebesar lengan. Tin kosong tuh akan kami ketuk kuat2 berkali2 sekiranya peristiwa sama berlaku lagi.

Itulah peristiwa yang tak pernah saya lupakan...masih segar dalam ingatan. Memang takut, benar2 takutttttt! jantung berdenyut pantas rasa macam nak tersembul keluar. Eeeeeeee...seram, betul2 saya rasa seram !!!!

MERRY CHRISTMAS TO EVIE ...!!!!!!!!






ONLY FOR NEKROCK...!!!!

Monday, December 15, 2008

Wednesday, December 10, 2008

FOR SOMEONE WHO MEANS SO MUCH !!!



When trying to say

Special things about you,

It's always so hard to begin.......

For words can't express

All the things that you are

Or how wonderful you've always been....

But if feelings for you

Could be turned into words

To express what lies deep in the heart,

It would take a long time

To say all those nice things,

And then,

..........that would be only the START !!!


Tuesday, December 2, 2008

PERTAMA DAN TERAKHIR


TAKDIR PERTAMA - SETIA DAN SAYANG PADA JAWATAN

Pertama kali melangkahkan kaki ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 1970. Tinggal di rumah abang long yang masih bujang. Oleh kerana SPM tak berapa cantik result nya .... terbuka hati untuk masuk kelas persendirian dan teruja untuk menduduki peperiksaan SPM sekali lagi.

ALHAMDULILAH....berkat terajin lebih kali ini keputusannya baik sekali...dan terus minta masuk ITM (dolu-dolu) di Shah Alam. Ambil course Private Secretary. Tak lama belajarnya setakat dua tahun jer boleh grade. Sem 4, lecturer dah suruh keluar attend sebarang interview yang diiklankan. Dulu .... almost sumer company berurusan dengan ITM untuk jawatan Setiausaha Sulit. Saya pun tidak ketinggalanlah.......setiap kali hadir interview masing2 mesti pasang badan...hehehehe bila fikir2kan balik kelakar pulak. Kami bagai ayam itek bekejar2 ke tempat temuduga...gembira jer hidup waktu tu rasanya. Sesiapa yang kena panggil balik untuk temuduga kali kedua atau dapat tawaran terus....selamat bertugas!!!...dan tidak ketinggalan diriku juga...dimurahkan rezeki dapat 2 tawaran setelah hadir di lima tempat temuduga:-

1) Motorwork - Shah Alam, jawatan private secretary kepada managing director (bos mat salleh). Bagi tau mak masa balik kampung tentang tawaran kerja tuh. Mak kata jangan terima sebab bos mat salleh...tak boleh percaya. Macam2 nasihat lagi yang rasanya tak masuk di akal jugak....takperlah tuh...saya hanya pasang telinga. Last2 kata mak...kalau tak dengar atau tak ikut cakap mak hidup 100% sengsara (dolu-dolu lah tuh...ayat2 maut yang jadikan diriku seorang yang penakut pada sumpahan dan hormat pada orang tua). Balik ITM cepat2 hantar rejection letter. Tahun 1974 kalau dapat tawaran kerja dengan gaji RM1500/- sememangnya loaded. Apakan daya tak direstui (mungkin itu bukan rezeki saya) saya redha.

2) Sebuah syarikat pemaju perumahan - Damansara Heights, 100% owned by Bumiputera. Hahhhhh...yang ni amat menyenangkan hati mak dan abah. Dengan senang hati dan dengan sedih hati gak terima jawatan tu dengan gaji permulaan RM900/-. Maka bermulalah perjalanan diri ku sebagai seorang Setiausaha Sulit yang telah melaporkan diri bertugas pada 2 Disember 1974.

Setiap hari amat menggembirakan tak kira masa bekerja atau selepas waktu pejabat. Ada2 saja aktiviti yang kami lakukan...sukan netball, badminton, pingpong, carrom, dart saya joint setiap hari. Kami semua seperti adik beradik, jarang berkecil hati sesama kawan. Kalau marah cepat kami minta maaf atau memaafkan.

Syarikat tempat saya bekerja ni pula ada memberi berbagai2 kemudahan seperti perubatan, pinjaman kenderaan, pinjaman pembelajaran, pinjaman komputer, pinjaman persendirian, pinjaman perumahan...semua ada. Akhir tahun habuan bonus buat kakitangan semua, walau pun kadang2 tak seberapa...tapi tetap dinikmati bersama. Pada tahun 1980'an...pernah 3 tahun berturut-turut kami tidak diberi bonus. Kami akur dengan keadaan inflasi yang teruk dan keruntuhan mata wang dunia, namun tetap tabah bersama-sama bekerja lebih keras lagi. Saya amat rindukan suasana bekerja seperti dulu-dulu.

Dari 10 ke 20 tahun saya menerima beberapa kali kenaikan pangkat berkat ketekunan dan kemahiran bekerja. Bos bersilih ganti...semuanyer baik2 belaka. Saya ikhlas bos....betul.... tak tipu nih. Kalau tak taklah saya sanggup bekerja dengan satu syarikat saja sejak tahun 1974 hingga sekarang. Rasa sayang untuk meninggalkan kawan2 seperjuangan yang baik2 semua...sentiasa bantu membantu.

Apakan daya saya....yang datang tetap pergi....yang awal tetap berakhir, yang patah tetap tumbuh lagi, yang muda telah pun melangkau usia. Dalam tak suka dan tak mau...saya tetap menerima hakikat bahawa saya harus pergi jugak meninggalkan tempat saya mencari rezeki, hidup dan bernafas 8 jam setiap hari selama 34 tahun bersama-sama kengkawan. Sudah tiba masanya buat saya mencurahkan khidmat sepenuh masa terhadap suami yang telah banyak berkorban untuk saya.

Inilah SATU-SATUNYA SYARIKAT tempat saya mencari rezeki semenjak tahun 1974 hingga akhir tahun 2008. YANG PERTAMA DAN YANG TERAKHIR....!!!!!

----------------------------------------------------------------------------------

TAKDIR KEDUA - KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Saya nih jenis yang memang percaya pada CINTA PERTAMA dan SETIA PADA YANG SATU.

Hehehehehehehe!!! Tak kisahlah kalau ada yang nak komen. Dilahirkan di sebuah kampung jauh dari bandar dan jauh ketinggalan dengan tamaddun bandar, sudah tentu saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Amaran keras dari orang tua agar sentiasa menjaga maruah diri dan nama keluarga dalam pergaulan seharian adalah satu perkara wajib lebih2 lagi memandangkan keadaan saya yang masih menuntut.

Saya masih ingat lagi pada hari kedua berpuasa di rumah abang long di S*****k, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.00 malam, saya talipon operator Telekom Malaysia untuk mendapatkan khidmat 'morning call' bangun bersahor jam 5.00 pagi. Yeahhhhhh tu dia.....di sinilah bermulanya perkenalan yang tidak disangka2 :

Operator : Selamat malam....boleh saya bantu!

Saya : (wauuuuuuu...terdiam saya tiga saat, serasa terhenti jantung berdenyut seketika. Siapa kah lelaki ni sampai terpempan aku begitu. Suaranya tidak garau dan tidak juga lembut...biasa jer seperti suara lelaki2 yang lain).

Operator : Hello...Selamat Malam, siapa disana...boleh saya bantu!

Saya : Hahh ya ya aaaa (aper yang ya ... entahlah minah nih)

Operator : Oh..ada orang rupanya, ok boleh saya bantu puan atau cik!

Saya : (dalam hati...betullah bodohnya minah nih) aaaa yerlah saya nak mintak tolong, buatkan 'sahor call' kat saya..ehh kat rumah nih.

Operator : oh yer...boleh, kami boleh bantu. Pukul berapa tu nak bangun puan/cik!

Saya : aaa kejutkan saya eh kita org pukul 5.00 pagi ...boleh!? kalau tak boleh tak per lah. (eh kenapa lak aku cakap macam tuh).

Operator : kan saya kata tadi kami boleh kejutkan bila2 puan/cik suka.

Saya : oh yer yer ok....(apasal aku tergagap-gagap nih).

Operator : Jadi...pukul 5.00 pagi nanti saya talipon balik ya...panggilan nih nak dibuat setiap pagi ker puan/cik?

Saya : hah...macam mana eh...boleh ker (ya Allah minah nih ... masih gugup tak pasal2 lak dia)

Operator : Boleh sangat, aaa ada apa2 lagi puan/cik yang boleh saya bantu?

Saya : (alahai kenapa cepat sangat lelaki ni nak letak talipon...kenapa aku rasa nak cakap lagi dengan dia hahhhh...ishhh berat kes ni...tapi kalau dia tau aku nak cakap lagi nanti...malunya hidung tak mancung, pipi tersorong2 lak, gatal pulak minah nih).

Operator : Hello, puan/cik

Saya : Hai, ok bye bye.

Operator : Selamat malam puan/cik

Alamak operator tu dah putuskan talian. Rasa rindu timbul tiba-tiba, ingin bercakap lagi dengannya. Alahai kenapa dengan diri ku nih...umpama terpukau dengan suaranya. Hati berdebar2. Tapi siapalah aku.....gadis kampung tak tau nak berkawan, tak pandai nak mengorat jauh sekali bergaul dengan lelaki. Masa tidur pun masih teringat2 perbualan tadi. Aduhaiiii hati, janganlah begini, kita baru masuk belajar ITM, kita belajar dulu nanti bila dah dapat diploma baru kita berkawan dengan lelaki ek..berbisik sendirian dengan hati sanubari ku. Akan aku lupakan lelaki operator tuh.

Tiga bulan selepas tu, seperti biasa setiap kali weekend kalau tak balik kampung, rumah abang long jadi rumah peranginan untuk bercuti. Petang itu sedang kami menonton tv talipon berdering...along bangun jawab talipon. Tiada respond mungkin salah nombor, along bagitau. Berdering lagi talipon..along angkat perkara sama tiada jawapan. Kali ketiga berdering lagi, along rasa malas, saya memang tak mau angkat sebab ini rumah along, rasa hormat kepada hak peribadi along. Talian putus....terus senyap tidak berdering lagi. Malam selepas dinner along kata nak keluar jumpa kawan mungkin tidur rumah kawan, so sendirianlah aku dirumah besar setingkat tu. Teperap dalam bilik sensorang.

Tiba-tiba talipon berdering, hati berbelah bagi samada nak jawab ker tidak. Tapi sebab lama sangat berdering, angkat jer lah mungkin kawan along agaknya.

Saya : Hello! (saja tak nak cakap lebih2 sebab mata dah mengantuk)

Pemanggil : Hello...hai...cik apa kabar?

Saya : (isshh siapa pulak lelaki ni) ya kabar baik..boleh saya tau siapa yang bercakap tuh?

Lelaki : Tak kenal saya lagi ke? cik pernah bercakap dengan saya 4 bulan lepas bulan puasa.

Saya : (diam jer termenung...tengah berputar2 berfikir siapa lah lelaki ni yang pernah bercakap dengan aku, macam pernah kenal ek)

Lelaki : Cik ada talipon operator suruh kejutkan waktu bangun sahor kan? (tak tanya pun lelaki tu menyambung cakap)

Saya : Ohhhhhh yer....haiiiiii (berbunganyer hati ku ketika ini tiba2, tak sia2 aku balik rumah along hari ini, issshhhh miang pulak pompuan ni)

Akhirnya malam tu kami mula berkenalan tapi masing2 masih merahsiakan nama sebenar sebab masih baru. Haiiiii.... terlerailah nampaknya janji2 mulus untuk belajar dulu pada diri sendiri. Hilang semangat dibuatnya. Seperti ada suatu tarikan mesra untuk berbual dengannya. Entahlahhhh...susah nak ditafsirkan perasaan ku ketika dan saat itu. MAGIC - dari hari kehari perkenalan bertambah mesra....lima bulan berlalu...masih simpan rahsia nama sebenar. Masing2 tak mahu beritahu. Hingga setahun perkenalan tanpa bersua muka.
Peristiwa pertemuan buat pertama kali dengan si 'arjuna hati' amat terkesan sekali dihati dan tak akan saya lupakan sepanjang hayat ini. Peristiwa di station bus Melaka Street (sekarang tapak bangunan Bank CIMB) akan menyusul kemudian bersama anda.

Ada cerita lucu disebalik kisah untuk berterus terang tentang nama masing2. Nanti akan saya kongsi bercerita dengan kawan2 di lain n3 nanti.

Hubungan kami direstui kedua belah keluarga dan dilangsungkan pernikahan dan perkahwinan kami pada 20 Disember 1975.

Ada cerita juga disebalik perkahwinan kami ini...nanti akan saya kongsi juga nanti dengan kawan2.

Kami dikurniakan 3 cahayamata...sekarang ketiga-tiganya telah pun bekerja dan masih tinggal bersama kami.


Sepanjang 33 tahun hidup disampingnya seperti masih baru kasih sayang yang berputik dan harum segar sepanjang masa. Asam garam hidup tetap ada...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Resepi memahami hati suami, berkongsi rasa dan perasaan serta memaafkan walaupun kadang2 hati terluka, itulah yang telah menjadikan hidup saya terasa istimewa sekali. Kini, Kami akan menghabiskan sisa2 hidup ini berdua setelah berstatus pesara.

DIALAH YANG PERTAMA DIHATIKU DAN TERAKHIR...HINGGA KE AKHIR HAYAT...InsyaAllah!!!! Semoga Allah panjangkan lagi usia jodoh kami selagi kami hidup.
Kan saya dah kata, saya tetap setia pada yang satu, betul kan!!!

Terima kasih sudi membaca. Hanya doa ikhlas buat kebahgiaan kawan2 semua dari Tokma.