Sunday, October 25, 2009

ZZZZZZZZZZZZZZZZZ ....!!!!!

Adooiii...lama dah tertinggal jer blog nih.  Entah kenapa tak terpikir lak nak buat entri baru.  Agaknya dah kehabisan idea.  Masa pun kurang mengizinkan sekarang nih.

Rasa rindu gak nak berblogging....... nak borak2 ngan kengkawan pun tak ada peluang. Memang lah sekarang nih banyak aktiviti, aktiviti yang sangat menyenangkan dan melapangkan hati dan kepala.  Saban hari tak pernah jemu berceloteh....potpetpotpet....yang dilawan celoteh senyum dan gelak memanjang. Siapalah tak seronok...melihatnya senyumnya yang mekar tanpa 'pagar', isshhhh...satu masalah dalam kepala boleh keluar pergi entah kemana.  Biar badan penat lelah letih pun tak mengapa....tak terasa langsung, sampaikan tetiba jer terlelap dalam duduk pun tak perasan.  Hehehehehehehe....kekadang tuh kelakar lak memikirkannya...apa tidaknya boleh tido nih duduk diam tak gerak2. Tak lama pun aksi tu, rasanya seminit dua minit adalah agaknya.

Empunya badan dengan 'senyum tak berpagar' tuh pun tak banyak kerenah.....cukup masa makan, minum pastu tido.  Celik mata jer senyum lagi........haiiii....hati siapa tak hanyut dengan senyumannya.  Hah...bila dah bangun apa lagi...kena teruskan potpetpotpet ngan dia.  Tuh pasal ler kita nih dah lupa dengan hal2 lain.  Tapi bila 'senyum tak berpagar' tuh tak datang umah.....hmmmmmm....duti lain lak dah menanti untuk dilangsaikan.  Kita nih kan sekaligus surirumah sepenuh masa gak.

Sekali2 dapatlah jugak curi2 masa pi jengok2 blog kengkawan mana2 yang ada entri baru, nompang2 baca dan nengok2 gambar orang, gambar kueh, gambar kek.

Masa....lagi kita kejar lagi rasa tak sempat.  Dari itu tak payah susah2 diri berlari2 nak mengejar masa...relaks jer, mana sempat kita buat...tak habis nanti sambung lagi.  Yang dulu...kita dulukan...!!

See u all later....bye bye !!!



Inilah dia empunya 'senyum tak berpagar' tuh...!!!

Monday, September 28, 2009

DEKAT TAPI JAUH

JIRAN - bermaksud orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kediaman kita kan!!. Tak kira dekat atau jauh jaraknya asalkan tinggal dalam satu kawasan.

Sesaja jer lah nak sampaikan salam rindu kat jiran tokma nih.  Lama dah tak dengar kabar......hantar sms Selamat Hari Raya tak pulak dibalasnya.  Nak talipon segan rasanya....takut jiran tu sibuk.  Sejak mula puasa hari tu, langsung tak dengar kabar.  Kalau tak tu...pada hari2 biasa, rajin amat jiran tuh bertandang ke rumah tokma. Macamana pun tokma faham bila bulan puasa org yang menyandang jawatan utama 'Suri Rumah' akan berkejar2 pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.  Tokma sendiri pun hanya dapat ke dapur  selepas si comel Sara tu diambil ibunya jam 5.30 petang.  Mengalahkan orang bekerja di pejabat..........!!!!

Apalah kabar agaknya adik tokma tuh, sehat ke dia, sakit ke, tokma kira2 mesti jiran tu dah kembali bertugas semula.  Lagi sibuk lah agaknya.  Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati. Alahai  Jiran.....Jiran.......!!!!



Inilah dia 'jiran' tokma yang sibukkkkkkkkkkkkkkk sangat tu.  Manis dan mesra orangnya kan !!! Gambar tuh masa konvo dan tokma sedih sebab tak dapat bersama-sama meraikan hari bahagia dia.  Dah lah tuh....susah payah dia singgah ke rumah tokma berkongsi kegembiraannya.  Terharu tokma....langsung tokma abadikan fotonya.


Thursday, September 17, 2009

PERMATA YANG BERKILAU (cont'd)

Bukan hasrat untuk bermegah-megah, jauh sekalilah untuk merasa sombong atau riak kerana keluarga ku mempunyai beberapa permata yang berkilau.  Cuma apalah ada pada nama......khidmat dan  jasa  kepada  keluarga dan masyarakat... itu yang penting.

Tetapi adik yang seorang ini telah dihargai dan telah dikurniakan dengan anugerah pingat kebesaran oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.








Di samping bertugas sebagai seorang pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur beliau juga memegang jawatan Ketua Hal Ehwal Pelajar institusi berkenaan.

Hasratnya untuk mendidik semua anak bangsa menjadi orang yang berjaya khasnya anak-anak Melayu, beliau dengan ikhlas akan menghulurkan bantuan dengan apa cara sekali pun agar bakal-bakal pelajar mendapat tempat untuk menimba ilmu di institusi ini.

Semoga cita-cita adikku ini diberkati oleh Allah dan seterusnya sebagai sumbangan besar kepada bangsa dan negara Malaysia.  Aminnnnnn.............................!

Wednesday, August 5, 2009

SAYANGKU YANG KEJAUHAN

Bingkisan mesra dari 'anak seberang'


Dari dulu lagi kasih dan sayang Uul mama terima dengan hati yang terbuka. Sememangnya kasih itu tiada tepiannya. Malah tidak pernah terasakan bahawa kita dipisahkan oleh seluas lautan antara Nurul dan mama.

Jika diizinkan Allah....dan jika mama dipanjangkan usia, kita pasti dapat bertemu wajah.


Big hug !!! buat nurul juga.

Wednesday, July 29, 2009

ANTARA PERMATA YANG BERKILAU

"Adik yang seorang ini amat mementingkan disiplin. Disiplin dalam tuturkata, disiplin masa bekerja, disiplin di kalangan ahli keluarga, disiplin dalam memelihara sifat setiakawan dan berbagai2 lagi disiplin.........................."

ALAMAK.......!!!!!.......posting nih tak dpt nak diteruskan pulak. Problem gambar tak dapat nak 'load' kat lappy. Bila system ok pastinyer tokma selesaikan nanti.

HARAP MAAF........tergendala sementara...!!!!

Tuesday, July 21, 2009

KALAU SUDAH TAKDIR NAMANYA

Serasa belum selesai sedih dan hiba kerana ditinggalkan bonda pada 12 Julai 2009, kini Isnin 20 Julai 2009 jam 3.45 petang, kami menerima panggilan tel dari bapa saudara di kampung. Berita yang kami terima memang memilukan lagi. Emak saudara (adik bonda yang ke 3 yang kami panggil 'makcik') telah meninggal dunia juga.

Sebelum ini pun arwah makcik juga selalu sakit2, demam, selsema dan apa saja lah sakit kerana sudah tua. Menurut pakcik, selepas diberitahu berita 'pemergian' bonda, makcik terus tak mahu bercakap2. Makcik tak mahu makan, asyik termenung diam. Sudah ku minta agar pakcik dapat memilih masa yang sesuai untuk bagitau 'pemergian' bonda pada adiknya itu. Tapi apakan daya kita semua sesungguhnya tidak dapat menahan takdir Allah.

Sedih dan sugul keluarga kami makin bertambah. Namun kami redha. InsyaAllah.

Semoga 'arwah2' ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan solehah. Amin.

AL - FATIHAH


Wednesday, July 15, 2009

" WAHAI BONDA, IBU KANDUNGKU... "

Sebulan dua ni, JB adalah satu2nya destinasi yang paling kerap ku kunjungi. Tak kira hari atau waktu, kadang-kadang jam 1 pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur sekeluarga. Belum lagi adik beradik lain....ada ketika kami konvoi 3 atau 4 kereta, berkejar ke rumah abang untuk menziarah bonda yang sakit tenat.

Kami bergilir-gilir menjaga bonda di hospital. 3 hari 2 malam pakej buat ku. Penat, lesu, langsung tak tidor. Kadang-kadang mamai dibuatnya walaupun waktu siang hari. Bonda langsung sepicing pun tak dapat melelapkan mata kerana sakit yang amat sangat. Seluruh anggotanya diminta picit dan gosok. Walau sebiji telur yang telah setengah masak pun disuapkan, tak sampai 10 minit dimuntahkan semula. Hanya teh 'o' suam yang masuk seteguk2 kerongga tekak yang makin memerah. Hiba rasa hati melihatkan keadaan bonda yang makin mengecil tanpa daging. Dari hari ke hari bonda langsung tidak boleh bergerak. Simpati juga buat abang kandung yang telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan kesihatan bonda. Kakak ipar yang begitu cekal sabar dan pantas menyediakan semua keperluan bonda di rumah mahupun di hospital. Tak pernah berkira wang ringgit yang telah dicurahkan buat bonda. Semoga abang kandung dan kakak ipar dirahmati Allah selamanya dan dimurahkan rezeki sekeluarga.

Keadaan bonda tidak begitu memuaskan namun kehadiran bakteria dalam darahnya telah pun berkurangan. Walaupun telah pulang kerumah, rawatan lanjutan tetap abang teruskan. Kagum melihatkan kegigihan abang yang tidak pernah mengalah. Sebelum ini pun telah 5 kali bonda menjalani berbagai proses pembedahan. Pertama bedah lututnya yang sudah pecah, kedua jantungnya tersumbat, ketiga tulang punggungnya patah, lepas tu tulang belakang dan dua tahun yang lepas menjalani operasi usus. Melihat bonda terlantar sakit membuatkan badan ku pun rasa tak menentu. Menangis sentiasa dalam hati sambil berdoa agar bonda dapat segera sihat seperti sediakala. Rasa rindu pada senyuman bonda yang manis menawan dan sejuk melihatnya.

SELASA 7 Julai 2009, berita dari abang kandung amat memilukan. Abang kata, buah pinggang bonda sudah tidak berfungsi lagi. Jam 10 malam kami bergegas lagi ke JB. Badan bonda lemah sekali, lesu wajahnya. Makan melalui tiub yang dipasang masuk dari hidung terus ke perut bonda. Abang cadangkan buat rawatan dialisis, namun proses awal untuk membersihkan darah bonda amat tidak mengizinkan. BP bonda terlalu rendah dan akan menambah sakit yang amat sangat pada bonda. Daripada nasihat pakar runding perubatan, sememangnya tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Bonda juga tidak mahu lagi dibawa ke hospital. Bonda hanya ingin menghabiskan sisa2 hidupnya dirumah abang dan mahukan anak2nya semua ada disisinya sentiasa. Satu persatu anak2 dan cucu2, kepada mereka bonda tinggalkan pesan. Masing2 tak dapat menahan sebak. Mata semua memerah dan bengkak2 kerana menangis dalam diam2, takut bonda perasan yang mana pastinya akan menyusahkan hati bonda.

Kami semua telah redha apa saja yang berlaku dan telah ditakdirkan......dan berdoa agar bonda diringankan sakitnya. Siang dan malam kami menjaga bonda bergilir2. Tidor kami pun hanya tergolek di sekeliling tepi katil bonda saja. Asalkan dapat melelapkan mata walaupun 1 atau 2 jam sudah memadai. Seperti biasa kakak ipar tidak pernah rasa penat melayan semua makan minum dan keperluan kami selama tinggal dirumahnya. Makan kami tak pernah kurang dan sentiasa mengikut waktu. Mulianya hati kakak ipar seorang ini. Jasamu KakRose akan tetap ku kenang selamanya.

Hari KHAMIS, bonda langsung tak boleh minum...dikuatkan semangat, abang mencabut tiub dari hidung bonda. Namun begitu..drip tak sampai hati abang hendak menanggalkannya. Wajah abang bertambah muram. Seolah2 semua tangis dan airmatanya ditelan dalam2. Bonda tidak boleh mengenali wajah2 kesayangannya lagi. Adik2 dah tak dapat menahan hati, masing2 mencurah rasa yang sebak. Diriku sendiri tidak dapat berbuat apa2. Diam sambil merenung wajah lesu bonda. Ku cium tangan dan pipi bonda seadanya, minta dihalalkan susu dan segala makan minum yang telah disediakan bonda dari sejak kecil dan diampunkan segala dosa yang telah ku lakukan mahupun dosa yang tidak ku ketahui yang telah menyayat dan melukai hati bonda.

JUMAAT, bonda sudah tidak dapat berkata2. Terkunci mulutnya.....nafasnya turun naik terlalu berat. Setiap masa kami iringi bonda dengan Surah2 dari Al-Quran. Sejenak pun tidak mahu kami meninggalkan bonda, kami ingin menemani bonda sehingga kehujung nafasnya yang terakhir. Setiap kali usai solat kami berdoa:

" Ya Allah Ya Tuhan ku..Ampungkan segala dosa bondaku, kalau dengan izin kasih dan sayang Mu, ambillah bonda kami pergi ke alam Mu segera agar tamat siksa sakitnya ketika ini. Sesungguhnya kami redhakan pemergian bonda ke sisi Mu."

Berpelukan kami mengakhiri doa, mencurahkan segala yang terbuku dihati. Namun kemana perginya airmata ku. Adakah diriku ini kuat untuk menerima dugaan yang sebegitu berat, benar kah hatiku betul2 ikhlas dan redha untuk melepaskan bonda pergi buat selama2nya.


SABTU, seluruh anggota bonda menjadi sejuk, kaki dan tangannya makin membengkak disebabkan kedua2 buahpinggangnya yang tidak boleh berfungsi lagi. Kami bertujuh beradik bergilir membaca dan mengkhatamkan Al-Quran buat bekalan bonda. Sayu hati kerana bonda tetap masih berusaha mengikut kami mengaji bersama-sama.

Pagi AHAD, mata bonda langsung pejam rapat, turun naik nafasnya semakin lemah. Tarikan nafasnya panjang tapi lembut bila dilepaskan. Hati dan perasaan anak2 sekelilingnya semakin gusar.....setiap detik cemas dan bimbang. Bonda tetap kami awasi, kami bersihkan dirinya, salin kan bonda dengan pakai bersih. Semua itu kami anak2 perempuan lakukan dengan berhati2 dan perlahan2 sekali. Usai solat Maghrib....kami mengaji lagi dan terus mengaji.

Walau mata menatap helaian2 muka surat Al-Quran, wajah bonda tetap kami renungi. Jelas dapat ku lihat tiga nafas terakhir bonda. Sememangnya bekalan bonda di akhirat sudah melimpah ruah. Bonda tidak pernah meninggalkan solat. Solat2 sunat sentiasa mengiringi waktu. Diri bonda sepanjang masa dalam air sembahyang. Solat tidak pernah lewat walau terlantar sakit tetap dilaksanakannya sambil baring. Lembut selembut2nya bonda pulang kepangkuan Ilahi. " Dari Allah Kita Datang dan KepadaNya Juga Kita Kembali". Tepat jam 9.30 malam bonda meninggalkan anak2, cucu2 dan cicit2nya semua di dunia ini buat selama2nya.

Sanak saudara semua diberitahu, tidak ketinggalan juga rakan taulan yang rapat dengan keluarga kami. Abang segera berurusan dengan pihak2 yang sepatutnya. Tepat jam 3.30 pagi hari Isnin, jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk disemadikan. Kami sentiasa mengiringi kenderaan jenazah dibelakang. Kami semua berhenti solat Subuh di R&R Air Keroh dan menyambung perjalanan terus ke Surau Taman Permata. Itulah permintaan terakhir bonda agar dapat disemadikan di tempat bonda menghadiri kelas2 tauhid, kelas mengaji dan sebagainya. Juga disamping ramainya rakan2 yang amat sayangkan bonda.

5 orang anak perempuan bonda bersama-sama memandikannya. Jasad dan rohani bonda jelas bersih, putih dan suci. Tiada sekelumit pun kekotoran dari jasadnya. Wajah bonda seperti dalam tidor yang nyenyak. Selepas mandi bersih, bonda diusung oleh anak, menantu dan cucu2 ketempat mengkapan. Selesai kapan cepat2 sembahyang jenazah dilakukan. Ramainya kenalan sanak saudara yang datang mengiringi pemergian bonda hingga keliang lahat. Rakan2 dari pejabat juga sudi menjenguk untuk mengucapkan takziah dan sempat menghulurkan sedikit sumbangan. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Hairan dan pelik !!!....., kemana perginya airmata ku. Kenapa berat rasa dada ku menanggung perit atas kehilangan bonda yang amat ku kasihi. 4 hari sebelum bonda pergi, kepala berat dan sakit seakan migrin. Puas ku telan segala obat yang abang suakan. Kenapa airmata ku tidak mengalir sepertimana adikberadik lain. Bagaimana untuk ku luahkan kesedihan ini. Sampai bila kesedihan dan hiba hatiku dapat ku bendung. Boleh kah diriku yang lemah ini menjadi sekuat itu !!!!!!............!

" Ya Allah, Kau cekalkanlah hatiku dan semangatku. Sesungguhnya aku tidak akan tunjukkan kelemahan ku ini di hadapan adik2, abang2, kakak dan anak2ku. Agar dapat ku biarkan adik2ku mencurahkan airmatanya dibahuku ini. Bonda telah berpesan pada ku, jaga adik2 dengan baik, biar sentiasa berpakat jangan berpecahbelah. Cuba selesaikan apa saja masalah adik2 sekiranya ada. Apa saja tanggungjawab seorang ibu, bonda serahkan di bahu ku. InsyaAllah bonda, adik2 akan ku jaga seperti nyawaku sendiri...semoga bonda berbahagia bersama ayahanda di 'sana' dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan solihan."

AL - FATIHAH.....!!!!!



Thursday, May 7, 2009

AKHIRNYA.....!!!!

Seorang kawan dari USA pulang ke Malaysia buat beberapa minggu. Saya berkesempatan menjemput dan menjamu Nek dan beberapa lagi rakan2 blog di rumah.


Sudah dua bulan saya tidak menjengah kesini. Sejak awal Mac .... banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya.

Dalam kehidupan seharian setelah bersara....amat ketara perbezaannya antara wanita bekerja dan wanita surirumah sepenuh masa. Setakat ini...bahagia rasanya sentiasa bersama keluarga dirumah..melayan suami, melayan kerenah anak2, melayan keletah cucu yang sedang membesar, mengurus rumahtangga (memasak, mengemas, membasuh dan menggosok baju, menjaga bunga2 pasu di laman, membersih kolam ikan, mencuci rumah dan lain2 lagi). Masa saya dirumah sentiasa terisi dengan aktiviti2 yang sememangnya amat saya suka melakukan.

Dapatlah juga saya menjengah saudaramara yang telah lama tidak kami ziarah.



17 Mac 2009 - Tokpa menjalani operasi tukar kanta kedua2 belah mata di Klinik Mata OPTIMEX. Ini merupakan hadiah saya buat suami. Selepas menjalani operasi Tokpa perlu berehat dari melakukan kerja2 berat.....lindungi mata dari cahaya matahari yang kuat, sekurang2nya dua bulan untuk betul2 sembuh.





Dalam pada itu sempat juga belanja Nek lunch di Coliseum Cafe di Jalan TAR. Cafe nih famous dengan steak dia. Kerusi, meja, hiasan dinding semua sama seperti dulu. Sampaikan pelayan2 dia pun dah tua2...ada yang telah bekerja di situ selama 40 tahun. betul ke nek..40 tahun...terlupa lak tokma...nama dia Uncle Lee kan!!!)..sempat gak interbiu pakcik tuh.

Kenangan ...'before 11.00am tokma sampai'....ayat selalu bila nak amik nek di rumahnya sebelum jam 11.00 pagi...kalau kami nak keluar bila ada urusan. Lepas urusan rasmi, kami bershopping sakan. Seronok kan nek!!!

Tiba masa nek balik ke USA semula. Sedih2 jugak....nek sememangnya amat menyenangkan dan mudah mesra. Lagipun umur kami hampir2 jer...jadi kepala kami sama. Yang susah jadi mudah. Sebab saya ada masa lapang.....bersama2 tiny kami pergi sama2 ke KLIA menghantar nek pulang ke USA. Kalau kami sedih, nek tentunya lagi sedih kerna nak meninggalkan anak2 serta cucu yang sedang membesar.

Semoga kalau nek pulang lagi ke Malaysia.....panjang umur dapat bersua lagi.

Nek bersama anak2, menantu, kakak dan 2 orang cucunya.


Lepas tu...sibuk pulak saya dengan projek belibelah barang2 baby yang akan dilahirkan. Adik bongsu saya dijangkakan akan bersalin pada 1 Mei 2009. Pagi 27 April 2009 sepatutnya tarikh pemeriksaan, tapi sudah disuruh terus masuk labour room....sebab kandungan adik sudah @ labour stage. Selepas azan asar...baby girl lahir ke dunia. Alhamdulillah....ibu dah anak sihat.

Jam 9.00 pagi ke rumah adik untuk mandikan baby. Bantu adik apa yang patut. Basuh baju baby.....gosok baju baby yang sudah kering. Kalau cepat siap...saya akan bantu MIL adik masak dan kemas2 rumah. Sekarang nih adik tak ada maid....jadi saya rasa saya patut beri bantuan. Menjemput makcik urut dan menghantarnya pulang. Jam 1.00 petang baru balik rumah...sambung memasak pulak dan membuat kerja2 rumah yang lain.


Baru keluar dari labour room....masuk bilik 325 (Ampang Putri). Baby dinamakan NADA MAISARA BINTI MOHD RADHI --- Lahir - 27 April 2009 Isnin 4.40 petang


3 Mei 2009 - 'cukur jambul' Nada Maisara pulak....sebelum tuh seperti biasa...sibuk dengan persediaan buah tangan (bunga telur) dan lain2nya. Meriah sekali upacaranya dengan kedatangan para jemputan marhaban yang comel2 (kanak2 tahfis).


Buah hati 'ibu', 'babah' dan 'abang Imi'


Giliran 'ibu' mendoakan Nada Maisara menjadi anak yang soleh.


Kanak2 tahfis


Dugaan dari Allah tetap ada.....semoga kita lebih tabah dan sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Nya. 6 Mei 2009 seawal 7.30 pagi, saya dan adik terpaksa ke Ampang Putri semula sebab baby kelihatan terlalu kuning.

Selepas ujian darah...kuning baby tinggi (17.8) terus daftar masuk nursery. Kesian adik...baru 9 hari terpaksa berpisah dari baby. Menangis adik dibahu saya. Kata2 semangat adalah penting buat adik ketika ini. Zuriat yang ditunggu2 selepas 16 tahun, bayangkan sajalah perasaannya. Saya pun sedih....tapi saya mesti kuat untuk memberi semangat padanya agar bersabar.....dan redha menerima ujian dan dugaan Allah seadanya...!! Saya teman adik dari pagi hingga petang...sebab adik kena 'breathfeed' baby setiap 2 jam. Waktu malam....nurse beri susu tambahan sekiranya susu yang dah dipam habis.

Hari ini pun (7 Mei 2009) jam 10.00 pagi saya sudah ke Ampang Putri menemani adik. Keadaan baby bertambah baik...dari 17.8 turun ke 15.1. Pagi tadi sudah turun lagi ke tahap 12.3. Harap2 pagi esok akan turun lagi tahap bahaya kuningnya. Doktor pakar pun ada beri jaminan baby mungkin boleh dibawa pulang esok. Lega rasanya.

Baby dalam bilik nursery....saya snap gambarnya dari luar dinding cermin. Ibu saja yang dibenarkan masuk untuk menyusukan baby.


Monday, March 9, 2009

JURUGAMBAR CILIK

AFIF SYAKIR

Baru 4 tahun, bakatnya telah terserlah.
Lihat ajerlah gambar2 di bawah ini yang telah di 'snap' sendiri oleh Afif masa melawat Aqua Show di KLCC tempoh hari.

Tak ada peluang lansung buat tokma/tokpa pegang kamera, kalau nak ambil gambar dia ajer baru boleh. Lihat aksinya pun sudah menghiburkan...pandai bergaya depan kamera tak kekok langsung. Seronok lihat Afif berlari kesana kemari riang melihat ikan2 yang cantik2 tuh. Penat tokpa mengawasnya sebab merata dia berlari.....tak sabar nak 'snap' semua pic.

Alahai cucu....cucu....!!!! apa nak buat sabar jer lah tokpa tuh!!!


















Banyak lagi pic. yang diambilnya.....pokok2, rumput, kereta, toys, apa saja lah yang dia berkenan nak 'snap'. Bila download gambar dari kamera....serbanika...sampaikan corak kain, dinding rumah, batu2 kat rumah pun ada nih....puas kami fikirkan kat manalah Afif amik gambar tuh.

Dah besar nanti Afif nak jadi aper pun kami tak dapat menekanya lagi...kami cuma berdoa setiap hari agar Afif boleh menjadi seorang yang bijak bistari dan berjaya dalam hidupnya kelak.


Ikan2 koi yang satu nih jer bukan dari Aqua Show.....!!!

Sunday, March 8, 2009

THE POWER OF WORDS

Commitment
* You can't control the length of your life, but you can control its width and depth.

Destiny

* It is true that the present is coloured by the past.
It is also true we can choose the colours of the future.

Ingenuity
* Success doesn't come to you. You go to it.


Modesty

* The superior man is modest in speech, but surpassing in his actions.


Practicality

* Learn from your past, not live in it.


Reminiscence

* He who criticises is seldom forgiven.
He who encourages is seldom forgotten.

Strength

* Today's mighty oak is merely yesterday's little nut that managed to hold its ground.

Wealth

* People who are generous often attract wealth.

Wisdom

* You have built castle in the air. Now put foundations under them.

Wednesday, February 25, 2009

PROJEK SANTAI-SANTAI...!!!

Sebenarnya sudah lama projek nih dalam rancangan, cuma tiada kesempatan untuk melaksanakannya. Tapi, sejak dah bersara nih.....memang sudah punya terlebih-lebih masa pun agar impian menjadi nyata.

Jadi, hari Isnin lepas saya dan suami memulakan projek kami. Kerusi nih memang sudah berkarat2 merata2. Warna asalnya hijau kehitaman. Afif memang suka duduk bersantai sambil sarapan setiap pagi di meja besi nih. Budak2 ler katakan ..... sambil makan sambil bermain2 juga. Tak reti ler duduk diam setempat lebih dari 2 minit. Kita jadi penat nak bagi dia makan.....macamana pun ..... cucu ler katakan....ehem...ehem!!!

Hah...yang ini sudah pun dicat dengan cat tahan karat ........ kemerahan warnanya. Semua sekali 4 biji kerusi dengan satu meja bulat dapat kami siapkan mengecatnya dalam masa setengah hari. Nasib kami baik, sebab lepas mengecat tuh....hujan turun selebat2nya.

Hari Selasa, pagi2 lagi kami dah mula memeriksa kalau2 cat tahan karat sudah kering. Nampaknya projek kami boleh diteruskan....semua cat telah kering...sepatutnya kami perlu tunggu sampai 2 hari sekurang2nya untuk kerusi tuh betul2 kering catnya. Huhh!!...tengok tu tangan orang yang mengecat warna biru kelabu lak....tak sabar2 dah gamaknya. Sikit punya bulat2 dan dempak jer jari jemari dia mengecat.

Taraaaaaa!!!! dah siap sebuah kerusi.....bangga...amat2 ler bangganyer. Menitik peluh kita youuuu..!!!. Saya siap cat 2 buah kerusi, suami pun 2 buah kerusi juga......mejanya kami syer sama2 siapkan mengecat.

Berkongsi idea warna baru yang mau kami tukar, ke kedai cat sama2 ngan cucu sekali, kongsi kerja2 mengecat bersama2, suami check hasil kerja saya, saya check hasil kerja suami pulak, manalah tau kan, kalau2 terdapat mana2 yang tak kena cat...almaklum mata memasing sememangnya dah kelabu.

'Moral of the story'.......inilah detik2 yang amat menggembirakan hati seorang isteri....sentiasa di samping suami....susah senang tetap dipikul dan digalas bersama2.
Masa dua2 mood baik...senanglah, kekadang tuh bergaduh gak..merajuk dan masam2 muka. "Sedangkan lidah lagi tergigit"....tak gitu kan!!!!. Masa muda2 dulu...masing2 sibuk dengan mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Bukan senang untuk meraih kehidupan yang sebegini sekarang...banyak masa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

"Tuah ayam nampak di kaki......tuah manusia siapa yang tau"!!!!! Sekarang ini...memang saya rasa amat bertuah sekali dan teramatnya rasa bersyukur terhadap Ilahi kerana ...dot...dot...dot...!!!!! (sentiasa bersujud syukur).


Thursday, February 19, 2009

YANG PERGI vs YANG DATANG

Baru tadi lebih kurang jam 7.31 petang, abang ipar yang telah kematian isteri (arwah kakak saya) talipon memberitahu menantu sulongnya telah meninggal dunia. Suaranya saya dengar amat memilukan, merintih abang ipar saya sambil mengatakan bahawa 'dia dah tak der sesiapa untuk dia bergantung'. Hancur luluh hati saya mendengarnya dan hanya setakat mampu untuk mengucapkan berbanyak2 sabar kepadanya.

Atas permintaan abang ipar, saya berhubung dengan semua adikberadik sebelah keluarga saya memberitahu berita sedih nih. Suami anak saudara saya nih, setahu saya, tak pernah mengidap penyakit yang serious. Selepas solat Isyak kami terus ke rumah nya di Wangsa Maju. Dimaklumkan iaitu jenazah telah pun dibawa ke HKL untuk bedah-siasat. Abang ipar telah pun mengaturkan satu majlis membaca Yassin di rumah anaknya.

Saya dan dua orang lagi anak saudara lelaki (anak abang saya yang sulong), bertolak ke Jabatan Forensik, HKL buat menemankan Ajai (balu) atas urusan rasmi kematian arwah suaminya. Selain kami, ramai lagi jiran dan kenalan rapat arwah yang datang. Setengah jam selepas kami menunggu, Dr yang bertugas telah pun selesai dengan tugas 'post-mortem'. Menurut siasatan Dr, dinding pembuluh darah di luar jantung sebelah atas telah koyak pada tiga bahagian menyebabkan darah terlalu banyak masuk ke jantung. Jantung menjadi penuh dan tidak dapat berfungsi untuk mengepam darah keluar. Jantung penuh dan membesar dan terus terhenti. Kes pembuluh darah koyak jarang sangat berlaku. Hanya atas kadar 1% saja dari penyebab semua jenis kematian.

Belasnya hati saya melihat wajah anak saudara yang pucat lesi dan sabar mendengar semua penerangan dari doktor bertugas tadi.

Ajai memang isteri yang tabah. Airmatanya hanya mengalir lesu tanpa suara dan tanpa sedu sedan. Arwah suami meninggal pada usia 42 tahun. Dalam hatinya siapa yang tahu sengsara yang ditanggung dengan merenung masa depan yang masih kelam. Hanya saya amat terharu bila melihat dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan arwah. Yang sulong masih bersekolah (darjah 4) dan yang kecil cuma baru berumur 3 tahun, masih tidak mengerti apa2. Lebih sedih lagi anak saudara saya sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan dijangka melahirkan babynya pada awal bulan September 09. Hancur luluh hati saya lagi. Hati saya rasa semakin pedih memikirkan anak saudara dah tak der ibu tempat mengadu, sekarang pulak sudah tak der suami tempat bergantung hidup.

Jenazah masih lagi di Hospital....pihak hospital akan menguruskan semua proses dari memandikan jenazah langsung mengkapankannya. Van hospital akan menghantar jenazah terus ke rumah abang ipar saya pada jam 9.00 pagi esok untuk dikebumikan.

Semua dokumen yang berkaitan telah pun ditandatangani oleh anak saudara saya (balu) bagi memudahkan segala urusan pihak hospital esoknya. Selepas itu kami semua beredar pulang.

Jam 1.30 pagi tadi (19 Februari 2009) saya sampai di rumah semula. Mata nih sememangnya mengantuk tapi kalau minda masih berfungsi dan terus berfikir mengenangkan nasib anak saudara saya nih....bagaimana nak tidur.

Yang pasti saya pun mesti kuat dan bersemangat seperti anak saudara saya juga. HIDUP HARUS DITERUSKAN JUGA...!!!! Yang pergi tentunya tak akan kembali....yang pasti perlu hidup untuk menyambut kedatangan orang baru pada bulan September nanti.

Al-Fatihah buat arwah....!!!! Amin..!


Sunday, February 15, 2009

MAKHLUK ALLAH JUA

Dah lama tinggalkan blog, tak ada mood langsung nak buat n3. Lepas tarikh hari lahir aritu, terus demam bersulam batuk dan selsema. Aduhhhh.. mengong sekejap2. Dah lah tido tak cukup...badan lesu...hidung melecet asyik kena tenyeh ngan tisu. Solat pun bersulam penuh dengan munga2 batuk manja & hingus yang meleleh.............macamana pun, semoga amalan ku tetap diterima walaupun tak sempurna.

Hah...dah sihat sikit nih...rindu pulak nak menulis.


******************************************************************

Hari tu kerja seperti biasa. Tiada apa2 pun yang berbeza dari hari2 bekerja sebelumnya. Bila jam dah pukul 5.20 petang, memasing berlumba-lumba ke tandas, membuang apa yang patut dan mencuci semua yang kotor. Persediaan awal untuk pulang kerumah...kalau2 dalam perjalanan pulang nanti jalanraya sesak, kereta berderet2 tetiba nak ke toilet...tak haru dibuatnya. Mana nak cari tandas, mana nak parking kereta, mana nak keluar dari barisan jalan yang sesak tuh. Woiiii...nahas ler jawabnya.

Jam dah 5.30 petang...masih leka pulak mengadap pc. Sampai kawan tegur yang aku nih seorang pekerja yang paling baik. Issshhh mana aderrrrr! dah nak balik pulak idea berlumba2 keluar, jangan ler perli pulak. Mula berkemas ler jawabnyer kalau tak kena dussshhh2 lagi nanti. Alamak, ooiiii kawan...kita nak ke toilet dulu ler, leh tak!...heyyyy!!!! tengok kawan sengeh tak nampak gigi dah tuh...dengan segeranya memanjangkan langkah naik ke tingkat satu pergi toilet.

Tu dia berlumba2 ngan sorang minah cantik masuk toilet. Seelok saya nak konar ke kiri untuk laluan ke toilet wanita...seelok pulak minah cantik tuh konar masuk ke toilet. Mata saya terpandang pada betis kakinya yang putih gebu kulit Jepun, bunting padi tapi kurus kemas. Cantiknya minah nih, perfect, berdetik dalam hati. Minah tu pakai baju gaun kembang berwarna putih bersih tangan baju panjang, kain dari jenis lembut beralun. Ber'lining' membuatkan skirt dia melayang bila dia membelok kepintu toilet. Kasut tumit tinggi bertali warna sedondong. Rambut ikal mayang lembut melepasi bahu. Alamak tak nampak wajahnya pulak, mesti cantik jugak macam betis dia...hehehehehe mengalahkan lelaki. Betul tak tipu...kalau lelaki nengok sure 10 kali kata lawa.

Selang l/kurang 7/8 langkah saya juga dah membelok ke pintu toilet. Bilik kecik ada tiga...saya pilih yang tengah, sebab minah cantik tadi dah masuk bilik kecik tepi pintu masuk. Saya berkira2 kalau saya lengah2 sikit pasti saya dapat bertembung ngan minah cantik tuh, saja nak nengok wajah dia. Saya dah selesai business...minah nih tak kuar2 lagi...bunyi hos paip disangkut semula pada pemegangnya ajer yang saya dengar. Naper lak tak dengar bunyi pancuran air paip dan flush. Eh menyibuk pulak aku nih, gerutu dalam hati. Lengah2 lagi pulak saya cuci tangan lama2 sikit. Minah cantik nih lama lagi agaknya business dia.

Ehhhh senyap jer bilik kecik minah cantik nih. Tetiba jer perasaan rasa lain macam. Tak payah tunggu lah....mesti kawan tunggu lama kat bawah, nanti marah pulak nyonya tuh. Rasa ingin tau masih melekat di hati. Sambil tangan kanan menarik pintu keluar, tangan kiri gatal2 menolak pelan2 pintu bilik kecik minah cantik tadi. Hati manusia mesti nak busybody. Ehhhh.....daun pintu bilik minah cantik tak berkunci pulak. Wahhh.....dusssssssssssshhhhhhhhhh....jantung mengepam pantas darah naik ke muka. Sebab bila terkuak daun pintu......tak ada sesiapa pun di dalamnya. Apa lagi kaki saya memang dah melangkah keluar bilik toilet....tak cukup 7 langkah kini jadi 5 langkah dah sampai ke tangga turun tingkat bawah. Tak cukup kaki pontang panting berlari turun tangga. Sampai bawah saya paksa diri jadi tenang belagak macam tak ada apa2 yang berlaku. Tersengeh2 mengadap kawan yang dah gelisah menunggu. Saya minta maaf dan capai bagtangan, kami mula menapak melepasi 4 bangunan untuk ke tempat meletak kenderaan.

Sepanjang berjalan kaki ke kereta, masing2 tak bercakap.....sepatah kawan bertanya sepatah saya menjawab. Dalam kepala saya berlegar2 soalan2 cepumas yang tak mungkin terjawab. Tak kan lah mata saya kelabu sampai sekujur tubuh mongil depan saya dengan hanya jarak 7 langkah jer saya tak boleh bezakan yang sebenar2nya adalah sesuatu yang nyata. Fizikal belakangnya sememangnya jelas kelihatan.

Kalaulah sekiranya, minah cantik tu keluar toilet dulu, mesti pintu bilik berkeriot, dan tak kan lah telinga saya tak boleh mendengar bila dia keluar. Pintu bilik tandas wanita bangunan pejabat nih, bila dibuka akan tertutup rapat sendiri sampai berdentum bunyi dia. Al-maklum pejabat dah lama...segalanya dah berkarat, berbunyi2 sana sini. Masa saya nak keluar tuh, pintu bilik kecik minah cantik tuh masih bertutup rapat. Dengan best friend pun saya tak bercerita apa yang saya dah nampak.

Selepas dua minggu agaknya.....masa kami duduk2 lunch dalam pejabat, sorang kawan beritahu , pengawal2 yang bertugas malam selalu nampak berbagai2 *******......! kadang2 sampai demam2 dibuatnya pengawal tuh.

Alhamdulillah.....bagaimanapun saya amat rasa bersyukur, maha kaya Allah yang telah memberikan kesempatan pada saya untuk melihat perkara yang baik2 belaka. Sesungguhnya saya percaya memang ada makhluk lain selain dari manusia yang telah Allah jadikan untuk hidup bersama-sama di dunia maya ini. Wallahualam...amin!!!!!

Saturday, February 14, 2009

Saturday, January 24, 2009

Thursday, January 8, 2009

RUMAH CONTOH (SHOW UNIT)

Kisah ni berlaku pada tahun 2002, syarikat pemaju perumahan kami sedang rancak membangunkan salah satu projek di Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan respon yang terbaik dari bakal2 pembeli rumah yang akan dibina, rekabentuk, jenis rumah, harga jualan dan aspek2 lain adalah menjadi perkara wajib dan tugasan penting dalam penyelidikan kami. Kami mula mengumpulkan maklumat2 dan butir2 terpeinci dengan membuat lawatan kerumah2 contoh pemaju2 perumahan yang lain. Konsep pembangunan juga adalah menjadi keutamaan. Hari pertama kami dapat melawat 4 kawasan perumahan berlainan pemaju di sekitar Cheras, Puchong dan Subang Jaya. Hari kedua kami berpakat untuk ke daerah Shah Alam, Kelang dan Putrajaya.

Saya baru saja kebah dari demam 4 hari yang lalu, tentunya badan rasa penat dan cepat letih. Hidung masih lagi berdengung. Cuaca panas dan turun naik pajero (kenderaan pejabat) yang berhawa dingin amatlah tidak selesa bagi saya. Sampai di suatu kaw perumahan baru kami terus ke show village mereka. Kami menjadi pelakun-pelakun sementara. Show village yang ini amat tersusun, design rumah banglo dan rumah berkembar memang cantik2 dan berseni. Kami dibenarkan masuk ke rumah contoh berkenaan satu persatu dengan ditemani oleh pegawai jualan syarikat tersebut dan pakguard untuk keselamatan.

Saya tak berapa ingat rumah banglo yang mana satu, tiba2 jer...jantung berdenyut pantas, anak2 rambut dikepala tiba2 tegang, tak tau kenapa...saya cuma abaikan aja. Di fikiran mungkin saya akan demam semula kerana memang demam belum baik betul. Sebab terpegun dengan design rumah banglo tu kami bertujuh berlumba2 masuk untuk melihat sendiri susunan bilik2 tidur dan ruang2 rehatnya.

Sambil pegawai jualan menerangkan sesuatu, saya dan kawan2 berputar2 di ruang tamu. Sebuah papan yang berlubang2 sebagai pemisah ruang makan dan ruang tamu, dihias pulak dengan patung2 kayu kecil ala-Bali dicelah2nya. Sewaktu lalu ditepi papan tuh....saya nampak En. A**** memusingkan hala kedudukan salah satu patung kayu di situ.


Saya : "Hisssh...En. A**** nih, tangan tu cuba jangan gatal2 alih barang2 orang. Tengok2 jer ler."
Kwn 1 : "Ehh...mana lak En. A**** kak M****, En. A**** kan ada kat belakang kak M**** tuh ." (sambil muncungkan mulutnya ke arah belakang saya).
Saya : Terpinga2 lak. "Hahhh..."
Saya: "En. A**** tadi bukan ker kat situ, kat tepi papan tuh?!."
En A**** : "Saya dari tadi kat belakang akak, bila pulak saya kedepan sana...lorong ni kecik hah, akak sorang jer dah tak muat nak lalu." (sambil gelak2 kecil berseloroh kerana lihat saya dah tak mau senyum keletihan).
Saya : "Isshhh biar betul." dalam hati. "Ingatkan En. A**** tadi, agaknya budak2 lain kot macam En. A**** pulak tadi saya pandang. Hmmm...takperlah...not important..hehehehe!!!." Sompek tergolak laie.

Habis semua bilik tidur tingkat bawah dan tingkat atas kami jelajah. Yang perempuan suka tengok perabot2 yang dipamirkan dalam rumah2 contoh mereka. Ada yang sampai ribuan ringgit harganya. Saya amat tertarik dengan sebuah almari yang dihias dalam bilik tidur utama berbentuk empat segi bujur menegak. Terdapat banyak laci2 kecil sederet empat dari atas hingga ke bawah. Tiba2 dengan pantas jari2 saya menarik laci2 tuh dan menutupnya semula.

Saya : "Wah!!!...cantik nih..kalau simpan stokin, suar dalam, spender, jewelaries, kunci2, butang2 baju, pin2 ehhh...bagus nih. Boleh tanya mana dia orang beli. Berkenan pulak kak M****."
SWong : "Yes, you are....that's the first time I tengok u touched that furniture. Remember, we're not supposed to touch anything in show units, right!!."
Saya : "Alamak....can't help it....sorry nyonya." (SWong tu kawan baik saya berbangsa Cina yang saya panggil 'nyonya').

Sepanjang perjalanan balik, badan dah rasa seram2 sejuk....'ish demam aku ni datang balik ker ' (berkata2 dalam hati). Dalam perjalanan pulang kerumah petangnya.....rasa miang disebelah belakang badan. Terkial2 gak ler mana nak garu belakang, mana nak memandu. Sampai rumah terus mandi, sembahyang Maghrib dan Isyak.

Malamnya saya betul2 tak boleh tidor. Tengah belakang saya rasa perit dan pedih seperti kena cili gamaknya. Pijar tak tentu arah. Suruh hubby tolong sapukan minyak angin di kedua2 belah belikat. Agaknya terlalu penat mama nih...kata hubby. Agaknyalah kerana dua hari berturut2 kami keluar site visit. Cuba gak lelapkan mata.....dapatlah terlelap 2 jam...saya terjaga sebab belikat saya bertambah pedih bagai dicakar2 rasanya. Seksanya rasa nak tunggu pagi untuk ke klinik. Kesian hubby....dilapnya belakang saya dengan detol, katanya mungkin kuman...tu sebab miang semacam. Bukan makin lega...malah makin pedih. Rasa2 kulit belakang saya dah tersiat melecet tapi hubby kata tak nampak pun berdarah atau kulit belakang bercalar. Sabar jer lah....!!! Kalau saya menelentang bertambah pedih seperti baring atas beribu2 jarum. Mengelasar saya setiap saat....duduk salah, berdiri salah, tidor pulak lagi salah...bertambah pedih dan pijar. Ya Allah...apa pulak petaka yang aku terima kali ini.

Sepanjang jalan ke klinik...dah tak boleh duduk diam dalam kereta...saya jadi cepat marah. Menyandar pun tak boleh...belakang makin pedih. Hubby lambat bawa kereta saya jerit tiba2 suruh laju lagi. Mulut saya tak boleh diam, "aduhhhh adoiiiii....!!!." Berbagai ayat suci Al-Quran saya baca....leka membaca walaupun pedih, rasa ringan seketika.

Di klinik, Dr. checked gitu2 jer....sebab dia tak nampak pun calar2 atau lebam2 kat belakang saya. Warna kulit belakang langsung tak ada kesan merah melecur pun, kata Dr. Tapi Dr bagi jugak pil tahan sakit dan pil demam lagi. Saya balik dengan hati sebal jer. MC hari tu. Malam kedua gitu gak...bagai nak tercabut kulit saya tenyeh ke dinding.

YANG TERSANGATLAH PELIKNYA...KENAPA SAYA BARU TERASA SEPERTI ADA BEBAN BERAT TERGALAS DI BELAKANG SAYA.


(Selepas dari ini, sekiranya ada pembaca yang merasa ragu2 dan menganggap saya mereka-reka atau mengadakan cerita saja....sila maafkanlah saya dan harap anda tidak terus membacanya, berhenti sajalah setakat ini adalah lebih baik dari menjadi fitnah ke atas diri saya - seorang insan dan hamba Allah yang lemah)


Sehingga saya menangis teresak2....baru saja saya terfikir untuk bercakap dengan mak....mengadu pada mak masalah saya. Kenapa saya boleh terlupakan mak. Perlahan-lahan mak suruh saya cerita bagaimana masalah ini boleh berlaku atas diri saya. Saya bagitau sama seperti yang di atas dari A to Z. Mak pesan esok pagi2 datang jumpa mak dan bawa sekali telekong yang sudah saya gunakan hari2 buat sembahyang ketika itu.

Sudah 2 malam saya tidak boleh tidor, saya berjaga hingga subuh menahan sakit...selepas sembahyang subuh....saya terus ke rumah adik bongsu (mak tinggal bersama adik masa tu). Saya langsung menangis dalam pelukan mak. Mak bersuara dengan lembut menyuruh saya bersabar dan mengambil wuduk. Kami baca surah Yassin bersama-sama. Sehabis ayat terakhir...mak suruh saya duduk berlunjur. Sakit pedih belikat saya tetap tidak berkurangan malah menjadi2 seperti kena sebat dengan pedati yang tajam2 dan berduri2. Mak memegang Al-Quran dan mula membaca beberapa kali ayat2 yang saya rasa sudah mak tanda2kan untuk kemudahan rujukan. Sehabis membaca ayat2 dari Al-Quran....telekong saya mak pegang satu penjuru dan mula mengebas belakang saya. Mula2 perlahan dan lembut....tapi kemudian lebih kuat hingga saya mengeliat kesakitan. Bayangkan disesah dengan kain kapas. Mak berhenti seketika dan mula sesah belakang saya semula. Seingat saya mau 4 atau 5 kali mak buat begitu berulang2. Lepas tu, mak usap2 belakang dan belikat saya yang sakit. Selesai tugas mak, mak suruh tidor sebentar dan berehat. Hari itu hubby tolong taliponkan saya EL satu hari. Lama jugak saya tidor hingga ke Zohor baru mak kejutkan untuk solat. Mak diam saja tak cakap apa2 mahupun untuk memberitahu saya apa masalah saya, seperti yang mak mengerti. Tetapi ternyata pedih belakang saya makin berkurangan. Alhamdulillah....!!!!! bersujud syukur atas masalah saya yang semakin kurang.

Masa saya nak tidor......antara terlena dengan jaga (bukan bermimpi) itu saya amat pasti...saya terbawa berada dalam sebuah rumah, tak tau di mana : saya melihat (hanya bayang2 hitam) seorang perempuan muda tinggi lampai lagi langsing....berpakaian seperti potongan kebaya labuh dari jenis kain paling lembut beralun. Rambut kemas bersiput satu dan bercucuk sanggul tegak di atas kepalanya yang cantik bulat bentuknya. Perempuan itu bergerak dengan melayang lembut. Gerak lakunya amat lemah gemalai sekali. Subhanallah!!!!!! betapa cantiknya perempuan tuh. Walaupun cuma bayang2nya tapi dapat saya lihat raut dan bentuk wajah nya yang licin menyerlahkan lagi kelembutan dan keayuan perempuan tuh. Tiba2 saya rasa seram...saya lihat disekeliling perempuan lembut tuh...beberapa ekor binatang hitam yang seperti berkawal melindungi perempuan tuh. Ganjil betul rupa dan bentuknya. Kaki dan tangannya sama panjang, berkuku tajam bengkok, badannya pendek, telinganya panjang menjulur ke atas, matanya merah saga, seluruh badannya berbulu2 tetapi tajam seperti jarum. Tiba2 saya teringatkan sesuatu......dalam hati saya berkata "Maafkanlah saya...saya manusia biasa yang juga hamba kepada ALLAH yang Esa." Seketika kemudian terasa seperti diri saya melayang ringan dan terus tersedar.

Esoknya saya hubungi mak dan bercerita semua yang saya lihat pada mak. Mak hanya menjawab, "kalau dah tau tak payah lah mak terangkan." Tambah mak lagi, "Lain kali kalau ketempat orang yang kita tak kenal, berilah salam terlebih dulu."

Oh yer....betullah pesan mak...baru saya teringat kejadian 4 hari lepas. Kejadian2 yang saya alami sememangnya berkait-kait. Wallahualam....!!!!

INI BUKAN CERITA REKAAN, YANG SEBENAR2NYA TERJADI ATAS DIRI SAYA....SEBAB SAYA YANG MENANGGUNG PEDIHNYA......!!!!!