Thursday, January 8, 2009

RUMAH CONTOH (SHOW UNIT)

Kisah ni berlaku pada tahun 2002, syarikat pemaju perumahan kami sedang rancak membangunkan salah satu projek di Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan respon yang terbaik dari bakal2 pembeli rumah yang akan dibina, rekabentuk, jenis rumah, harga jualan dan aspek2 lain adalah menjadi perkara wajib dan tugasan penting dalam penyelidikan kami. Kami mula mengumpulkan maklumat2 dan butir2 terpeinci dengan membuat lawatan kerumah2 contoh pemaju2 perumahan yang lain. Konsep pembangunan juga adalah menjadi keutamaan. Hari pertama kami dapat melawat 4 kawasan perumahan berlainan pemaju di sekitar Cheras, Puchong dan Subang Jaya. Hari kedua kami berpakat untuk ke daerah Shah Alam, Kelang dan Putrajaya.

Saya baru saja kebah dari demam 4 hari yang lalu, tentunya badan rasa penat dan cepat letih. Hidung masih lagi berdengung. Cuaca panas dan turun naik pajero (kenderaan pejabat) yang berhawa dingin amatlah tidak selesa bagi saya. Sampai di suatu kaw perumahan baru kami terus ke show village mereka. Kami menjadi pelakun-pelakun sementara. Show village yang ini amat tersusun, design rumah banglo dan rumah berkembar memang cantik2 dan berseni. Kami dibenarkan masuk ke rumah contoh berkenaan satu persatu dengan ditemani oleh pegawai jualan syarikat tersebut dan pakguard untuk keselamatan.

Saya tak berapa ingat rumah banglo yang mana satu, tiba2 jer...jantung berdenyut pantas, anak2 rambut dikepala tiba2 tegang, tak tau kenapa...saya cuma abaikan aja. Di fikiran mungkin saya akan demam semula kerana memang demam belum baik betul. Sebab terpegun dengan design rumah banglo tu kami bertujuh berlumba2 masuk untuk melihat sendiri susunan bilik2 tidur dan ruang2 rehatnya.

Sambil pegawai jualan menerangkan sesuatu, saya dan kawan2 berputar2 di ruang tamu. Sebuah papan yang berlubang2 sebagai pemisah ruang makan dan ruang tamu, dihias pulak dengan patung2 kayu kecil ala-Bali dicelah2nya. Sewaktu lalu ditepi papan tuh....saya nampak En. A**** memusingkan hala kedudukan salah satu patung kayu di situ.


Saya : "Hisssh...En. A**** nih, tangan tu cuba jangan gatal2 alih barang2 orang. Tengok2 jer ler."
Kwn 1 : "Ehh...mana lak En. A**** kak M****, En. A**** kan ada kat belakang kak M**** tuh ." (sambil muncungkan mulutnya ke arah belakang saya).
Saya : Terpinga2 lak. "Hahhh..."
Saya: "En. A**** tadi bukan ker kat situ, kat tepi papan tuh?!."
En A**** : "Saya dari tadi kat belakang akak, bila pulak saya kedepan sana...lorong ni kecik hah, akak sorang jer dah tak muat nak lalu." (sambil gelak2 kecil berseloroh kerana lihat saya dah tak mau senyum keletihan).
Saya : "Isshhh biar betul." dalam hati. "Ingatkan En. A**** tadi, agaknya budak2 lain kot macam En. A**** pulak tadi saya pandang. Hmmm...takperlah...not important..hehehehe!!!." Sompek tergolak laie.

Habis semua bilik tidur tingkat bawah dan tingkat atas kami jelajah. Yang perempuan suka tengok perabot2 yang dipamirkan dalam rumah2 contoh mereka. Ada yang sampai ribuan ringgit harganya. Saya amat tertarik dengan sebuah almari yang dihias dalam bilik tidur utama berbentuk empat segi bujur menegak. Terdapat banyak laci2 kecil sederet empat dari atas hingga ke bawah. Tiba2 dengan pantas jari2 saya menarik laci2 tuh dan menutupnya semula.

Saya : "Wah!!!...cantik nih..kalau simpan stokin, suar dalam, spender, jewelaries, kunci2, butang2 baju, pin2 ehhh...bagus nih. Boleh tanya mana dia orang beli. Berkenan pulak kak M****."
SWong : "Yes, you are....that's the first time I tengok u touched that furniture. Remember, we're not supposed to touch anything in show units, right!!."
Saya : "Alamak....can't help it....sorry nyonya." (SWong tu kawan baik saya berbangsa Cina yang saya panggil 'nyonya').

Sepanjang perjalanan balik, badan dah rasa seram2 sejuk....'ish demam aku ni datang balik ker ' (berkata2 dalam hati). Dalam perjalanan pulang kerumah petangnya.....rasa miang disebelah belakang badan. Terkial2 gak ler mana nak garu belakang, mana nak memandu. Sampai rumah terus mandi, sembahyang Maghrib dan Isyak.

Malamnya saya betul2 tak boleh tidor. Tengah belakang saya rasa perit dan pedih seperti kena cili gamaknya. Pijar tak tentu arah. Suruh hubby tolong sapukan minyak angin di kedua2 belah belikat. Agaknya terlalu penat mama nih...kata hubby. Agaknyalah kerana dua hari berturut2 kami keluar site visit. Cuba gak lelapkan mata.....dapatlah terlelap 2 jam...saya terjaga sebab belikat saya bertambah pedih bagai dicakar2 rasanya. Seksanya rasa nak tunggu pagi untuk ke klinik. Kesian hubby....dilapnya belakang saya dengan detol, katanya mungkin kuman...tu sebab miang semacam. Bukan makin lega...malah makin pedih. Rasa2 kulit belakang saya dah tersiat melecet tapi hubby kata tak nampak pun berdarah atau kulit belakang bercalar. Sabar jer lah....!!! Kalau saya menelentang bertambah pedih seperti baring atas beribu2 jarum. Mengelasar saya setiap saat....duduk salah, berdiri salah, tidor pulak lagi salah...bertambah pedih dan pijar. Ya Allah...apa pulak petaka yang aku terima kali ini.

Sepanjang jalan ke klinik...dah tak boleh duduk diam dalam kereta...saya jadi cepat marah. Menyandar pun tak boleh...belakang makin pedih. Hubby lambat bawa kereta saya jerit tiba2 suruh laju lagi. Mulut saya tak boleh diam, "aduhhhh adoiiiii....!!!." Berbagai ayat suci Al-Quran saya baca....leka membaca walaupun pedih, rasa ringan seketika.

Di klinik, Dr. checked gitu2 jer....sebab dia tak nampak pun calar2 atau lebam2 kat belakang saya. Warna kulit belakang langsung tak ada kesan merah melecur pun, kata Dr. Tapi Dr bagi jugak pil tahan sakit dan pil demam lagi. Saya balik dengan hati sebal jer. MC hari tu. Malam kedua gitu gak...bagai nak tercabut kulit saya tenyeh ke dinding.

YANG TERSANGATLAH PELIKNYA...KENAPA SAYA BARU TERASA SEPERTI ADA BEBAN BERAT TERGALAS DI BELAKANG SAYA.


(Selepas dari ini, sekiranya ada pembaca yang merasa ragu2 dan menganggap saya mereka-reka atau mengadakan cerita saja....sila maafkanlah saya dan harap anda tidak terus membacanya, berhenti sajalah setakat ini adalah lebih baik dari menjadi fitnah ke atas diri saya - seorang insan dan hamba Allah yang lemah)


Sehingga saya menangis teresak2....baru saja saya terfikir untuk bercakap dengan mak....mengadu pada mak masalah saya. Kenapa saya boleh terlupakan mak. Perlahan-lahan mak suruh saya cerita bagaimana masalah ini boleh berlaku atas diri saya. Saya bagitau sama seperti yang di atas dari A to Z. Mak pesan esok pagi2 datang jumpa mak dan bawa sekali telekong yang sudah saya gunakan hari2 buat sembahyang ketika itu.

Sudah 2 malam saya tidak boleh tidor, saya berjaga hingga subuh menahan sakit...selepas sembahyang subuh....saya terus ke rumah adik bongsu (mak tinggal bersama adik masa tu). Saya langsung menangis dalam pelukan mak. Mak bersuara dengan lembut menyuruh saya bersabar dan mengambil wuduk. Kami baca surah Yassin bersama-sama. Sehabis ayat terakhir...mak suruh saya duduk berlunjur. Sakit pedih belikat saya tetap tidak berkurangan malah menjadi2 seperti kena sebat dengan pedati yang tajam2 dan berduri2. Mak memegang Al-Quran dan mula membaca beberapa kali ayat2 yang saya rasa sudah mak tanda2kan untuk kemudahan rujukan. Sehabis membaca ayat2 dari Al-Quran....telekong saya mak pegang satu penjuru dan mula mengebas belakang saya. Mula2 perlahan dan lembut....tapi kemudian lebih kuat hingga saya mengeliat kesakitan. Bayangkan disesah dengan kain kapas. Mak berhenti seketika dan mula sesah belakang saya semula. Seingat saya mau 4 atau 5 kali mak buat begitu berulang2. Lepas tu, mak usap2 belakang dan belikat saya yang sakit. Selesai tugas mak, mak suruh tidor sebentar dan berehat. Hari itu hubby tolong taliponkan saya EL satu hari. Lama jugak saya tidor hingga ke Zohor baru mak kejutkan untuk solat. Mak diam saja tak cakap apa2 mahupun untuk memberitahu saya apa masalah saya, seperti yang mak mengerti. Tetapi ternyata pedih belakang saya makin berkurangan. Alhamdulillah....!!!!! bersujud syukur atas masalah saya yang semakin kurang.

Masa saya nak tidor......antara terlena dengan jaga (bukan bermimpi) itu saya amat pasti...saya terbawa berada dalam sebuah rumah, tak tau di mana : saya melihat (hanya bayang2 hitam) seorang perempuan muda tinggi lampai lagi langsing....berpakaian seperti potongan kebaya labuh dari jenis kain paling lembut beralun. Rambut kemas bersiput satu dan bercucuk sanggul tegak di atas kepalanya yang cantik bulat bentuknya. Perempuan itu bergerak dengan melayang lembut. Gerak lakunya amat lemah gemalai sekali. Subhanallah!!!!!! betapa cantiknya perempuan tuh. Walaupun cuma bayang2nya tapi dapat saya lihat raut dan bentuk wajah nya yang licin menyerlahkan lagi kelembutan dan keayuan perempuan tuh. Tiba2 saya rasa seram...saya lihat disekeliling perempuan lembut tuh...beberapa ekor binatang hitam yang seperti berkawal melindungi perempuan tuh. Ganjil betul rupa dan bentuknya. Kaki dan tangannya sama panjang, berkuku tajam bengkok, badannya pendek, telinganya panjang menjulur ke atas, matanya merah saga, seluruh badannya berbulu2 tetapi tajam seperti jarum. Tiba2 saya teringatkan sesuatu......dalam hati saya berkata "Maafkanlah saya...saya manusia biasa yang juga hamba kepada ALLAH yang Esa." Seketika kemudian terasa seperti diri saya melayang ringan dan terus tersedar.

Esoknya saya hubungi mak dan bercerita semua yang saya lihat pada mak. Mak hanya menjawab, "kalau dah tau tak payah lah mak terangkan." Tambah mak lagi, "Lain kali kalau ketempat orang yang kita tak kenal, berilah salam terlebih dulu."

Oh yer....betullah pesan mak...baru saya teringat kejadian 4 hari lepas. Kejadian2 yang saya alami sememangnya berkait-kait. Wallahualam....!!!!

INI BUKAN CERITA REKAAN, YANG SEBENAR2NYA TERJADI ATAS DIRI SAYA....SEBAB SAYA YANG MENANGGUNG PEDIHNYA......!!!!!


18 comments:

Unknown said...

Salam Tokma...:-)

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2009 Tokma...:-)

Waahhhh,romantis sangat Tokma nih...gambar sekuntum mawar merah lagi kat main page blog Tokma ni..:-) Romantikkk gitu...:-)

all the best Tokma...jaga diri ye...:-)

P/S:I love you very much too..hehehe...:-)

iina said...

Tokma

Pada saya benda-benda bukan suatu yang mustahil.. kadang orang mungkin kata tahyul.. tapi cam akak katalah hanya mereka yang pernah alami sahaja yang rasa..

Alhamdullilah tokma dah ok sikit.. tapi betullah kata mak tokma.. lagipun kita tak berniat jahatpun..

Teringat saya pernah rasa ditolak sewaktu nak pulang ke rumah waktu maghrib lepas kelas petang tu (kebetulan bangunan tu baru kami duduki beberapa minggu jek).. smpi kaki sebelah terpelesok ke dlm longkang.. nasib mlm tu saya p jumpa sorg kwn kebetulan sebab hati saya cam xsedap jek.. dia yg bgtau apa yg dia nmpk ikut saya blik mlm tu.. seram sejuk kejap saya mlm tu juga.. ;)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam tok ma
Seram sejuk saya baca kisah Tok Ma ni, masa kecil dahulu saya masih ingat Tok Ma, datuk dan nenek saudara saya ramai yang tukang ubat. Saya melihat sendiri bagaimana mereka merawat pesakit yang diubat. ada yang terjerit kesakitan, ada yang menangis dan magicnya..selepas diubat dengan mengibas daun2 atau kain ke atas tubuh pesakit. Pesakit akan baik dan senyap. Masa tu saya terfikir..wah hebatnya situkang ubat dan tidak pernah terfikir itu adalah semua kuasa ALLAH.
Apa yang terjadi semuanya kuasa ALLAH. ALLAH yang mahu menduga Tok Ma sehingga jatuh sakit, ALLAH juga yang memberi sedikit kelebihan kepada Mak Tok Ma untuk mengubati Tok Ma (sebenarnya kasih sayang emak Tok Ma yang menyembuhkan tok ma kan?). Sejak kecil dahulu dah biasa sangatlah..tgk benda2 nilah tok ma. Saya percaya apa yang tok ma ceritakan. Cuma kalau dahulu saya tak kisah langsung pun orang cakap ada hantulah..ada harimau besar depan rumah sayalah. Bahkan saya pernah bermalam dalam hutan tanpa raas takut pun...
Tapi bila meingkat dewasa, sudah tahu sebenarnya ada makhluk ALLAH selain daripada manusia..saya dah mula takut...he.he.he seram dan meremang bulu roma dengar cerita ini!

zureen @ mama said...

Asasalamualaikum tok ma..menarik betul membaca cerita kat sini..boleh dibuat sebagai ingatan dan panduan.

ladylikeme said...

salam tok ma..

menarik jugak kisah tok ma nie yerkk..rupanya banyak pengalaman tok ma nie...leh la kongsi2 ngan kami,leh jugak watpanduan dan pedoman kan..kan..kan...

Suzi said...

salam tokma...lama sungguh rasanya tak ke sini...harap tokma sihat2 aje. Cerita mcm ni mungkin ada yg tak percaya tapi bg saya segalanya mungkin...ada pengajaran dan ikhtibar sebaliknya tu..tq tokma berkongsi cerita ni....

maza said...

erk! maza tak terkata apa...

nasib baik ada mak tokma dan dia pandai serba sikit..

alhamdulillah tokma dah pulih!

http://mazaaida.blog.friendster.com

suara said...

Salam tokma...
Syukurlah kerana dugaan itu hanya sementara. Segalanya kembali pulih dgn izinNya.

Tie said...

Betul laa tu.. Kalau ke tempat asing, kekadang lupa nak beri salam...

Baru teringat, kaki dah berminggu2 sakit..macam pedih tapi tak de luka..memang pelik. Puas bubuh minyak panas tapi tak de kesan. Tapi, Tie tak ingat pulak kiranya ke tempat2 pelik..Hmm..mungkin kena ikhtiar macam tokma tu..mana tahu ada sebab tertentu..

maza said...

Tokma - tetiba aje maza nak kongsi lagu nie dgn Tokma..

http://mazaaida.blog.friendster.com/2007/07/saat-saat-akhir/

eh silap

http://www.youtube.com/watch?v=uMTtgelxBg8&feature=related

mesti mendayu2, menyengat2 hati oooo

aderkkk

huhuhuhu

baggie said...

Hello Tokma,

Wow, u really had plentiful of experiences with the unknown. To me, I think the selective people like you yourself are the special ones that God himself chose. There's a reason to it why He does it, to guide the others.

Your hair raising stories have always been scary to me yet I've learnt alot from them. I am glad that you're truly well now and am looking forward for more guidance in future from you. *hugs*

Evie

pB said...

Salam Tok Ma


seram pulak pB baca story Tok Ma nie.

Yang pasti , benda itu ada ....

MARIA said...

FAIZA
Faiz selalu jaga diri ya....tokma love u too very much!!!



IINA
Salam iina....masa kena tuh, rasa macam nak tercabut, rasa tersiat2 kulit belakang bukan main pedih lagi..seperti nak roboh memikul. Kita yang merasa kita tau keadaannya. Sakit tak nampak memang pelik kan iina. Hingga sekarang ni pun akak sentiasa berpandukan ayat2 AlQuran..ada yang mak ajarkan, itupun mak dapat ilmu dari kelas2 mengajinya disurau dari tok2guru agama. Dapatlah akak gunakan buat anak2 dan cucu, semoga kita sentiasa beringat. Sesungguhnya ada makhluk lain yang Allah jadikan yg hidup bersama2 dimukabumi ini.



NORHAYATI BERAHIM
Salam NB, betul tuh NB...cuma semangat kita jer mesti kuat. Masa tu tokma belum sihat sepenuhnya dari demam, perasaan dan semangat diri pun masih lemah, jadi senang ajerlah nak menempek dekat kita. Tokma nih jenis yang keras hati gak NB..mungkin itu sedikit dari ujian Allah. InsyaAllah dapat laluinya dengan tabah walaupun amat menyiksakan.

Sebenarnya ada beberapa perkara pelik lagi yang berlaku. Akan tokma kongsi jugak nanti.



ZUREEN
Terima kasih kerana menganggap kisah tokma menarik pada zureen. Kalau sudi singgahlah selalu nanti akan ada lagi kisah benar tokma.



LADYLIKEME
salam dan dah lama tak bertanya kabar ngan ladylikeme...semoga sekeluarga sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu. Pengalaman tokma tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain yg telah melalui lebih dari itu tapi kita tak tau.



SUZI
Terima kasih kerana sudi mendengar kisah tokma. Apalah ada pada pengalaman yang sedikit tuh suzi...!!!



MAZA
Tokma sememangnya amat bertuah sekali kerana mempunyai mak sehingga kini. Walaupun tak sihat mak masih kuat semangatnya dan masih mengambil berat hal anak2.



SUARA
Alhamdulillah...semuanya selamat.



TIE
Itulah tie....peringatan buat kita semua, sekiranya kita berada ditempat2 yang terlalu asing...seeloknya kita memberi salam terlebih dahulu.



MAZA
Ooiii merdunya layu tuh...tima kasih maza....i love it.



EVIE
Sit tide...another scary stories coming soon next. Love u too.



PB
Rasa takut tu memang ada pada setiap manusia. Apalagi tokma...semangat jer ni kental. Hehehehehe..tunggu jer ler ada lagi nak story soon.

Mak Su said...

aiyo TokMa, saspennyer... nasib baik ada jalan nak recover balik, betul tu, bagi salam, tempat baru :)

kamar hati said...

aduhai....makin seram citer tokma ni...semoga apa yg terjadi dapat dijadikan pengajaran pada kita semua...

citer seram kamar tak sempat lagi nak publish....tgk la dlm entry yg akan datang....

* tokma, send no fon tokma pada kamar....no aritu dah lesap sekali ngan hp...hp rosak....send yer... (",)

Kak Long said...

saya pun pernah melaluinya....jadi saya percaya cerita akak

zarra bakar said...

tokma...
tada yg mustahilnya tokma.pernah seorang alim bagi tau zara...kdg2 benda2 tuh ada dekat2 dgn kita...cuma kita jer tak nampak.ekceli insan terpilih je yg berkesempatan nampak...

zara pun penah alami few kejadian anih...nantila kita share bersama ye...MISTERI NUSANTARA...hehehehe

Intan said...

Salam Tok Ma,

Dah lama x singgah sini... rindu bangat dgn Tok Ma.

Cerita Tok Ma ni boleh dijadikan panduan bersama.

Thanks for sharing!

:D