Saturday, June 19, 2010

Kisah seterusnya di PD...!!

Lepas sarapan pagi....kami terus menuju ke pantai yang putih bersih, pasirnya halus bila berjalan pun tenggelam2 kaki sebab terlalu lembut dan jelus pasir tu.  Tokma ngan MakOder duduk bawah pokok jadi pemerhati anak2nya dan cucu kami berenang.


Mula2 main ngan ombak di gigi air pastu berendam sampai tak mo balik



Air laut pasang waktu ni......puas mereka berendam.  Pukul 12.30 thr kami beransur sebab matahari dah tegak.....bahang panasnya dah terasa.  Kami beli bungkus dan bawa balik makan di bilik.  Lepas makan masing2 landing kepenatan.  

Dah janji ngan afif nak bawak dia main sliding......6 petang tokma ajak afif main di bawah sekejap..sebab dah janji.  Memang cucu tokma nih seronok sangat.....lihatkan air muka dia pun gembira sesangat.



Malamnya kami pegi dinner di Pantai Tanjong Gemuk.  Menu ikan siakap steam, sotong goreng, kerang rebus, kailan ikan masin, tomyam.....memasing kenyang tak terkata.  Balik terus tido.

Esoknya...pagi2 kami dah bersiap2 nak balik.  Sarapan di pekan PD restoran Chek Det sambil tonton bola France ngan Mexico.  Sempat lagi berhenti tepi jalan, makOder beli 3 biji bantal kekabu sebab harganya pun  reasonable gak. 

Anak2 masih tak puas jalan2.....dalam perjalanan balik kami berhenti di Muzium Tentera.  Inilah pertama kali tokma singgah, kalau tidak kerana bebudak nih...jgn haraplah tokma nak turun nengok.  







Ada hati nak memandu jeep

Semua kenderaan nak di cubanya - tak sangka pulak dia berani

Mujur heli ni berkunci kalau tidak yg nih pun dia nak naik masuk

Motorsikal askar dulu2



gelagat si keding.....!!

Terima kasih pada MakOder dan anak2 sekeluarga yang telah bermurah hati mengajak tokma dan cucu afif pergi bercuti di Port Dickson.  Budi baik kalian semua hanya Allah saja yang membalasnya.

Thursday, June 17, 2010

Take a break..!!

Minggu lepas adik sebelah rumah melamar untuk bersama-sama bercuti di Port Dickson.  Pepagi kami dah bertolak.  Yang paling seronok dan tak tido malam seminggu yang lepas sebab nak pegi 'beach' tentunya cucu manja aku tu...Afif Syakir.  Pagi ni memang tak payah kejut pun...gerak panggil nama jer dah bangun.   

Singgah sarapan nasi lemak kukus gerai tepi jalan Nilai....terus menuju ke PD.  Ikut jalan kampung, tukar2 suasana, taklah asyik ikut h/way jer.  Check-in point jam 3.00 pm, jadi kami ronda2 kawasan sekitar. 

Afif rasa cuak sikit bila ambil gambar camni....takut kena pagut (patuk)


Takut bila pijak telur ostrich....takut pecah

Kami singgah di Ostrich Farm.  Sempat jugaklah nengok acara Ostrich Race, pijak telur ostrich (yang ni orang yang pijak tak boleh lebih 120 kg beratnya).  Sebiji telur ostrich bersamaan dengan 25 biji telur ayam. Nak pecahkannya kena guna paku...ketuk perlahan2...bila dah keluarkan isinya kulit telur boleh buat hiasan macam easter egg tu lah lebih kurang.

Kalau hujan semua acara dibatalkan sebab ostrich tak boleh basah.  Selain ostrich ada juga binatang2 peliharaann lain yang dijaga di ladang tu.  Sempat juga kami pekena sate ostrich....adik kata dagingnya lembut.  Oleh kerana perut aku tak berapa mesra alam hari ni.....terpaksa lupakan nak mencuba sate lembut tu.  Mana tidaknya...sepanjang nak balik ke resort, tersinggahlah pulak kat pam minyak Petronas...apa lagi berlari simpan sikit dalam bank dia.  Eeeeeeee......memang tak best betul bila perut meragam.


Afif seronok sebab dapat bermain pasir sekejap dengan maklong Fiqah.  Bahagia rasa hati nengok cucu tersenyum memanjang sebab terlalu seronok.

Pemandangan dari bilik kami tinggal di tingkat 9 - Glory Beach Resort

Lepas Maghrib kami keluar dinner di Steamboat Ikan Bakar......dalam perjalanan balik beli pulak sate celup..sate cicah...ishh..!! tak tau aku apa kebendanya.