Lepas sarapan pagi....kami terus menuju ke pantai yang putih bersih, pasirnya halus bila berjalan pun tenggelam2 kaki sebab terlalu lembut dan jelus pasir tu. Tokma ngan MakOder duduk bawah pokok jadi pemerhati anak2nya dan cucu kami berenang.
Mula2 main ngan ombak di gigi air pastu berendam sampai tak mo balik
Air laut pasang waktu ni......puas mereka berendam. Pukul 12.30 thr kami beransur sebab matahari dah tegak.....bahang panasnya dah terasa. Kami beli bungkus dan bawa balik makan di bilik. Lepas makan masing2 landing kepenatan.
Dah janji ngan afif nak bawak dia main sliding......6 petang tokma ajak afif main di bawah sekejap..sebab dah janji. Memang cucu tokma nih seronok sangat.....lihatkan air muka dia pun gembira sesangat.
Malamnya kami pegi dinner di Pantai Tanjong Gemuk. Menu ikan siakap steam, sotong goreng, kerang rebus, kailan ikan masin, tomyam.....memasing kenyang tak terkata. Balik terus tido.
Esoknya...pagi2 kami dah bersiap2 nak balik. Sarapan di pekan PD restoran Chek Det sambil tonton bola France ngan Mexico. Sempat lagi berhenti tepi jalan, makOder beli 3 biji bantal kekabu sebab harganya pun reasonable gak.
Anak2 masih tak puas jalan2.....dalam perjalanan balik kami berhenti di Muzium Tentera. Inilah pertama kali tokma singgah, kalau tidak kerana bebudak nih...jgn haraplah tokma nak turun nengok.
Anak2 masih tak puas jalan2.....dalam perjalanan balik kami berhenti di Muzium Tentera. Inilah pertama kali tokma singgah, kalau tidak kerana bebudak nih...jgn haraplah tokma nak turun nengok.
Ada hati nak memandu jeep
Semua kenderaan nak di cubanya - tak sangka pulak dia berani
Mujur heli ni berkunci kalau tidak yg nih pun dia nak naik masuk
Motorsikal askar dulu2
gelagat si keding.....!!
Terima kasih pada MakOder dan anak2 sekeluarga yang telah bermurah hati mengajak tokma dan cucu afif pergi bercuti di Port Dickson. Budi baik kalian semua hanya Allah saja yang membalasnya.
6 comments:
memang seronok sungguh si keding itew.. heheheh
cantik2 lak gambar dia.. heheheh
next month, my turn lak...PD tungguuuuuud
salam tokma.
hati kita berbunga-bunga bila tengok orang tersayang kita happy kan?
tengoklah gelagat mereka dalam gambar tu.. gembira sangat kan?...
Hello Tokma, just dropped by say hello. I enjoyed looking at the pics here. Good looking boy you have there.....and I sure miss the laut.
You keep well and simpan satu lagu dalam hati, Lee.
Tokma,
Seronoknya mandi laut si Afif ni :)Lama dah Aliff tak turun PD.
Tokma apa kabar?
sonoknyerrr.. ehehe
senangnyaaa :D
Ma...i'm getting married this Sunday.
Please wish me luck :D.
Wish you were here with me :)
Post a Comment