Minggu lepas adik sebelah rumah melamar untuk bersama-sama bercuti di Port Dickson. Pepagi kami dah bertolak. Yang paling seronok dan tak tido malam seminggu yang lepas sebab nak pegi 'beach' tentunya cucu manja aku tu...Afif Syakir. Pagi ni memang tak payah kejut pun...gerak panggil nama jer dah bangun.
Singgah sarapan nasi lemak kukus gerai tepi jalan Nilai....terus menuju ke PD. Ikut jalan kampung, tukar2 suasana, taklah asyik ikut h/way jer. Check-in point jam 3.00 pm, jadi kami ronda2 kawasan sekitar.
Afif rasa cuak sikit bila ambil gambar camni....takut kena pagut (patuk)
Takut bila pijak telur ostrich....takut pecah
Kami singgah di Ostrich Farm. Sempat jugaklah nengok acara Ostrich Race, pijak telur ostrich (yang ni orang yang pijak tak boleh lebih 120 kg beratnya). Sebiji telur ostrich bersamaan dengan 25 biji telur ayam. Nak pecahkannya kena guna paku...ketuk perlahan2...bila dah keluarkan isinya kulit telur boleh buat hiasan macam easter egg tu lah lebih kurang.
Kalau hujan semua acara dibatalkan sebab ostrich tak boleh basah. Selain ostrich ada juga binatang2 peliharaann lain yang dijaga di ladang tu. Sempat juga kami pekena sate ostrich....adik kata dagingnya lembut. Oleh kerana perut aku tak berapa mesra alam hari ni.....terpaksa lupakan nak mencuba sate lembut tu. Mana tidaknya...sepanjang nak balik ke resort, tersinggahlah pulak kat pam minyak Petronas...apa lagi berlari simpan sikit dalam bank dia. Eeeeeeee......memang tak best betul bila perut meragam.
Afif seronok sebab dapat bermain pasir sekejap dengan maklong Fiqah. Bahagia rasa hati nengok cucu tersenyum memanjang sebab terlalu seronok.
Lepas Maghrib kami keluar dinner di Steamboat Ikan Bakar......dalam perjalanan balik beli pulak sate celup..sate cicah...ishh..!! tak tau aku apa kebendanya.
8 comments:
Bestnya pergi PD Tokma... tapi sayang, PD sekarang dah tak macam PD dulu. Kan?
Lama tak baca update Tokma-windu gile Jue! Dah le few days ni Jue rasa sangat lost. huhu. Oh ya, sate ikan kot nama sate tu?
sedapnyerr steamboat ikan bakar..
ade acara pijak semut pun tak mati takk.. ehehe
waaaahhhh... brjalan rupanya jiran tersyang ku ini.. hehehe...
cuti sekolah kan.. best tu afif dpt jalan2.. hihihi...
uiyooo...seronoknya Tokma, jenjalan taking a break :D
wah kak pd.. best tuh.. lama tak p sana.. tmpt dating tuh hehehehe ;)
perkh!...
gambar2 comel si burung kasawari & di tepi pantai tak der ke tokma? huhuhu
Jue - PD memang tak macam dulu lagi, tapi sekarang nih dah tambah cantik, banyak tempat penginapan. Sapa tau lain kali kita dapat pegi sama2.
En-Me - memang sedap makan2 kat PD. Kalau ada acara pijak semut...tokma tak nak sebab kat PD banyak semut api.
Tiny - orang melawa kita...itupun kerana afif, kita menempek jer. Lain kali kita pegi lak eh..
Mak Su - sesekali seronok gak.
Iina - tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat dating iina kan.
Maza - hah tu ajerlah yang ada..tokma nih bukannya rajin nak tangkap2 gambar nih.
:D senangnya yang habis jalan2 :).
^^...
Post a Comment