Thursday, September 18, 2008

DULU vs SEKARANG

Sebelum berpindah...............!!!
"hanya tinggal 1001 kenangan" setelah 34 tahun aku disini.


Baru sebulan aku menghuni pejabat baru,
kami berpindah pada 22 Ogos 2008

Wednesday, September 17, 2008

"AMPAT TAON AHHHHH!!!!"


CUCUNDA 4TH BIRTHDAY "AFIF SYAKIR"
31ST AUGUST 2008

Friday, September 12, 2008

KAD RAYA DARI NAS


Kad raya pertama dari jauhhhhhh nun sana dari NAS ..... terima kasih and big hug to NAS.

Thursday, September 11, 2008

Mari cuba masakan (bukan Melaka punye) - (Siri 6)

IKAN SIAKAP SOS MENTEGA SERAI

Bahannya:
200 gm isi ikan siakap (buang tulang)
1 biji capsicum merah kecil (potong kiub)
1 biji capsicum hijau kecil (potong kiub)
1 biji capsicum kuning kecil (potong kiub)
3/4 batang 'baby corn' - potong dua
2 biji kentang (hiris tebal)
1 biji lemon
sebatang serai
1 tin cendawan butang
Sedikit mentega

Menyediakannya:
1. Lumurkan garam pada isi ikan yang dah dibuang tulang tadi. Balik2kan atas sedikit tepung gandum kemudian goreng dgn sedikit minyak masak hingga sedikit garing.
2. Sementara itu celurkan kesemua sayur sebentar dan tumiskan sehingga masak dengan 1 sudu minyak.
3. Susun sayuran tadi atas pinggan dan letakkan ikan di atasnya (selang seli).
4. Untuk sos pula, panaskan 3 sudu mentega dan perahkan lemon, dan serai yang telah dititik. Masukkan garam secukup rasa.
5. Curahkan sos tadi ke atas ikan.


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAKAN.....sedap tau!!!!

Wednesday, September 10, 2008

Tuesday, September 9, 2008

BIRTHDAY GREETING


HAPPY BIRTHDAY TERISTIMEWA BUAT "NEK"
semoga panjang umur dan murah rezeki.

Mari cuba masakan - bukan Melaka Punya (siri 5)

Tempe Bruchetta

Bahan-Bahannya:

2 keping tempe (potong nipis)
2 bilji tomato (buang biji dan potong kiub)
1 labu bawang besar (potong kiub)
2 ulas bawang putih (cincang)
Setangkai parseli (cincang halus)
Setangkai daun selasih (cincang halus)
Setengah biji lemon

Cara menyediakannya:

1. Gorengkan tempe sehingga garing, ketepikan.
2. Gaulkan tomato, bawang besar, bawang putih, parseli dan daun selasih sehingga rata.
3. Perahkan lemon dan masukkan garam secukup rasa.
4. Hidangkan tempe goring dan campuran (2) berselang seli.
5. Sedap dimakan dgn roti atau nasi.


Makanan ni simple sangat.....tapi cubalah.

Monday, September 8, 2008

ALLAH KNOWS BEST

ALLAH knows what's best for us,
So why should we complain,
We always want the sunshine,
But, ALLAH knows there must be rain.
**********************************
We always want laughter,
And the merriment of cheer,
But our heart will lose their tenderness,
If we never shed a tear.
**********************************
ALLAH tests us often,
With suffering and with sorrow,
ALLAH tests us not to punish us,
But to help us meet tomorrow.
**********************************
For growing trees are strengthened,
If they can withstand storm,
And the sharpness of chisel,
Gave the marble its grace and form.
**********************************
ALLAH tests us often,
And for every pain ALLAH gives us,
Provided we are patient,
Is followed by rich again.
**********************************
So whenever we feel that,
Everything is going wrong,
It is just ALLAH's way,
To make our spirit strong.
**********************************

Wednesday, September 3, 2008

Mari cuba masakan Melaka (siri 4)


KUIH BONGKONG

Bahan2nya:
500 gm tepung beras
2 biji kelapa - ambil santan pekat
3 1/2 liter air
1 1/2 sudu teh garam
3 ketul gula melaka dihiris halus
Daun pisang secukupnya

Cara memasaknya:

1. Panaskan air dalam bekas kukus kueh.
2. Gaul tepung beras dengan air hingga sebati dan dikacau di atas api yang kecil sehingga masak, masukkan garam dan santan.
3. Ambil 2 sudu besar tepung yang telah dimasak tadi dan leperkan di atas daun pisang yang telah dipotong empat persegi.
4. Taburkan gula melaka di atasnya dan dilipat daun secara bungkusan kuih bongkong.
5. Kukus semua hingga masak kira-kira 15 minit. Sedap dimakan ketika masih panas.

SELAMAT BERBUKA PUASA DENGAN KUIH BONGKONG ....... !!!!


Tuesday, August 19, 2008

Blog award for FRIENDS


Kepada kengkawan semua samada yang telah kenal, yang dah singgah, yang dah jumpa empat mata, yang dah jadi tamu rumah TOKMA...silalah singgah amik 'best friend award' ni..dengan ikhlasnya TokMa hadiahkan buat kengkawan semua...muaaahhh with my bigbigbig hug!!!.
ahmoi
akak
chinta
cikpuankesum
hanie
hertiny
iina
intanrosnitta
kak-awwa
kaklong
kaktiny (neighbour)
kamarhati
ladylikeme
NB
nurul
sepi
maksu
shais
shima
sitikhuzaima
suzi
tie
ummi
ungku nor
dan.......siapa2 ajelah yang nak kenal TOKMA.